Nazrul POV
Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepalaku terasa berdenyut-denyut. Aku tidak nampak apa-apa kerana di sini begitu gelap. Hanya ada satu sinaran bulan dan bintang dari arah tingkap kecil yang terbuka.
Aku kena culik? Mungkin, sebab tangan dengan kaki aku terikat dengan tali begitu kemas. Aku cuba bergerak-gerak untuk melepaskan ikatan tersebut tetapi gagal.
"Well, tengoklah siapa yang dah bangun ni." Kata satu suara garau disebalik kegelapan ini. Aku cuba mencari-cari dari mana suara itu datang sehinggalah tuan punya suara sendiri keluar dari kawasan gelap tersebut.
"Kau nak apa?" Jeritku kuat. Kalau aku jerit pun, mana ada orang dengar sebab sekarang sudah waktu malam. kalau pagi pun sama je, sebab gudang ini telah ditutup jadi tiada orang.
"Aku nak Azreen." Balasnya mendayu.
"Jangan kacau bini aku." Bentakku kuat.
"Aku tak akan kacau dia tapi aku akan sakitkan kau." Balasnya sinis. Walaupun aku berasa lega yang dia tidak apa-apakan Azreen tetapi aku masih terfikir perkataan 'sakitkan kau' itu. Apa maksud dia?
"Zack! Lim!" Suaranya mula bergema diseluruh gudang. Selepas itu, muncul 2 orang lelaki berbadan tegap disebalik kegelapan. Mereka berdua menuju ke arah aku dan memegang aku dengan kuat. Aku dah kena ikat buat apa pegang lagi? Kecohlah mamat tegap ni.
"Nak banyak atau sikit?" Tanyanya tiba-tiba. Aku masih tidak dapat memproses kata-katanya.
"Sikit dululah."
Sikit apa? Banyak apa ni?
Tiba-tiba lelaki itu datang menghampiriku dan pisau lipat tadi diletakkan di pipi kiri ku. Dia menoreh sedikit demi sedikit pipi kiri ku dan cecair merah mula mengalir turun ke pipi dan atas lantai. Aku mengerang kesakitan.
"ARGHHH!"
"SAKIT LAH! KAU APAHAL HAA?!" Sempat lagi aku memarahi dia dalam situasi macam ini. Dia tidak melayan segala kata-kata aku malah torehan itu makin lama makin lebar. Habis buruk muka hensem aku. Sempat eh puji diri sendiri.
End POV
***
Aku terbangun dari tidur akibat terdengar satu suara jeritan. Aku tak tahu itu suara siapa tapi aku macam rasa itu suara Nazrul yang sedang dalam kesakitan. Aku pandang jam di dinding sekilas, sudah pukul 6 pagi. Aku ambil keputusan untuk solat subuh dahulu.
Selesai menunaikan solat, aku bersiap untuk pergi ke rumah Encik Naim dan Puan Nadirah. Makanan semalam yang aku masak aku buang ke dalam plastik hitam lalu dibuang ke dalam tong sampah besar di luar rumah.
Tiba saja, aku berhentikan kereta. Sekarang baru pukul 7 jadi Encik Naim dengan Puan Nadirah belum pergi kerja. Aku keluar dari kereta dan kelibat Puan Nadirah ada di hadapan pintu dengan wajah yang pelik melihatku.
"Assalamualaikum Mama." Aku salam dan kucup tangannya. Air mata aku tiba-tiba mengalir. Puan Nadirah yang perasan akan itu terus membawa aku masuk dan kami berdua duduk di ruang tamu, "Kenapa ni Sayang?" .
"Na-Nazrul ta-tak ba-balik ru-rumah sema-semalam." Kataku sedikit gagap. Puan Nadirah mengusap lembut embun kepala aku. Encik Naim yang baru turun dari anak tangga terus meluru ke arah aku yang sedang nangis.
"Kenapa ni Reen?" Tanyanya risau.
"Naz tak balik rumah semalam." Puan Nadirah tolong jawabkan soalan Encik Naim. Air mata aku mengalir lebih deras sehinggakan baju Puan Nadirah basah lecun.
