1

45 6 0
                                    


Guys, kita akan ada cikgu baru in the school! 🙆🏻🙆🏻 - Suraya

Telefon Yuna Azhan berbunyi menandakan ada mesej masuk atau mungkin dari whatsapp? Aplikasi game yang sedang dimainkannya itu terpaksa ditutup bagi melihat kandungan mesej yang baru sampai tadi.

Aplikasi whatsapp ditekan dan terdapat satu mesej dari group kelasnya tahun lepas. Masih hidup group ni walaupun makin hari makin krik-krik.

Yuna berminat mahu tahu siapa guru baharu tersebut. Entah kenapa dia menyibuk pula nak tahu selalunya buat donno je.

Who? - you

Balasan dihantar.

Tidak sampai beberapa minit mungkin seminit pun tak sampai lagi. Telefon Yuna berbunyi lagi.

Dengar cerita cikgu lelaki, tapi aku tak tahulah siapa nama dia apa semua. - Suraya

'Hampeh lah kau, tadi bukan main beria.' Desis Yuna, mulut dicebikkan tanda menyampah. Aplikasi whatsapp ditutup tanpa menghantar apa-apa balasan kepada Suraya. Biar mereput sorang-sorang kat situ. Aplikasi game tadi dibuka semula sebelum dia dikacau kembali oleh abangnya yang entah datang dari mana.

"Yuna!" Jerit Yuzair yang entah datang dari mana tiba-tiba menjerit memanggil nama Yuna.

Yuzair, abang sulungnya yang baru sahaja menamatkan pembelajarannya setahun lalu yang kini menanam anggur dirumah sambil goyang kaki.

Dengan riak gembira yang sukar ditafsir Yuzair mendekati adiknya, Yuna yang sedang ralit dengan telefon pintar ditangan. Main game lah tu Desis Yuzair.

"Apa kau nak beruk?" Sarkastik sekali nada suara Yuna membalas sapaan abangnya itu. Walaupun beza umur mereka ialah 9 tahun dan ianya kedengaran biadap apabila adik perempuan menggunakan kau-aku terhadap abang sulung but who care?

"Aku nak cerita ni monyet! Kau tahu tak yang ak....." Nada suara Yuzair tersangat gembira gila nak mampus sehingga riak muka yang terpamer teramatlah buruk namatey.

"Tak tahu" Bidas Yuna tanpa sempat Yuzair menghabiskan ayatnya.

"Aku nak bagitahu lah ni. Kau jangan menyampuk dulu boleh tak?" Yuzair menayang muka malasnya. Orang dah lah exited ni nak bagitahu dia something dia boleh pula dengan perangai toya dia tu.

"Dah kau tanya aku tadi kan tahu ke tak, aku jawab lah tak."

"Ergh, pape lah. Yang penting sekarang aku ada benda nak bagitahu. Aku dah dapat kerja! Wohoo!" Yuzair berteriak sehingga boleh pekak telinga Yuna jadinya.

Yuna terpaksa menutup telinganya dengan kedua belah tangan atau dia boleh jadi pekak sementara.

"Kau dengar tak? Aku dapat kerja. Dah lama siaa aku tunggu benda ni. Aku nak pergi bagitahu mama pula. Wohoo. I got a job, finally!" Sekali lagi Yuzair berteriak.

"Yeah, go on." Dia turut tumpang bahagia dengan abangnya. Sudah setahun abangnya itu hanya duduk dirumah sahaja dan bermain ps2 kepunyaan dia. Habis semua game dia pulun. Itu semua gara-gara bosan, mana tidaknya sudah semua tempat diinterview tapi masih tidak dapat.

Jap, kerja apa dia dapat? Yuna menepuk dahinya. Patutnya tanya tadi. Lain kali jelah. Seraya itu Yuna bangun dari tempatnya mahu menuju ke bilik. Esok sekolah akan bermula dan yang pasti tahun itu dia akan penat gila. Kerana dia sudah memasuki alam form3 dan musuhnya pt3 rasanya tidak sabar mahu berjumpa dengannya.

Love myselfWhere stories live. Discover now