Pagi-pagi lagi aku dah dikejutkan dengan bunyi deringan handphone di sebelah bantal. Dering bunyi berlainan dengan nada yang aku set untuk alarm. Mula-mula ingat alarm phone rupanya ada orang call.
Dalam keadaan yang masih mamai, aku melihat screen handphone. Walaupun aku rabun, tapi mata aku masih jelas bahawa nama di screen telefon tu ialah 'dia'.
Pagi-pagi dah buat aku stress. Berapa hari dia tak call, hari cuti macam ni boleh pulak buat perangai call aku pagi-pagi buta. Well, not so-pagi-buta la sebenarnya. I'm pretty sure dah pukul 9 or 10 lebih tapi, hari ni cuti kot.
Aku angkat juga. Ahhh kalau dah perempuan tu...perempuan jugak.
"Hello..." Suara aku serak-serak basah. Haishh nampak sangat baru bangun tidur.
Senyap.
"Hi Meera..."
Ohhh God...
Its been a week.That voice. That freaking voice. I just can't.
Aku tak mampu nak bersuara.
"I'm sorry for interrupting your sleep. Is it a wrong time? I can call you later then."
Suaranya yang garau cukup boleh membuatkan jantung aku berdebar kencang and i really hate myself for that.
" No, it's okay." Jawabku lambat.
Senyap lagi. Aku rasa dia mencari-cari ayat yang sesuai untuk katakan pada aku.
"You're okay? How's your week?"
"Yeahh i'm okay. This week... hmmm not so bad....."
Senyap.
" Kenapa you call I?" Finally, keluar juga ayat tu dari mulut aku.
Senyap.
" I miss you...."
".... sorry for not calling you this entire week."
Aku mengetap bibir.
" I've been such a jerk the last time I call you. I feel bad about it." Tambahnya lagi.
" Ye ke? Well, you should've call me sooner then if you really feel bad about it, Am. Don't you think?"
" Meera... i'm sorry."
" Am, I penat sangat hari ni. Dah berapa hari I tak cukup tidur. Can we talk about it later? I takde mood nak cakap hal ni sekarang. You already say too much sorry right now... its kind of annnoying."
Aku terus matikan panggilan.
Aku tarik selimut menutupi keseluruhan tubuh. Air mata aku sudah mula berjuraian. Why? Kenapa senang sahaja aku menangis kerana 'dia'. Aku tak patut angkat phone ni tadi. Menyesal!
HARI aku berlalu begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa. Plan untuk study pun terbengkalai macam tu sahaja. Padahal hari rabu ada test. Chaa masih lagi melayan mimpi. Dia baru bangun pukul 11 lebih tadi untuk makan dan mandi. Sekarang, dia sambung balik tidur di atas katil. Hana dari pagi tadi menghilang tak tau ke mana. Keluar dengan Khai for sure. Aku pula, masih lagi menghadap laptop berkira-kira sama ada mahu membuka slide compilers ataupun tidak. Otak macam tak function sekarang ni. Tiada mood langsung untuk study. Pergh... sungguh produktif hari ni.
Aku mencapai telefon bimbit dan membuka wifi. Dari tadi wifi kolej lambat nak mati. Aku off dan on semula.
Okay give up. Aku membuka data internet. Nak mengharapkan wifi kolej memang sampai ke sudah tiada line.
YOU ARE READING
KAD (Kenapa Aku Diuji)
General FictionMengisahkan kehidupan realiti seorang manusia yang mencari identiti diri.