Ending

301 42 9
                                    

HAEUN P.O.V

Bayu pantai berbisik lembut di kulitku dan cahaya matahari memancarkan sinarnya ke arah pasir keemasan dihadapanku. Mengerling kecantikan pandangan itu untuk kali terakhir, aku kembali menumpukan perhatian kearah lelaki yang berdiri disebelahku. Senyumannya menyinari seluruh tempat ini.

"From this day forward, for worse, for better, for richer, for poorer," aku terhenti dan memandangnya lagi. Pandangan kami bertaut dan segala kesakitan yang aku rasakan dulu hilang begitu sahaja. Digantikan pula dengan kebahagiaan yang tidak berpenghujung.

Mulutku kembali menyambung, "In sickness and in health, to love and to cherish, till death do us apart." Buat pertama kalinya untuk hari ini, mata aku bergenang.

Masih lagi ralit merenung sesama sendiri, the priest mengumumkan hubungan suami isteri kami dan serentak itu kedengaran bunyi tepukan yang gemuruh di belakang kami.

"You may kiss the bride now." Tangan kananku yang berada didalam genggamannya dilepaskan dan bahuku ditarik rapat. Matanya tidak pernah lepas memandangku.

Leherku dipegang dan kepalaku didongakkan sedikit, "to cherish and to love, till death do us apart." Membisikkan ayat itu untuk kali ketiga, bibirnya disatukan dengan bibirku. Air mata bahagiaku mengalir dari pipi ke rahang dan serentak itu tanganku naik memegang lehernya, menikmati ciuman pertama sebagai suami isteri.

Ciuman diputuskan dan mataku sekali lagi ditatap dalam olehnya.

"I love you so much, Byun Baekhyun."

🌸🌸🌸

Three years later..

"So that's how it is." Aku tersenyum mendengar kisah Guan Xiaotong, isteri Luhan. Betullah kata orang, no matter how sad we might be, the universe is still planning our happiness.

Dalam jangka masa 10 tahun, terlalu banyak yang berubah. Daripada zaman aku dengan Luhan, Baekhyun dengan Yeri, kemudian Yeri tinggalkan kami. Luhan pula lepaskan aku kepada Baekhyun dan tinggalkan tanah Korea selama 5 tahun untuk merawat budak kecik Sehun comel tu. Hidup aku boleh dikatakan bahagia dengan Baekhyun sehinggalah dia berubah dan Luhan hadir semula merawat luka aku. Kemudiannya tanpa disangka, aku mengandung. Perancangan tuhan, aku kembali bersama Baekhyun semula selepas anak aku lahir.

Selepas 6 bulan Baekha lahir, Baekhyun and I managed to settle down. Selepas setahun aku dengan Baekhyun berkahwin, Luhan datang membawa berita bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Guan Xiaotong yang telah mengandung tiga bulan. Majlis perkahwinan mereka dilangsungkan biasa-biasa sahaja. Sama seperti majlis aku dengan Baekhyun, simple but classy.

Tetapi bezanya, perkahwinan aku dengan Baekhyun penuh dengan kebahagiaan serta cinta sejati, namun perkahwinan Luhan dan Xiaotong bukan seperti yang disangka semua orang. Apabila mendengar cerita Xiaotong tadi, aku kecewa dengan kedua-dua Luhan dan Xiaotong.

Pertemuan pertama mereka di Lapangan Terbang Incheon kira-kira 4 tahun lepas. Waktu itu, kedua-dua baru sahaja mendarat di Korea, Luhan dari Amerika dan Xiaotong dari China. Apa yang berlaku hanyalah Luhan terlanggar Xiaotong di counter McD kerana berjalan tak pakai mata. Namun daripada perlanggaran itu, baju Luhan basah teruk kerana air pepsi milik Xiaotong tertumpah diatasnya dan Xiaotong dengan baik hatinya ingin membayar ganti rugi dengan membeli baju lain untuk Luhan, namun kerana Luhan tergesa-gesa mereka terpaksa bertukar nombor telefon dan berjanji untuk berjumpa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Drug | Drugeous EndingWhere stories live. Discover now