Iresy-taesy! New life

169 7 4
                                    

[ This road that doesn't seem unfamiliar feels unfamiliar. Asking me once again if this is a road . I know of could that person be looking for me. I'm looking for you right now ]

________________________

BERULANG kali irene memandang jam yang tergantung di dinding bilik, bersebelahan gambar yang mengabadikan dirinya bersama taehyung. Hampir separuh dinding penuh dihiasi gambar mereka sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Taehyung, sahabat sejatinya. Kalau boleh, dia mahu selamanya bersama insan itu tapi ia sekadar impiannya. Taehyung mendapat tawaran masuk ke Hanyang university  di seoul. Bukan saja bijak, taehyung juga hebat sebagai pemain bola keranjang  dan kerap terpilih bermain di peringkat kebangsaan.

Irene's POV :

"Salah kau, Irene! Orang suruh belajar, kau berangan. Orang sibuk study, kau layan YouTube. Orang hafal syllaabus kau hafal video Jiminie Chim," rungut Irene

Irene sedar dia perlu hadapi segala-galanya sendiri termasuklah ke sekolah. Tiada lagi kelibat taehyung yang menantinya untuk ke sekolah bersama-sama seperti tahun-tahun lepas. Menyesal pun tidak berguna. Results exm tempoh hari seolah-olah menjadi pemisah antara dia dengan sahabatnya itu.

"Aduh, rantai basikal pulak putus!"
Pandangan Irene tertumpu pada basikal kesayangannya. Memang tidak pernah dibuat orang, basikal fixie ini diubah lengkap dengan tempat duduk belakang. Serba-serbi berganda lebih besar dan lebih tinggi. Semuanya dilakukan oleh Taehyung, dia yang beria-ria nak ubah segalannya. Alasannya basikal ni nampak lagi cool dan dia yang boleh membonceng kat belakang. Memang nampak cool pon. Semua orang puji. Hehe!

Basikal Fixie itu dibeli omma ketika Irene masuk High school di seoul since appanya meninggal dunia akibat penyakit misteri sedekad lalu, omma menjadi tempatnya bergantung. Omma sekarang bekerja sebagai tukang masak. Omma masih muda tapi dia tidak pernah melihat wanita tabah itu menghabiskan masa untuk diri sendiri apatah lagi berkawan dengan lelaki yang boleh menggantikan tempat appa.

Appa? Irene sendiri hampir lupa wajah appanya. Jika appa masih ada, tentu omma berada di rumah ketika ini. Mengejutkan dia dari tidur, membantu omma menyediakan sarapan dan tidak perlu risau ke sekolah dengan basikal kerana sudah tentu appa akan menghantarnya.

"Ah, aku dah lambat!" Irene tersedar dari lamunan.
"Iresy-Taesy, harini aku terpaksa naik bas. Chao..."

Irene menepuk lembut basikan fixie yang digelar Iresy-Taesy. Dia memang gemar memberi nama gelaran hampir pada setiap benda sekelilingnya. Taehyung pun salah seorang mangsa. Ada satu nama special digelarnya sejak kecil.

Irene mengunci pintu pagar dan berlari-lari anak menuju ke perhentian bas berdekatan rumahnya. Sebelum sempat melintas, tiba-tiba sebuah skuter berhenti mengejut di depannya. Nasib baik Irene sempat mengelak. Kalau tidak, pasti kedua-duanya dah tergolek atas jalan tar yang hitam legam ni .

"Kau apa hal? Baru pakai skuter dah kecoh. Tak nampak ke orang nak melintas?"

"Naik, dah lambat ni!" balas suara itu kasar.

Pelik dan terkejut, Irene mengeras seperti patung mannequin. Ditenungnya penunggang yang wajahnya tidak kelihatan cause ditutupi helmet. Kemudian penunggang skuter itu menanggalkan helmet perlahan-lahan seperti slowmo . Taehyung rupanya! Taehyung tersenyum dan ketawa besar melihat Irene yang kaku membisu.

