NADHIRAH menuruni tangga dan berlalu ke ruang tamu. Kotak dan patung minion di letak di tepi sofa.
Dia menghenyak punggungnya di atas sofa. Remote tv ditekan. Drama korea dicari.
Khairul pula mengheret 2 buah beg bagasi yang besar gedabak. Di tangga, dia mengangkat satu-satu beg bagasi dan letak di tempat kotak dan patung minion tadi.
Dia melihat Nadhirah khusyuk menonton pelakon korea di kaca tv. Heh, aku lagi handsome laa!
"Dee, tolong la angkat jugak!" Jerit Khairul geram. Dia ni nak buat aku makin sado ke apa?!
" Taknak. Dee dah penat kemas SORANG-SORANG dari malam tadi sampai pagi ni. Awak angkat semua, eh? Cepat sikit. Dah nak Zuhur ni." Nadhirah menekan perkataan 'sorang-sorang' tu untuk Khairul. Dia tak tolong langsung pun aku kemas kan, hah hambik!
Khairul mengeluh berat. Dia menaiki tangga. Bilik dituju. Barang di angkat dan bawa ke bawah. Sehingga la kotak yang terakhir. Selepas mengangkat semua barang-barang Nadhirah, dia menghampiri sofa yang diduduki Nadhirah dan merebahkan diri di karpet depan tv.
"Huh, penatnya!"
"Eleh, baru sikit!" Nadhirah membaling bantal sofa kepada Khairul.
Dush! Tepat pada batang hidung Khairul.
"Adoi, sakitlah!" Khairul menjegil mata kepada Nadhirah.
Nadhirah buat dono. -_-
Khairul mengurut-ngurut tangannya. Lengun weh!
"Awak nak air tak?" Soal Nadhirah prihatin. Kesian pulak aku tengok.
Baru sekarang nak tanya. Khairul baring menetang menghadap Nadhirah.
"Nak air yang ada ais, eh? Air apa-apa pun boleh."
Nadhirah bangun dan menuju ke dapur. Khairul bangun dan duduk di sofa. Remote dicari di atas sofa. Ditekan punat nombor di remote. Siaran Nasional Geografi di pasang.
Nadhirah datang bersama air oren ais yang dah ada kat dalam peti ais. Dia menghulur kepada Khairul.
"Nah!"
Nadhirah duduk disebelah Khairul.
"Thanks. Air apa ni?" Sola Khairul sambil melihat air di tangannya.
" ai love you." Jawab Nadhirah selamba.
Aku tak salah dengar kan?
"Cakap sekali lagi?"
"Tak ada apa la. minum jela air tu."
Nadhirah mahu menukar siaran tv. Drama koreanya sudah mahu habis. Mana eh?
Dia cuba mencapai remote di bawah punggung Khairul. Nak ambik ke tak? Kang benda lain pulak yang jadi. Aish, susah!
"Err, nak remote boleh?"
Tapi lain pulak yang terjadi. Khairul meletakkan kepalanya di riba Nadhirah. Bantal sofa di peluk.
Nadhirah mencebik. Aish, aku nak remote! Bukan tido kat riba aku lahai! Nak suruh bangun pun rasa bersalah. redo jelaaaa ~ Bebel Nadhirah dalam hati.
Khairul memandang Nadhirah. Dia cuba menyentuh hidung Nadhirah dengan jari telunjuknya. Nak usik je. Hhehe..
Nadhirah perasan dengan tindakan Khairul terus di gigit jari telunjuk Khairul. Puas! Usik la lagi?!
"Auch, garangnya isteri abang!" Kata Khairul mengusik. jari diusap.
"Boleh tak duk diam-diam." Nadhirah memarahi Khairul.
Khairul buat tak endah. Tangan Nadhirah di rambutnya di ambil dan diletakkan ke mukanya.
Khairul menghidu tangan Nadhirah. Wangi! Pakai losyen apa eh? Kemudian tangan itu dikucup lembut.
Nadhirah menarik tangannya. Dia buat muka marah.
"Dah la usik. Ni bila nak pergi rumah suami Dee nih?"
"Lepas zuhur sayang. Rumah kita, bukan rumah abang." Ujar Khairul lembut. Dah berapa kali cakap daaa..
"Okey. Err. Nak tanya something boleh tak?" Nadhirah bermain-main rambut Khairul. Habis dah serabai.
"Ya. apa?" Khairul menyambung tontonanya.
"Kenapa awak selalu panggil Dee princess? Dee pernah kena panggil macam ni dulu. Tapi tak ingat siapa dan bila. " Soalan Nadhirah membuatkan Khairul memandang muka Nadhirah.
Sebab saya suka awak dari dulu Nadhirah. Tapi awak je tak tahu. Kata Khairul dalam hati.
"Panggilan tu memang sesuai dengan awak yang cute chubby macam ni. Eish, geram pulak kita!" Khairul menayang muka nakal. Aku nak bongkarkan rahsia aku? Belum tiba masanya lagi.
Pipi Nadhirah tiba-tiba membahang. Malu la tu.
"Yela tu." Nadhirah cuba tutup malu.
"Betul la."
"Hmm."
"Sayang..." Suara menggoda Khairul membuat bulu roma Nadhirah menegak. Apa pulak ni?!!
"Hmm. apa?" Jawab Nadhirah perlahan. Sah, ada benda pelik ni.
" Nak kiss!"
Membuntang mata Nadhirah! Like seriusly. Asal gila sangat ni. Eh, bukan gila. Asal gatal sangat ni?
" Jangan nak mengada!" Nadhirah menolak permintaan Khairul.
"Alah, nak satu je. Kat sini!"
Khairul menunjuk bibirnya. Mata dipejam dan mulut dimuncungkan. Allah! Ulat bulu naik daun dah!
"Er...."
ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHABAR..
"Eh, dah azan! Jom solat. Nak pi pindah barang pulak satgi." Nadhirah segera bangun. Kepala Khairul diangkat dan diletakkan di sofa. Dia memecut naik tangga.
Khairul bangun duduk bersila. AHAHAHAH. Tahu takut. Orang usik je.
VOTE!!!
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...