BAB 6

9 0 0
                                    


Loceng berbunyi menandakan murid-murid perlu beratur di tapak perhimpunan. Aku, Pipah dan Miza masih lagi berjalan perlahan sambil berbual seolah-olah tidak mendengar loceng yang telah pun berbunyi panjang.

Kelihatan murid-murid yang lain mempercepatkan langkah masing-masing menuju ke tapak perhimpunan. Pengawas-pengawas sekolah telahpun memulakan tugas mengarahkan para pelajar yang masih lagi berjalan dan melepak di tepi-tepi bangunan untuk segera ke tapak perhimpunan.

Aku, Pipah dan Miza masih lagi tergelak-gelak mendengar cerita masing-masing. Walaupun baru awal pagi, tetapi ada sahaja benda untuk kami bualkan.

"Cepat sikit jalan...."

Kedengaran suara perempuan dari belakang.

Aku menoleh sekilas.

Fathie. Pengawas genit yang bersuara nyaring.

Dia menujukan arahan itu untuk kami bertiga. Pipah sudah tarik muka.

"Sabar la. Dia ingat kita ada 4 kaki agaknya." Rungut Miza.

Selepas itu, kami bertiga mempercepatkan langkah. Dalam masa yang sama, mataku tertancap pada satu susuk tubuh di hadapan tiang bendera lengkap berpakaian seragam pengawas berserta blazer bewarna maroon.

Dia sedang berbual dengan seorang perempuan yang juga pengawas sekolah berbaju putih, berkain maroon serta blazer.

"I need to crop that girl. That would be a perfect view." Kata Miza di sebelahku sambil memandang ke arah yang sama. Aku hanya tersenyum tanda setuju.

"Yeah magnificent view." Balasku.

Kami bertiga tertawa. Hahahaha crush pada orang sama katakan.


KAMI di tapak perhimpunan sudah mula menguap dan berbual antara satu sama lain. Datin Seri Hamizah Saadon merupakan pengetua sekolah yang tersangatlah komited dengan kerjanya dan gemar memberi ucapan panjang.

Maksud aku panjang di situ ialah terlampau panjang.... Ayat-ayat dia bagaikan infinity tanpa noktah. Nada suara mendatar membuatkan kami rasa macam nak tidur tapi tak sampai hati. Takut tak berkat pula ilmu di dada nanti.

"Awak semua perlu tahu tujuan sebenar awak ke sekolah. Mak ayah tergesa-gesa hantar ke sekolah sebelum mereka semua pergi bekerja... apa yang awak buat kat sini? Bermain? Bersenda gurau? Apa yang awak nak hadiahkan pada mereka nanti? Huh, pelajar semua? APA???"

Kata-kata nasihat begini sudah berkali aku dengar dari mulutnya. Tak tahulah ini kali yang ke berapa.

" Jangan jadi pelajar yang lesu yee... Bangkit!"

Gema suara Datin Seri membuatkan para pelajar terdiam.

'Lesu' adalah perkataan favourite dia setiap kali beri ucapan.

" Seriously? Lesu tu memang trademark speech dia ke macam mana?"

Aku, Miza, Farah, dan Hurin tergelak mendengar kata-kata Pipah.

"Senyap!" Tegur salah seorang pengawas di belakang kami.

Haih tak boleh tengok orang happy sikit.

"Sumpah wei bila dia nak stop?" Soal Miza perlahan di telinga aku.

"Aku lebih rela dengar dia bercakap dari masuk kelas fizik lepas ni."

Pipah mengiyakan kata-kata aku.

"Oh shit! Kerja fizik hari tu kau dah siap?"

"Dah. Kau tengok aku je nanti." Jawab Farah perlahan.

KAD (Kenapa Aku Diuji)Where stories live. Discover now