5 TAHUN KEMUDIAN ...
"Wei bangun kita dah sampai Malaysia!" Ujar Anis cuba mengejutkan kawan kawannya yang sememangnya ratu tidur.
Tyaa yang terpisat pisat bangun memberi pandangan blur kepada Anis. Zahirah pula sudah terjaga. Lagi sorang ni memang payah nak bangun.
"Najwa! Bangunlah. Kita dah sampai." Jerit Tyaa tepat ke telinga Najwa. Najwa terkejut bingkas bangun dan melemparkan teddy bearnya ke arah Tya.
" Wui awak nak tidur dalam flight ya? Okay goodnight sweetdream, kitaorang turun dulu ya!" Ejek Zahirah membuntangkan mata Najwa.
Najwa pantas membuka matanya yang terlalu berat itu. Semua pramugari dan pramugara sedang melihat Najwa dengan menahan senyum. Semua penumpang telah turun kecuali mereka berempat.
Najwa menayangkan senyum macam budak kecil.
Dia menggeliat kesedapan. Mana taknya, flight belum gerak dia dah melangkah ke alam mimpinya.
"Malaysia, I miss U!" Jerit Zahirah tiba tiba. Anisa, Fatiha dan Najwa bergerak menjauhi Zahirah tanda tidak mengenali siapakah manusia yang menjerit ini.
Zahirah merangkul kemas pinggang Fatiha dan Najwa elok bersandar di bahu Anis.
Macam macam karenah.
"Anis, aku lapar lah." Ujar Najwa yang meletakkan kepalanya di lengan Anis sambil tangannya merangkul kemas pinggang Anis.
"So?" Balas Anisa sengaja menyakitkan hati Najwa.
"Ala jomlah singgah makan dulu. Please!" Balas Najwa menggoyangkan tangan Anisa persis anak kecil.
"Hahaha ya lah jom guys makan." Ajak Anisa. Dia tidak dapat menahan gelak apabila melihat muka comel Najwa.
"Yeay Anis belanja!" Ujar mereka bertiga riang. Anisa hanya tersengih dan mengggelengkan kepalanya. Dah agak dah!
🌻🌻🌻
"Fiq, masuk bilik saya sekejap. Bawa fail yang saya suruh awak siapkan semalam!"
" baik bos ". Jawab pekerja itu .
Beberapa saat pintu diketuk. Wajah seorang lelaki yang bernama Fiqri itu tersembul di depan pintu .
Fail bewarna hitam itu disua dan diletakkan di atas meja .
"Bos tak lunch ke? Dah nak habis waktu lunch ni. Nak saya belikan sesuatu?". Tanya Fiqri.
"Oh thanks ingatkan saya, Its okay nanti fail ni saya akan check, awak boleh keluar dulu ."
Hidup Ashraf Reza selepas mendapat jawatan CEO DeReza Holdings hanyalah di pejabatnya semata mata . Tiada seorang wanita pun yang sempat Ashraf berkenalan kerana dek kesibukkan bekerja. Berbuih mulut uminya agar dia mencari peneman hidupnya namun ia hanyalah sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Ashraf segera mencapai telefon bimbitnya dan bergegas ke tempat parkir kereta.Umi mesti merajuk sebab aku lewat! Ashraf mengomel sendirian.
KAMU SEDANG MEMBACA
Jodoh Antara KITA ✔️
RomanceBeautiful cover from DE BEAUTY GRAPHIC by Aneesahlan. FATIHA, ANISA, NAJWA, ZAHIRA. Empat gadis yang ada saja karenah dan tingkah laku yang senang cerita kalau tiada mereka berempat, senyaplah kelas 6 Anggerik. Kehadiran 4 orang pelajar baru yang pa...