BAB 7

15 0 0
                                    


Seharian aku tiada mood nak berborak dengan sesiapa. Otak mahu segera pulang ke bilik. Malam tadi macam biasa tidur lewat buat programming. Hari ni pula banyak assignment yang baru dapat daripada pensyarah. Dateline semuanya dekat antara satu sama lain. Ya Allah, how can i survive this semester? Tak larat rasa.

Sekejab tadi di dalam kelas, Madam ajar punya laju. Berdenyut kepala otak aku. Lepas tu dia bagi soalan suruh buat sorang-sorang kat depan. Menggelupur masing-masing.

Bencinya sem ni. Banyak sangat benda kena study dan assignment berlambak.

" Del, malam ni nak bincang kat mana?" Soal aku pada Dalila. Aku,Hana serta Chaa bertiga satu bilik sama group dengan dia, Jo dan Ikin untuk projek programming.

"Korang datang bilik aku je la. Lepas isyak macam tu."

"Orait."

Aku membetulkan tudung yang sudah senget-benget sejak keluar dari kelas Madam Azni tadi.

"Kau okay ke Meera? Nampak macam bad mood je." Soal Jo.

"Hah?"

Soalku kembali kerana terlalu sibuk membetulkan tudung bawal dan anak tudung yang sudahpun menampakkan rambut.

"Aku tanya kau okay ke? Nampak senyap je dari pagi tadi."

"Serius lah aku senyap dari pagi tadi?" Aku pun terkejut dengar soalan dia.

Aku senyap sangat ke hari ni?

"Yelah, nampak macam takde mood je."

"Problem dengan boyfriend ler tu." Sibuk pulak si Ikin ni di sebelah.

"Banyaklah kau punya boyfriend. Siapa je boyfriend aku?"

"Eleleh selalu aku nampak kau otp kat luar bilik."

Aku hanya melontarkan senyuman tak ikhlas. Malas aku bercakap soal ni. Lagi hilang mood aku.

"Tak payah nak sibuk ler masing-masing." Balas Chaa pula.

Now, thats what we called as a friend. Nice Chaa.

Hana. Jangan ditanya, keluar je kelas tadi pergi melepet dengan Khai.

"Malam ni jadi tau after isyak." Ingatku kembali pada dorang semua sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik.

"Yep, lepas isyak je terus bincang. Aku nak settle cepat malam ni. Nak tidur awal. Penat wei...." Kata Dalila.

"Serius la... tau takpe. Aku dah macam apa je ni dari minggu lepas. Penat gila." Tambahku pula.

Ya, memang penat semenjak dua menjak ni. Lagi berapa minggu nak final memang banyak benda nak kena settle.

Aku terus campak beg di tepi meja belajar dan baring di atas katil tanpa membuka tudung. Chaa juga sebegitu.

"Sumpah kelas pack hari ni." Rungut Chaa berserta keluhan yang panjang.

" Hmmm." Sampaikan nak buka mulut untuk bersuara pun aku tak larat.

Tak sampai berapa minit, mata aku terlelap.

Sedar-sedar je sudah azan maghrib. Asar ke mana, tudung pun tak buka lagi dan bilik pun sudah gelap gelita tanpa lampu. Susuk tubuh Chaa di katil sebelah masih kelihatan. Nampaknya dia juga tak sedar seperti aku.

Aku bangun untuk membuka lampu bilik. Tetapi, langkahku terhenti di hadapan almari Hana apabila melihat refleksi diriku sendiri di hadapan cermin. Walaupun gelap, tetapi aku dapat melihat dengan jelas di bahagian belakang bagaikan ada satu lagi susuk tubuh berdiri menghadapku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KAD (Kenapa Aku Diuji)Where stories live. Discover now