"Cut!"arah direktor. Semua berhenti. Hoseok yg dapat mengagak punca kesilapan itu menjeling Jimin lalu beredar dari set pengambaraan tanpa sepatah kata.
"Jimin? haish! Kau kena berpijak pada tanda x. Kau tak boleh buat macam tu! Choreo kau nampak lembik! Yang lain sharp. Kecuali kau. Nampak longlai "keluh Direktor sambil membaling topinya.
"Jimin -ah... kenapa? kenapa dengan kau? Tak boleh ke kau fokus kalini? Tak kesiankan Hobbie hyung ke? Tak kesiankan kami? "soal Taehyung sambil mengeluh. Jimin menunduk.
"Kenapa kau jadi teruk sangat Jimin? "soal Yoongi sambil berpeluk tubuh.
"Kita terpaksa ulang rakaman berkali kali. Kau tak kesian kan ahli yang lain? tak kesiankan staf? mereka terpaksa ulang rakaman banyak kali. Dulu kau selalu prihatin dengan penat lelah krew dan Bangtan. Tapi sekarang kau lain Jimin. kau yang banyak susahkan mereka. Kenapa? kau dah penat nak buat baik?kau berubah sebab kami tak hargai kau?kau nak jadi beban? " soal Yoongi tegas. Jimin menahan sebak.Beban lagi?
"Kalau kau tahu kau teruk. Kenapa ponteng practice? Kau ingat kau dah pandai? "soal Hoseok yang muncul sambil membawa air mineral.
"Namjoon . Kau kena tegas dengan dia. Kenapa setiap kali dia minta keluar kau bagi? Mana semangat ketua kau?"Marah Hoseok kepada Namjoon pula. Namjoon mengeluh.
"Jimin. Minggu ni aku taknak tengok kau ponteng latihan. Comeback kita makin dekat. Tolonglah Jimin. Kesiankan ahli yang lain. Jangan pentingkan diri sendiri"Nasihat Namjoon tegas.
##################
Jimin menekup mulutnya,menghalang bunyi tangisan dari kedengaran.
Maaf
Dia betul2 tak berniat hendak menjadi beban buat Bangtan dan staf 2 yang lain. Oleh kerana rawatan chemotherapy yang dijalankannya bertindih dengan waktu latihannya ,dia perlu ponteng latihan dengan kerap. Doktor menasihatinya agar mendapatkan rawatan dengan kerap agar dapat mencegah sel2 kanser merebak dengan cepat.
###################
Pada larut malam. Jimin datang ke studio latihan mereka untuk berlatih.
Jimin mula menari dengan perasaan yang sarat. Dia tidak mahu Bangtan terjejas kerananya. Dia tidak mahu menyusahkan Bangtan.
Setelah beberapa kali menari tiba2 dadanya sakit. Dia cuba menahannya dan terus menari. Dia tidak mahu digelar beban. Dia tidak mahu merosakkan Bangtan.
Tanpa diduga sakit yang dirasakannya makin kuat apabila dia memaksa dirinya menari.
Kata2 Hoseok,Jungkook dan Yoongi berputar semula dimindanya. Jimin terus memaksa dirinya. Kata2 guru Choreo dan Direktor...
Kata2 krew dan staf...
Semua menyalahkannya. Semua memang salahnya. Semua kata2 itu...Kau beban
Kau tak layak berada dalam Bangtan
Kau menyusahkan
Jimin terduduk akhirnya. Dia menangis teresak2. Pentingkan dirikah dia? Dia memilih rawatannya dari melakukan latihan. Padahal dia tahu itu penting untuk Bangtan. Perlukah dia tinggalkan Bangtan untuk kebaikkan Bangtan? Tak! Dia tak sanggup! Dia masih mahu bersama mereka. Dia masih mahu mengejar impiannya. Dia masih mahu bersama Bangtan biarpun dia tahu yang dia akan menyusahkan Bangtan sedikit sebanyak. Pentingkan dirikah dia? Pentingkan dirikah dia apabila memilih untuk tetap bersama Bangtan walaupun dia tahu tak mampu melakukan terbaik buat Bangtan?
Jimin teresak. Tiba2 Seolah2 udara direntap dari dadanya. Jimin cuba bernafas sedaya upayanya. Dadanya sesak seolah2 tiada udara disekitarnya.
TolongJimin terbaring di atas lantai cuba menyedut udara sedaya upayanya namun gagal.
Tak..belum lagi..tolong..
Dia taknak mati. Dia tak nak pergi lagi. Pandangannya mula kabur. Kesakitan didadanya makin terasa. Jimin terbaring lesu. Dia teringatkan wajah Bangtan. Dia teringatkan segala memori bersama mereka. Jimin tersenyum habar dengan air mata yang tidak henti mengalir. Mungkin ini yang terbaik untuk Bangtan. Pemergiannya. Mungkin Bangtan lebih hebat jika ketiadaannya.
Selamat tinggal
Jimin mula memejamkan matanya. Pasrah.
"Jimin!!" Tiba2 seseorang datang. Orang itu terus menekan2 dadanya.
"tolong... bertahan..." Tekanan makin kuat. Perlahan2 oksigen mula memasuki dadanya. Jimin mula dapat bernafas kembali. Pandangan Jimin jelas kembali serta merta.
"Sunbae ..."Jimin tersenyum apabila terlihat guru tariannya berada di hadapannya.
"Jimin? kau okay?apa dah jadi? "soal guru choreo nya. Jimin tersenyum hambar. Tiba2 dia terbatuk 2 . Dia duduk lalu menekup mulutnya dengan tangannya.
Dia terasa seolah2 ada sesuatu yang hangat ditangannya. Perlahan2 dia melihat kearahnya. Guru Choreo nya juga terkejut memandang darah pada tapak tangannya.
"Ji...Jimin... "
***********************
YOU ARE READING
Don't Leave (MALAY)
Short StoryBangtan, bagi Jimin mereka ialah keluarganya, Baginya mereka adalah segalanya. Hidup mereka selalu dipenuhi dengan memori indah. Mereka saling melengkapi. Tapi,Segalanya berubah semenjak dia disahkan menghidap barah otak peringkat serius. kesilapan...