Hari ini adalah hari lahir Kai, ramai kawan-kawan yang datang ke kafe untuk menyambut termasuklah Xiumin dan juga Sohyun.
Sohyun dan Xiumin memandang pasangan yang berada di hadapan mereka. Kemudian, mereka membalas pandangan.
Sohyun : weh asal dengan Youjung ngan Kyungsoo.
Xiumin mengangkat bahunya tanda dia pun tak tahu apa yang terjadi.
Tiba-tiba Youjung bangun dari kerusi kemudian dia pandang ke arah Kyungsoo yang dari tadi asyik bermain phone.
Youjung : erm. Kyungsoo saya ada benda yang nak cakap dengan awak sikit.
Kyungsoo mengangguk telefonnya di masukkan ke dalam poket seluarnya. Sohyun memandang mereka berdua sehingga mereka keluar dari kafe itu dia dapat agak dengan apa yang terjadi di antara mereka berdua.
Yojung : Semalam saya dah fikir pasal perkara tu seharian and walaupun saya pilih nak belajar dekat situ saya akan balik ke sini setiap bulan. Saya janji saya akan call awak setiap hari. Kyungsoo saya betul-betul tak nak menyusahkan awak jadi..
Kyungsoo : Jadi awak masih lagi fikir apa yang akan terjadi kalau kita berjauhan kan? Apa-apa jelah... Buat lah apa yang kau nak buat.
Kyungsoo masuk semula ke kafe. Youjung masih lagi berdiri di situ.
Kyungsoo..kenapa kau rasa benda ni mustahil? Aku tak tahu lah kalau aku ni yang tamak atau dia yang tak nak bertolak ansur langsung.
Pada malam itu Youjung balik bersama Sohyun ke rumah sewa mereka bersama-sama. Sohyun melihat Youjung dari tadi asyik diam sahaja kalau tak dia yang paling banyak cakap.
Sohyun : malam ni sejuk kan?
Youjung masih lagi diam tidak balas.
Sohyun : woi aku cakap dengan kau ni
Sohyun menyiku lengan Youjung.
Youjung : ah ye? apa kau cakap tadi?
Sohyun menggeleng dengan perangai kawannya.
Sohyun : So kau dah betul-betul decide nak pergi study dekat area rumah pak cik kau?
Youjung menggeleng kepalanya kemudian dia tersenyum. Sohyun tahu itu hanyalah senyuman yang dibuat-buat oleh Youjung.
Youjung : aku mungkin akan pergi ke kolej biasa je dekat area sini.
Sohyun : eh..kau bukan nak study fesyen ke? Kalau kau tak pergi Jeju parents kau tak bagi kan?
Yojung : betul tu tapi nak buat macam mana...
Sohyun : eh walaupun kau teringin sangat nak study fesyen?
Youjung : yeap..
Sohyun : erm..ni semua sebab Kyungsoo ke? Dia suruh kau jangan pergi sana?
Youjung : eh mana ada lah dia tak cakap macam tu pun. Tapi dia cakap dia tak nak teruskan hubungan ni kalau kami berpisah.
Sohyun : weh sama jelah tu! even kau tak mintak putus pun kan?
Youjung : yeah dia kata mustahil.
Sohyun : kejamnya dia!
Youjung : tapi aku rasa aku yang kejam sebab aku tamak walaupun aku dah janji kat dia yang aku tak akan tinggalkan dia and dia still ingat aku akan tinggalkan dia.
Sebab tu akan tak akan pergi Jeju, aku akan stay kat sini, sebelah Kyungsoo.
Sohyun memandang Youjung dia harus lakukan sesuatu.
Keesokan harinya Kyungsoo duduk di hadapan tv tangannya sibuk menukar siaran tv, fikirannya teringatkan Youjung.
Tak payah cari benda yang kau nak buat. Kenapa tiba-tiba je kau cuba nak berubah? Dah ok kan kalau cara macam ni ? Kau tak puas hati apa lagi?
Kau tak perlukan benda lain selain daripada aku Youjung...
DI-NG-DO-NG
Kyungsoo terus terbangun dari sofa bila terdengar loceng ditekan. Dia membuka pintu, dia ingatkan Youjung yang datang tapi Sohyun. Kyungsoo hampa.
Sohyun : Hi
Kyungsoo melepaskan keluhan.
Kyungsoo : Hi.. kau nak apa?
Sohyun : aku nak mintak maaf dulu sebab kau ni namchin kawan aku..
PANG!
Sohyun menampar pipi kanan Kyungsoo.
Kyungsoo : woi kenapa?!
Kyungsoo memegang pipinya yang panas baru sahaja di tampar. Sohyun dah tukar dari penumbuk kepada penampar. Ok lah tu kan lagi sakit kalau kena tumbuk.
Sohyun : aku tahu apa yang terjadi antara kau dengan Youjung! Sebagai boyfriend dia kau dengan mudah je kan lepaskan Youjung just sebab benda ni! Dia sampai nak give up study fesyen and dia fikir nak masuk kolej biasa sebab kau!
Kyungsoo : dia yang pilih untuk pergi situ macam mana pulak benda tu jadi salah aku?
Sohyun : dia decide nak pilih pergi situ sebab kau lah nerd! Betulkan?! Kau cakap yang kau akan break dengan dia kalau dia pilih untuk pergi Jeju.
Kyungsoo : Tapi dia akan pilih untuk pergi ke kolej biasa jugak kan? Kalau macam tu bagus lah untuk dia.
Sohyun: Kau salah! Sejak akhir-akhir ni dia happy tahu tak sebab dia baru je jumpa perkara yang paling dia nak buat dalam hidup dia. Dia cakap dia gembira, akhirnya dia jumpa jugak something yang boleh dia buat sehabis baik.
Kyungsoo terdiam dengan kata-kata Sohyun. Dia teringat yang Youjung berusaha untuk lulus exam kemasukan kolej.
Sohyun : kalau kau asyik ikat dia untuk terus ada kat sebelah kau, kau salah Kyungsoo. Kalau korang stay macam tu maybe one day akan jadi lagi teruk.
Sohyun : aku rasa korang berdua patut fikir sama-sama kalau ada cara lain untuk korang still stay together. Kesedihan dan kebahagiaan Youjung bukan untuk dia seorang, tapi kau punya sekali kan?
Kyungsoo tidak tahu mahu membalas apa lagi, dia hanya terdiam.
Sohyun : dah lah tu je yang aku nak cakap. Jumpa lagi.
Kyungsoo hanya memandang Sohyun pergi, dia masuk dan bersandar di pintu. Perlahan-lahan dia menarik nafas.
.............................................................................
Please give your opinion about this chapter? Betul ke keputusan Youjung untuk pergi ke kolej biasa dan simpan impiannya untuk menjadi pereka fesyen? Macam mana pulak Kyungsoo betul ke dengan cara dia menghalang impian Youjung hubungan mereka akan menjadi lebih baik? Jangan lupa favorite!!
YOU ARE READING
Nerd Guy Next Class S2 (Kyungsoo Malay FF)
Teen FictionKisah cinta Youjung dan Kyungsoo sedang mengalami long distance relationship. Mereka akan cuba untuk terus berhubung. Youjung mendalami bidang yang dia minati iaitu fesyen, manakala namchinnya Kyungsoo mengambil bidang perubatan. Tapi apa yang akan...