"Shh. Jangan nangis. Mama yakin nanti Nazrul akan balik." Pujuk Puan Nadirah dengan memberi kata-kata yang positif. Aku mengelap air mata menggunakan lengan baju.
"Nanti kalau Papa nampak Naz kat pejabat, Papa inform Reen." Aku sekadar mengangguk.
Kemudian, Puan Nadirah pelawa aku sarapan bersama-sama. Aku turuti sahaja. Aku makan dengan tiada selera. Hanya beberapa suap sahaja mihun masuk ke dalam mulutku yang lain masih lagi berada di dalam pinggan. Perasaan ku sungguh risau akan Nazrul. Kertas semalam mula belayar difikiran ku.
"Hye Sweetheart. You akan duduk rumah malam ni sorang-sorang."
Adakah gelaran orang yang hantar kertas itu yang culik Nazrul. Tapi peliklah, buat apa diorang nak culik laki aku.Siapa tak pelik? Biasanya perempuan yang kena culik ni lelaki.
"What's wrong sayang?" Suara Puan Nadirah menghentikan lamunan aku.
"Nothing. Reen pergi rumah Daddy ya Ma." Pamitku sambil menyalam kedua-dua tangan orang tua Nazrul. Makanan yang masih berbaki ditinggal di atas meja. Aku pandu kereta ke rumah Datuk Mikail pula dengan tujuan ingin tahu sama ada mereka tahu atau tidak Nazrul dimana.
***
Nazrul POV
"Woi bangsat! Kau lapar tak?" Tegur suara garau itu lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Pipi kiri aku masih lagi terasa pedih, memanglah pedih! Dia toreh lebar kut. Boleh koyak muka hensem ni.
"Aku baru nak belanja kau makan sedap-sedap tapi kau tak jawablah pula. Zack! Bagi dia nasi dengan garam je." Arah lelaki itu tegas. Manusia yang disebut Zack itu datang ke arah aku sambil membawa sepinggan nasi putih dan butir-butir garam diatasnya. Aku lebih rela mati kelaparan daripada makan nasi dengan garam tu.
"Aku nak kau makan. Kalau tak makan, mati pula hero cerita ni." Katanya tegas. Dia ni bodoh atau buat-buat bodoh? Kalau tangan aku kena ikat, macam mana aku nak makan? Nak suruh aku makan macam kucing?
"Hahahahaha, lupa pula yang tangan kau kena ikat so biar aku suapkan." Lelaki itu mula menghampiri aku. Sepinggan nasi tadi diangkat dan dihalakan dihadapan muka ku dan (?)
Push! *tak pandai buat bunyi tho!*
Nasi yang patut aku makan itu dibaling ke arah muka aku. Torehan itu semakin pedih akibat kerana terkena butir-butir garam itu.
"Sakitlah!" Jeritku kuat.
"Apa? Nak lagi?" Tanyanya sinis.
"Zack! Ambikkan aku sambal belacan." Arah lelaki itu. Seriusla? Mana kau dapat belacan tu? Hahaha. Zack datang ke arah lelaki itu. Sambal belacan yang dikatakan tadi mula bertukar tangan. Lelaki itu pandang aku sinis. Jangan cakap dia nak simbah kat pipi aku.
"ARGHHH!" Aku menjerit kuat. Pedih woi!
"HAHAHAHAHA!" Lelaki itu hanya ketawa jahat melihat aku mengerang kesakitan. Aku kena kuat demi Azreen.
"Nak lagi?" Soalnya sinis. Naik seram pula aku dengar. Aku hanya diam.
"Biasa kalau orang diam, dia nak lagi."
Erk, betul ke? Amboi! Menyempat kau tanya orang.
Lelaki itu datang semula ke arah ku dengan sepucuk pistol ditangan. Mana dia dapat pistol pun aku tak tahu. Dia tersenyum kelat memandang aou. Pistol itu dihalakan ke arah aku dan
Bang ! Bang ! Bang !
Amik kau! 3 das terus.
***
TBC
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Fiksi Remaja|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...