1

3.5K 44 1
                                    

"dengar cerita Isnin ni ada ustaz baru dekat sekolah kita" ujar Wawa teruja.

"Seriuslah... Weh! Tak sabarnya". Fatihah pula teruja.

"Apa korang ni... Excited benar... Buatnya ustaz itu tua macam mana? Rugi je teruja kau orang tu". Fatihah dan Wawa berpandangan sesama mereka dan kemudian memandang Husna yang berada di meja depan.

"Eeee... Mulut kau... Kalau masin jaga". Marah Fatihah.

"Tak masin... Sebab ustaz muda, baru balik dari Mesir ibu aku kata". Untunglah Wawa anak pengetua. Jadi semua dia akan tahu dulu.

"Weh aku tambah excited weh! Kau rasa dia ajar kita tak?" Fatihah menggenggam tangan Wawa. Husna mencebikkan.

"Asal kau suka ustaz sangat ni?' soal Husna ingin tahu. Dia memusingkan kerusi menghadap belakang. Nasib sahaja cikgu tidak masuk kelas kerana ada mesyuarat pada hari ini.

"Aku suka tengok lelaki pakai jubah dengan kopiah ni... Muka suci je... Hensem... Mesti baca Al-Quran PON sedap". Fatihah menayangkan wajah terujanya sambil memegang pipi dan tersenyum.

"Eee... Masalahnya kau ni perangai macam Lelaki... Ada ke ustaz nak ?" Terus hilang senyuman pada wajah Fatihah.

"Mana ada, aku lemah lembut ok". Dipukul tangan Husna yang berada dia atas meja.

"Adui... Sakit ngek". Husna mengusap tangannya.

"Hahaha... Cara pukul PON kasar". Sampuk Wawa pula. Fatihah menjeling geram.

"Cari gaduh weh!"

"Ok... Tak, mari kita sambung topik kita". Husna menyerah... Mahu dia kena pukul lagi kalau makin di sakat kawannya itu.

Dan mereka bersembang sehingga kelas pada hari Rabu itu tamat 15 minit kemudian.

_________

"Tiha!" Fatihah yang sedang meniarap dan berselubung dengan selimut tebal sambil bermain telefon pintar tersentap. Kepala di dongakkan menghadap pintu bilik.

Pintu kayu itu terbuka luas. Muncul wajah garang si ibu dengan bercekak pinggang.

"Mati aku". Jerit hati kecil Fatihah. Bibir munggilnya mengukir senyuman serba salah. Selimut yang menutupi semua anggota badanya kecuali muka itu dibetulkan. Sejuk betul dalam bilik tidurnya.

"Kenapa tak siap lagi?" Soal si ibu yang sudah memakai baju kurung dan tudung. Geram dengan telatah anak itu.

"Alah! Ibu... Orang taknak pergilah... Letih". Dia kembali menyelubungi diri dengan selimut tebal miliknya itu.

"Jangan mengada Tiha... harini Sabtu cuti. Lagipun, Bukannya awak yang bawa kereta... Cepat siap... Papa dah tunggu dalam kereta ni". Selimut ditarik.

"Fine". Dia bangun menyarung cardigan dan tudung sarung.

"Ish! Seluar tu tukarlah... Nampak sangat seluar tidurnya". Aku lihat seluar tidur cottan bercorak  kotak-kotak itu lalu tersengih.

"Mama yang paksa... Jadi Tiha nak pakai macam ni je". Dompet dan telefon pintar yang sedang dicas diambil. Segala Suiz yang ter'on' ditutup sebelum melangkah menghampiri mamanya di depan pintu

"Ikut kamulah... Jom" terus ditarik tangan anaknya itu. Pintu kayu bilik Fatihah sempat dia tutup.

________

"Kita sebenarnya nak kemana ni papa?" Soal Farihah yang duduk disebelah Fatihah.

"Airport ambil abang Raihan kamu". Ujar papa sambil fokus memandu.

"Asal dia balik malam-malam... Ganggu orang sahaja". Bebel Fatihah.

"Amboi Tiha... Marah betul tu". Mama pula bersuara. Fatihah memeluk tubuh dan duduk bersila diatas kerusi single kereta Velfire papanya.

nak suami ustaz Where stories live. Discover now