"Wei, akula. Takkn tak kenal kot? HAHAHAHA! Jom, kita dah lambat. Kau nak kene denda ke pada hari pertama ni?"

Taehunggy! Bukan kau dah..."

Taehyung cepat-cepat menekup mulut Irene sambil memandang kiri dan kanan.

"Yah! Kau ni... janganla panggil aku taehunggy . Malu!"

Yay, taehunggy. Itulah nama gelaran untuk taehyung. Semasa kecil, Taehyung pelat perkataan " ggy". Jadi senang la Irene nak ejek Taehyung. HAHA! Mulanya Irene panggil Taeggy tapi lama-lama bertukar menjadi Taehunggy.

"Wei, gila! Kan kau dah..."

"Dah apa?"

"Kenapa kau ada kat sini?"

"Tunggu. Nantila cerita, okay adik manis. Sekarang jom pergi sekolah naik skuter hadiah mama and papa sempena result cemerlang aku!"

Tanpa banyak soal, Irene terus ambil helmet
yang dihulur Taehyung dan membonceng skuter. Pelbagai soalan mula timbul dalam fikirannya. Kenapa Taehyung masih disini?

HARI pertama persekolahan berjalan sangat perlahan. Tak banyak perkara berlaku, memberi ruang pada Irene berfikir kenapa Taehyung menolak tawaran ke Hanyang university sedangkan itu impiannya.

Irene mengeluh, memandang sekeliling. Keadaan tambah membosankan kerana Taehyung tiada di sisi. Keputusan cemerlang Taehyung membuatkan dia berada di aliran sains. Irene pula berada di kelas aliran art. Kalau dia beroleh keputusan cemerlang sekalipun dia tetap memilih aliran art kerana itu jiwanya.

"Irene, loceng dah berbunyi. Taknak balik? Taehyung tunggu kau tu," sergah chaeyoung, rakan yang duduk di sebelahnya.

"Huh?" Irene terpinga-pinga

"Adoi kau ni, baru hari pertama. Tak habis-habis berangan tentang Jiminie Chim? Move on, babe. Baik kau jaga yang ada depan mata."

Chaeyoung menujuk ke arah Taehyung yang boleh dilihat dengan jelas menerusi tingkap kelas. Dia dikerumuni sekumpulan pelajar perempuan.

"Mengarutla. Taehyung kawan baik aku. Sahabat sejati untilll mati!"

Chaeyoung terdiam seketika sebelum ketawa besar yang menjengkelkan Irene.

"Kelakar sangat ke? Kau ingat aku buat lawak?"

"Kawan baik? Sahabat sejati? Kalau kau tolak tawaran untuk belajar di tempat yang sama dengan Jiminie Chim sebab tak sanggup biarkan 'sahabat' kau, si Taehyung bersendirian di Goodinough High School takde ada yang bagusnya ni, tu maksudnya kawan baik ke? Tak lebih dari itu? Aku sendiri tak tahan belajar kat sini. Semua dah lapuk. Barang-barang yang aku simpan dalam lokar pun berbau hapak . But Taehyung tu boleh tolak tawaran belajar di tempat bagus macam tu."

Irene terdiam. Kata-kata Chaeyoung membuatkan dia terfikir tentang segala kemungkinan. Dia mengalihkan semula pandangan ke luar tingkap. Melihat Taehyung yang tidak henti-henti disapa pelajar perempuan.

Aku sayang Taehyung, dia sahabat aku. Aku tahu Taehyung pun sayang aku. (Perasan pulak) Tapi, dia sayang aku sebagai sahabat atau lebih dari itu? Irene bermonolog sendiri. chaeyoung menepuk-nepuk bahu Irene dan berlalu meninggalkan Irene sendirian.

________________________
____________________

We Love Forever |KIMTAEHYUNG Where stories live. Discover now