Seperti hari-hari yang lain, Haera pasti akan duduk di hujung kelas semdirian. Bukan kerana dia yang minta, tapi tiada siapa ingin berkawan dengan dirinya. Hanya kerana khabar angin yang mengatakan bahawa ibunya seorang pelacur manakal ayahnya seorang penagih dadah. Tapi apa yang boleh dibuat? Malangnya semua khabar angin itu benar belaka.Haera memandang bahagian depan kelas. Semua rakan-rakan sekelasnya – ada juga kelas lain – berkerumun di meja Heo Chaeri. Siapa yang tak mahu berkawan dengan orang yang cantik, baik dan kaya? Semua orang nak! Walaupun suatu masa dahulu, Haera juga salah satu rakannya, segalanya berubah 180° setelah khabar angin tentang ibu bapanya tersebar.
Haera mengeluh sekali lagi. Masih lagi menunggu hari di mana seseorang akan menegurnya dan berkawan dengannya seikhlas hati.
"Semua balik ke tempat masing-masing!" Rakan-rakan sekelas Haera terus berlari ke tempat duduk mereka setelah guru mata pelajaran masuk ke dalam kelas. Haera terus buang segala rasa malas lalu mengeluarkan buku teks lukisan kejuruteraannya.
°•°•°
Haera meletakkan basikalnya di tempat letak basikal apartmentnya. Dia menegur pak cik guard seperti yang selalu dia lakukan. "Selamat petang pak cik!" Dia berkata ceria. Pak cik itu juga memberi senyuman kepada Haera. "Haera, tadi ada penghantaran ke rumah kamu. Pergilah periksa. Kotaknya besar." Haera menunjukkan wajah hairan. Penghantaran? Bila masa pula dia ada buat online shopping?
"Terima kasih, pak cik. Saya pergi dulu." Dengan sopan, Haera menunduk 90° lalu berlari ke arah lif kemudian menekan punat 5. Laju dia menekan kata laluan rumah lalu membuka pintu. Tak sabar hendak melihat penghantaran untuknya. Bukan selalu dia mendapat penghantaran.
"Unnie, ada penghantaran untuk Haera tak?" Haera terus pergi kepada kakaknya, Ahn Hani. "Emm.. ada kat tepi peti ais. Besar betul kotak dia bagi." Kata Hani tampa memandang wajah adiknya. Matanya kekal tertumpu pada telefon bimbitnya yang serba canggih. Manakala Haera terus berlari mendapatkan kotak yang bertemakan valentine. Terkejut dia melihat kotak itu hampir sama tinggi dengan ketinggiannya yang mencapai 163 cm. Mungkin kotak itu 165? Dia membawa kotak itu masuk bilik.
Sebelum membuka kotak itu, dia berfikir sejenak.
"Macam mana kalau ada bom?"
"Macam mana kalau ini cuma gurauan?"
"Macam mana kalau ada nota dari psycho yang nak bunuh aku?"
Bermacam-macam bermain di dalam fikirannya. Dengan hujung jari, perlahan-lahan dia menarik reben yang mengikat kotak itu. Mukanya berpaling ke tepi takut ada apa-apa yang meletup. Matanya dicelik setelah tiada bunyi letupan dihasilkan.
"Apa ni? Teddy?" Mata Haera membulat melihat patung beruang bersaiz gergasi di hadapannya. Siapalah agaknya yang telah berikan ini kepadanya? Dia berjalan sekeliling beruang itu, melihat setiap inci. Baru dia perasan sepucuk surat yang dipegang rapi beruang itu. Dia membuka surat itu.
Happy valentine, love.
I've been liking you since
day one.-guanlin-
Dahi Haeun berkerut buat kali yang ke-100. "Guanlin? Yang tinggi lampai galah tu? Yang kelas belakang aku tu? Yang budak Taiwanese tu? Yang swaggy asdfghjkl rapper tu?" Punyalah banyak ayat yang dia gunakan untuk menerangkan penghantar itu. Padahal dia tahu yang itu sahajalah Guanlin yang wujud di sekolahnya.
"Tapi kenapa aku?"
°•°•°
Dah lama dah tak tulis cerita
comedy. Jadi jika lawaknya tak
menjadi, saya mintak maaflah.Amaghi kita tepuk tangan demi
meraikan buku swaggy rapper kita ni.Semoga terhibur membaca buku ini.
Harap semua dapat menyokong dengan
memberikan banyak votes dan comment.
Thank you! ❤️