Aku Ryzar berumur 19 tahun. Aku akan didaftarkan di Kolej Puncak Jaya sebentar sahaja lagi. Aku melihat dari sebelah meja, ibuku sedang menyelesaikan pendaftaran aku. Aku terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan comel. Wanita itu juga memandangku lalu melontarkan satu senyuman dan aku pun membalas senyuman itu. Tiba-tiba mataku tertangkap satu lembaga putih yang pendek sedang memerhatiku dari sudut dewan di belakang wanita tersebut. Raut wajahku terus berkerut, wanita itu berasa pelik. Dalam sekelip mata sahaja lembaga itu hilang. Satu pautan pada bahuku. Ibuku menunjukkan raut wajah yang pelik lalu berkata "Jom Ryzar, angkat barang ke bilik yang telah ditetapkan.". Sebelum aku beredar aku melambai tanganku kearah wanita tadi.
Hari pertama di hostel, ibubapa dibenarkan naik ke bilik asrama untuk membantu anak mereka. Bapaku yang sedang menunggu di dalam kereta terus mengeluarkan barang-barang aku apabila terlihat aku dan ibuku berjalan ke arah kereta. Bilikku berada di tingkat 3. Petang itu lepas sahaja waktu asar, ibubapaku pulang kerana masing-masing ada hal untuk diuruskan. Aku baru perasan suasana bilik itu sunyi. Tengah hari tadi meriah, sekarang sunyi. Mungkin pelajar lain keluar sebentar untuk membeli barang bersama keluarga mereka. Telefon bimbit aku mati kehabisan batteri, sungguh malas untuk bangun untuk mengecas telefon bimbit. Lalu Aku pun mengambil keputusan untuk tidur.
Tidurku diganggu dengan goncangan di bahu yang perlahan. Makin lama, makin kuat bagaikan gempa melanda dan diakhiri dengan satu jeritan di telinga bagai dentuman yang kuat-sekuatnya. Aku terus terbangun dari tidur dalam keadaan yang kelam-kabut. Dalam keadaan mamai mataku terpandang pada lima orang pelajar iaitu penghuni sebilik denganku mengelilingi katilku. Salah seorang daripada mereka memberi tahu bahawa jam menunjukkan pukul 6:30 petang waktunya untuk makan malam lalu ke surau untuk menunaikan ibadah,lalu aku mencapai tuala dan alat mandi untuk membersihkan diri.
Selepas solat isyak, semua pelajar tahun satu dikumpulkan di dewan tertutup untuk sesi perkenalan. Aku berjalan seorang diri kerana pelajar bergerak lebih awal daripadaku. Tiba-tiba perutku meraung kesakitan lalu aku terus ke tandas berdekatan bilik asrama tingkat 1. Aku memasuki tandas yang paling hujung kerana tandas itu sedikit bersih berbanding tandas lain. Apabila sudah selesai melaburkan saham, aku mahu ke dewan dengan pantas kerana sudah lewat. Tiba-tiba aku terdengar bunyi cakaran yang sangat ngilu. Aku cepat cepat pakai seluar lalu keluar dari tandas. Ternampak pantulan lembaga hutam yang tinggi bermata merah di cermin. Lembaga itu seakan-akan melambai tangannya kepadaa aku. Aku terpaku, perkara sama yang terjadi berlaku. Lembaga itu hilang dalam sekelip mata. Aku terus berlari menuju ke dewan tertutup melalui jalan yang ditetapkan. Aku masuk dewan dalam keadaan kelam-kabut,cemas, dan pelik. Malam itu aku berkenalan dengan ramai pelajar termasuk pelajar perempuan cantik dan comel yang aku nampak tengah hari tadi. Mujur dia salah seorang pelajar sekelas denganku. Namanya Farahyn.
Suasana kelas yang tidak seberapa hendak meriah makin lama makin sunyi. Aku duduk die sebelah Farah. Seminggu telah lepas. Kini aku dan Farah semakin rapat. Aku terfikir untuk meluahkan perasaan sebenarku kepade die, tapi tak tahu bile. Syazrul yang menjadi pujaan ramai wanita melangkah masuk membuatkan suasana kelas sangat meriah. Aku yang sedang berbual bersama Farah, memberi salam kepada Syazrul. Syazrul membalas salam lali duduk di tempatnya iaitu di belakang aku. Khai yang sedang membaca buku di tempat duduknya di hadapan ku memandang ku. "ye khai, nak ape? "soalku. "Kenapa meja kau ada darah?". Aku pun melihat mejaku. Ada setitis darah di mejaku. Aku berasa pelik dah teringat semula kejadian minggu lepas. Aku tidak memberitahu siapa-siapa tentang kejadian haritu. Aku pandang ke setiap sudut kelas, keliling kelas dan luar kelas. Namun tiada dua lembaga yang ku nampak pada hari itu. Cuma...... bekas tapak kaki bersaiz kecil yang berdarah di bahagian luar kelas. Yang aku peliknya,kawan-kawan ku tidak nampak tapak kaki itu dan aku pasti itu bukan tapak kaki manusia. "Farah, ada tisu?". Soalku."Nah" jawab Farah. Aku mengambil tisu itu sambil mengucapkan terima kasih lalu mengelap darah tadi. Tiba-tiba pensyarah masuk, suasana kelas menjadi sunyi. Pembelajaran dimulakan.
Aku terjaga dari tidurku. Dalam keadaan mamai aku mengambil telefon bimbit untuk melihat waktu.
Telecom bimbit menunjukkan pukul 1 pagi. Aku ke tandas untuk membasuh muka. Sedang aku perhati wajah ku di cermin. Aku perasan sesuatu yang tidak sama. Lembaga hitam bermata merah sedang berdiri di belakang ku. Tangannya mencekik leherku. Tiba-tiba muncul lembaga putih yang pendek di luar tandas. Lembaga hitam itu melepaskan aku dan menghilang serta merta. Badanku terus rebah ke lantai. Perkara terakhir yang aku dengar"Hanya kau seorang yang boleh selamatkan semua orang"selepas itu suasana menjadi gelap gelita.THE END
OF CHAPTER 1
YOU ARE READING
HOSTEL
HorrorHostel Kolej Puncak Jaya sering dikejutkan dengan seribu satu perkara berbeza yang mengerikan. Well, banyak sejarah yang berlaku di kolej ini.................