"Apa pandangan along about Reen?" Soal Bondanya, Tengku Hamisah.
Dua beradik yang sedang menjamu sarapan mereka terus memandang ke arah wanita itu.
"Maksud Bonda?" Soal Mikael.
"Ye la Reen tu macam mana? Ok ke tak ok ke?" Balas Tengku Hamisah.
"So-so" balas Mikael acuh tak acuh.
"Bonda suka la dia. Lagi-lagi kalau dia jadi menantu Bonda" ujar wanita itu.
Uhuk uhuk
Tersedak Mikael dibuatnya. Muqris menghulurkan air kepada abangnya.
"Bonda ni tiba-tiba je" kata Mikael.
"Eh ye la. Bonda cemburu dengan kawan-kawan Bonda yang dah ada cucu cicit bagai" bebel Tengku Hamisah.
Manakala dua beradik itu hanya memekakkan telinga mereka.
"Kamu berdua dengar tak ni?" Soal Tengku Hamisah dengan nada sedikit marah.
"Dengar Bonda" jawab mereka serentak.
"Bagus" kata Tengku Hamisah.
Old Town White Coffee
Nureen setia menunggu satu-satunya rakannya sejak dahulu iaitu Mya.
"Beb" panggil Mya.
"Sampai pun" kata Nureen sedikit nada perliannya.
"Perli ke aduh" kata Mya.
"Mana ada" nafi Nureen.
"Ah dah-dah. Order cepat" kata Nureen lagi untuk mengubah topik mereka.
Mya mencebik.
30 minutes later
Dritt dritt
Sedang asyik Mya dan Nureen berbual-bual, tiba-tiba telefon Mya berbunyi dan memotong perbualan mereka.
"Kejap" kata Mya lalu menjawab panggilan telefonnya.
"Hello"
"....."
"Hrmm aku dekat OT ni. Kau datang la sini"
"....."
"Tak aku dengan sorang member je. Datang je la"
"......"
"Ok ok"
Panggilan tersebut dimatikan.
"Kenapa?" Soal Nureen.
"Cousin aku nak join kita. Boleh kan? Lagipun dia dengan member dia" balas Mya.
"Ouh sure. Why not?" Kata Nureen lalu mengacau minumannya.
Mya mengangkat tangannya ke atas.
"Sorry ganggu—" kata satu suara lelaki namun kata-katanya terhenti.
Nureen mengangkat wajahnya.
"KAU" kata mereka serentak dengan nada terkejut.
"Eh korang kenal ke?" Soal Mya pelik.
"TAK"
"YE"
Jawab kedua-dua mereka serentak tetapi berlainan jawapan. Mya memandang kedua-dua manusia itu pelik.
"Ok jom duduk" ajak Syahmie lalu mengambil tempat di sebelah Mya. Manakala Mikael terpaksa duduk di sebelah Nureen.
"Balik-balik muka kau je" gumam Nureen perlahan.
"Hah apa dia? Aku tak dengar. Cuba ulang balik" kata Mikael.
"Tak ada apa-apa la" kata Nureen.
"Awak yang langgar kereta Mika tu right?" Tiba-tiba Syahmie bersuara mencelah antara mereka.
"Langgar kereta?" Soal Mya pelik lalu memandang sepupu dan rakannya itu.
"Terlanggar" kata Nureen membetulkan ayat mereka berdua. Manakala Mikael hanya buat bodoh sahaja.
Mya memandang Syahmie.
Syahmie menjongket bahu.
"Anyone mind to explain?" Katanya yang benar-benar memerlukan penjelasan.
"Tanya la sepupu kau ni" kata Nureen geram.
"Salah kau so kau la yang bagitahu" balas Mikael.
Nureen memandang tajam Mikael. Langsung tiada ciri-ciri seorang lelaki budiman. Hatinya semakin rancak mengutuk mamat itu.
"Aku terlanggar kereta dia masa aku cuba ambil handsfree terjatuh" balas Nureen.
"Ouh. Pertemuan secara mengejut" kata Mya. Syahmie mengangguk tanda menyokong.
Nureen melihat jam pada telefonnya.
"Weyh aku ada shooting la. Gerak dulu" pamit Nureen. Malas dia mahu berlama di situ.
Mya mengangguk.
"Ah patut la macam familiar. Dia model dengan kau eh Mya?" Soal Syahmie.
Mya mengangguk.
"Dia model and COO Beauty House aka anak Puan Sri Wardah" celah Mikael.
Mya dan Syahmie serentak memandang ke arah Mikael.
"Fuyo. Mana kau tahu Mika?" Soal Mya.
"Bonda dengan Puan Sri Wardah kenal. Then kitaorang jumpa masa dinner persatuan Bonda" terang Mikael bersahaja.
"Hrmm tak mustahil Bonda kau akan kenenkan kau dengan dia. Kan Mya?" Kata Syahmie.
Mya juga mengangguk tanda bersetuju.
"Tu la pasal. Melambung dia puji minah tu" kata Mikael.
Bondanya ini hanya mampu buatkannya menggeleng kepala sahaja.
"By the way sabtu ni jalan lupa. Nenda panggil semua balik" kata Mya.
Mikael mengangguk.
Sesudah mereka menjamu selera. Masing-masing pulang ke destinasi mereka.
YOU ARE READING
CHANGED✔
RandomChanged Everything can be changed. Heart? Feeling? Fate? Past life? For 'this person' all that can be changed even if all it was a bit painful. Start:12th June 2017 End:31st July 2018 ⇨Rank⇦ 13/12/17:#51 in random 17/12/17:#37 in random 26/6/18:#30...