Langkawi International Airport [LIA]
Kami berdua selamat tiba di LIA. Sekarang kami berdua akan pergi check-in hotel di The Bayview Hotel Langkawi yang sudah kami booking di Internet. Bayaran check-in and check-out untuk dua orang di hotel tersebut ialah RM 8++.
Keluar sahaja dari Airport ada satu kereta Alphad berwarna hitam yang sedang menunggu ketibaan aku dan Nazrul.
"Mr. Nazrul and Miss Azreen?" Tanya seorang lelaki berbadan sado disebelah kerete itu. Aku sekadar mengangguk.
"Saya Faizal. Saya akan hantar Encik dan Puan berdua ke hotel atas arahan daripada Datuk Mikail." Katanya.
"Okey." Balasku dan Nazrul serentak. Lelaki itu mula mainkan peranannya sebagai pesuruh Datuk Mikail iaitu mengangkat bagasi aku dan Nazrul masuk ke dalam kereta.
Aku dan Nazrul duduk di tempat duduk belakang. Lelaki bernama Faizal itu masuk ke tempat pemandu apabila selesai menyimpan barang. Kereta itu mula membelah jalan raya.
35 minit kemudian, kami berdua check-in dan menuju ke bilik bernombor 202 di tingkat tiga bangunan ini. Masuk saja, kami dapat bau aroma bunga yang wangi di seluruh kawasan.
"Sayang rehatlah dulu. Nanti dah petang sikit kita keluar jalan-jalan." Kata Nazrul sambil gosok kepala aku lembut. Dia letak bagasi kami di sudut bilik agar tidak terlanggar.
"Baik." Aku mandi terlebih dahulu sebelum tidur buat sementara waktu. Badan aku memang terasa lenguh akibat duduk di pesawat lama.
***
Daniel datang ke pejabat Ayyan selepas waktu rehat.
"Doktor Ayyan." Panggil satu suara yang sangat Ayyan kenal iaitu Daniel. Hatinya berasa sejuk apabila Daniel tidak bertindak apa-apa terhadap adik kesayangannya kerana Azreen menolaknya pada tempoh hari itu.
"Nak apa Daniel?" Balas Ayyan lantang. Matanya masih tertumpu pada skrin komputer. Apa yang dia tengok pun tak tahulah. Dengan gambar rangka-rangka bagai.
"Azreen pergi Langkawi eh?" Tanya Daniel acuh tak acuh. Ayyan terus pandang wajah Daniel dan berkata, "Haah. Kenapa?"Daniel cuba berteriak biasa, "Tak ada apa-apa."
"Okey." Ayyan sambung semula pandang skrin komputer. Nampak macam dia malas layan Daniel je? Memang dia malas pun. Mesti setiap hari ada je pengacau yang datang ke pejabat dia. Mesti dia rasa rimas.
"Kau buat apa ?" Tanya Daniel sambil bangun dan menuju ke arah Ayyan untuk lihat apa yang Ayyan sedang buat.
Hm, gambar rangka manusia. Aku tak tahu apa-apa.
"Ni rangka siapa?" Tanya Daniel sambil menunding jari ke arah skrin komputeri itu.
"Rangka badan kau." Balas Ayyan selamba. Memang kacau orang buat kerjalah dia tu.
"Betul-betullah."
"Rangka pesakit akulah."
"Ouh, Hahaha! Macam tak nak layan aku je." Ujar Daniel pura-pura merajuk. Suara dia kendurkan sedikit. Memang menyakitkan hati bila Author dengar.
"Memang pun. Kau nampak tak yang aku busy gila ni? Kau ni, pergilah kerja sana! Harap je arkitek!" Balas Ayyan berserta sindiran. Niat dalam hati nak menghalau Daniel tetapi guna cara sindiran sahaja. Apa aku merepek ni.
"Yelah-yelah aku balik." Daniel keluar dari pejabat Ayyan. Ayyan hanya mampu mengucap syukur di dalam hati kerana Allah telah membantunya untuk menghalau Daniel dari pejabatnya.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...