62

4.3K 217 5
                                    

Seminggu kemudian,

Harini aku dan Nazrul akan ke Johor Bahru untuk Projek pembinaan hotel bersama-sama. Kami berdua akan menginap di rumah Nenda semasa berada di sana.

"Sayang, dah siap belum?" Tanya Narul sambil membetulkan tali lehernya. Sekarang dia dah pandai pakai, itu pun selepas 2 minggu 4 hari dia belajar dari aku.

"Dah." Kataku semangat sambil memandang ke arahnya.

"Jom." Narul tarik tangan aku selepas itu. Kami berdua turun ke tingkat bawah menggunakan lif.

"Semua barang dah masuk dalam bot kereta?" Tanya Puan Nadirah ramah.

"Dah." Jawabku dan Nazrul serentak. Inilah dinamakan jodoh sentiasa bersama kami.

"Papa harap kamu berdua boleh buat yang terbaik untuk projek kali ni." Ujar Encik Naim pula.

"In sha Allah." Balas Nazrul.

Aku salam dan cium tangan Puan Nadirah. Nazrul salam tangan Encik Naim. Selepas itu, kami berdua masuk ke dalam kereta BMW milik Nazrul. Aku nak bawa Honda tapi dia tak bagi. TT.

"Pakai seatbelt sayang." Arah Nazrul lembut. Aku hanya menurut arahannya. Kereta BMW itu mula membelah jalan raya yang sesak tak kira masa.

Setelah 4 jam 14 minit 8 saat, kami berdua tiba di rumah Nenda. Jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Maka matahari sedang ketawa kegembiraan disaat lihat manusia di bawahnya.

ok, merapu.

"Nenda!" Jeritku sambil berlari anak ke arahnya yang berada di hadapan pintu utama. Nasib baiklah Nenda tak ada sakit jantung, kalau tak boleh arwah tadi dengar aku jerit.

"Ya Allah, dah besar pun cucu Nenda ni. Last jumpa masa tingkatan 5 sekarang dah boleh jadi mak orang pula." Nenda gosok kepala aku perlahan. Aku tersengih manja.

"Dan Naz dah boleh jadi ayah. Betul tak sayang?" Nazrul tolak lengan aku perlahan menggunakan siku dia. Tak perlahan pun, kuat je dia tolak.

"Abang jangan nak merepek." Aku tolak dia kembali. Dia tolak aku balik. Maka Nenda menoleh ke arah aku dan Nazrul silih berganti. Ni kalau dia rap, lagi cantik hehehe.

"Siapa yang datang mak?" Tanya seseorang dari dalam rumah. Suara itu macam aku kenal.

"Azreen dengan suami dia." Balas Nenda.

"Ya Allah, Reen."

"Maksu!" Jeritku riang sambil berlari ke arah seorang perempuan yang dikatakan Maksu itu.

"Maksu dia peluk pula, Nenda tak peluk." Kata Nenda pura-pura merajuk. Aku ketawa kecil melihat terlatah Nenda yang macam budak-budak.
"Assalamualaikum Nenda, Maksu." Ujar Nazrul. Dia menyalam tangan Nenda dan Maksu. Kami berdua di pelawa masuk ke dalam rumah.

"Timah! Tolong sediakan bilik buat cucu saya. Ni bawa sekali begnya." Kata Nenda sambil menunding jari ke arah satu bag ditepi Nazrul. Kak Timah yang dikatakan itu terus mengambil beg tersebut dan naik ke tingkat atas.

Aku mengatur langkah ke arah sofa yang berada di ruang tamu. Tak sangka, Nenda dah pandai amik orang gaji selama ni dia suka duduk sorang-sorang je.

"Ada apa kamu berdua datang rumah Nenda?"

Nazrul duduk di sebelah aku, "kami berdua ada kerja syarikat."

"Jadi, kami berdua nak tinggal sini selama dua hari." Ujarku dalam nada yang manja. Serius, macam budak kecil yang nak beli gula-gula.

"Nak tinggal selamanya pun boleh." Balas Nenda bersaja. Aku tersengih-sengih macam kerang wangi. Yang busuk tu orang lain, sekian. Selepas itu, aku memandang sekeliling.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now