PIL 2

716 34 0
                                    

'Mungkin dia ada hal lain ' bisik hati Hanna . Dia meneruskan pemanduan ke rumahnya semula .

Sementara itu , Aiden sedang bergelut . 'Arghhhhhhh!' jerit Aiden . Tidak semena-mena Aiden pengsan . Tidak begitu lama , Tengku Aryan sedar .

' Apa yang aku buat dekat sini ? ' soal Tengku Aryan sendirian . Dia dapat mengagak bahawa Aiden yang membawanya ke sini . 'Aduh !' kepalanya dipegang . Pening yang teramat . Kejadian sebelum dia sedar bermain di mindanya . Dia agak terperanjat , sebelum ini dia langsung tidak mengingati memori Aiden.

Di rumah , Hanna sedang leka menyiapkan makan tengah hari untuk dirinya . Tekaknya terasa mahukan butter prawn . Walaupun hanya tinggal bersendirian , dia tetap mementingkan pemakanan . Bukan tidak mahu untuk makan di kedai-kedai malahan dia sendiri lebih suka memasak . Barulah kuantiti makanan terjamin katanya .

You heard it , darling you look perfect tonight. Lagu perfect mematikan lamunan gadis tersebut . Pantas tangannya menekan ikon answer apabila melihat nama pemanggil itu . 'Assalammualaikum kak Naura . Ada apa call ? ' ucap Hanna terlebih dahulu . ' Hanna , akak nak minta tolong Hanna boleh ?' suara kak Naura kedengaran serius . ' Ada apa kak , bagitahu sahaja . Apa yang mampu saya tolong , saya akan tolong .' jujur Hanna . 'Macam ni , akak ada hal keluarga yang akak perlu uruskan di kampung jadi , akak mintak Hanna gantikan akak untuk sebulan ni . Akak menyusahkan Hanna ke ?' tiba-tiba kedengaran sayu di hujung bicara kak Naura . Hanna yang tidak sampai hati terus bersetuju . Besok dia akan memulakan tugasnya .

...................

Usai menunaikan perintah Allah S.W.T , Hanna bersiap untuk ke hospital . Tugasnya bermula . Dengan hanya mengenakan kemeja putih dipadankan dengan shawl berwarna pink cair , Hanna melangkah keluar daripada rumah dengan aura yang positive .

Hanna tiba di perkarangan hospital seawal jam 8:00 pagi . 'Awal lagi ni . Sempat rasanya kalau nak pergi breakfast dekat kedai depan tu' Hanna berkira-kira dalam hati . Pedal minyak ditekan menuju ke destinasi .

Sementara itu , dirumah agam milik Tengku Umar , Puan Aisya sedang bertungkus lumus menyediakan sarapan buat keluarga tercinta . Almaklumlah hari Sabtu , masing-masing tidak mempunyai acara melainkan Aryan . Keluhan terbit daripada bibir seorang ibu apabila anak yang pada awalnya dilahirkan sempurna tiba-tiba sakit . Namun , Puan Aisya tidak menyalahkan takdir . Dia berusaha untuk memulihkan anak tunggalnya itu .

'Morning bonda' sapa Aryan ceria . Hati ibu berasa lega kerana ini adalah Aryan . Kalau Aiden yang keluar , Aiden akan memanggilnya dengan panggilan 'mama' . Puan Aisya senyum . ' Morning Aryan , duduk dulu kita tunggu ayahanda lepastu kita makan sama-sama ya .' Aryan mengangguk tanda setuju .

'Morning ayahanda!' tegur Aryan apabila terlihat ayahandanya turun . 'Morning Aryan . Ceria jee ayahanda tengok ni' mereka menikmati sarapan yang disiapkan oleh Puan Aisya dengan penuh berselera .

Hanna melangkah masuk menuju ke biliknya . Dia sudah memaklumkan kepada pembantunya yang dia akan menggantikan kak Naura buat sementara waktu jadi , pesakit di bawah kak Naura akan menjadi tanggungjawabnya . Keluhan berat terbit dibibir gadis itu . Mesti penat . Tapi itu sememangnya tugas yang perlu digalas olehnya .

Ayran mengenakan t-shirt berwarna putih dan seluar jeans baby blue . Handsome sudah semestinya . Dia perlu ke hospital untuk berjumpa dengan psychiatristnya . Banyak yang perlu dilakukan olehnya untuk memastikan dirinya sembuh .

Setibanya di hospital , Aryan terkejut kerana doktor psychiatrist yang handle kesnya tiada . Sebaik sahaja langkah kaki diatur untuk pulang , nama Aryan dipanggil . ' Tengku Aryan , memang doktor yang merawat Tengku tiada namun ada doktor yang mengantikanya . Doktor itu juga tidak kurang hebatnya . Tengku cuba dulu ya' pujuk wanita berkenaan tenang . 'Baiklah' putus Tengku Aryan .

'Doktor Hanna , pesakit doktor sudah sampai . Doktor nak saya panggilkan ke ?' tanya pembantunya . Hanna menarik nafas dalam sebelum meneruskan bicaranya 'panggilah dia masuk' ujar Hanna seraya senyum kepada pembantunya .

'Tengku , silakan masuk ' Aryan mengikuti langkah jururawat itu . Sebaik sahaja Aryan masuk ke dalam bilik itu , kepalanya pening . Dia macam teringatkan sesuatu . Lantas memori Aiden terbayang di ruangan mata Tengku Aryan . Sah! Wanita inilah yang diselamatkan tempoh hari oleh Aiden . ' Tengku , tengku okay ke tak ni ? ' jururawat yang perasan akan perubahan Aryan terus memanggil Hanna . 'Doktor Hanna tolong saya ' Hanna yang daripada tadi sibuk meneliti file-file pesakitnya membantu jururawat merangkap pembantunya itu . Wajah lelaki ini agak familiar lah . Aiden ke ni ? Berbagai-bagai persoalan yang timbul dalam hati Hanna

Psychiatrist in Love ((On Hold))Where stories live. Discover now