Hari ini aku akan bekerja keras untuk menjadikan majlis ini lancar sepertimana misi dan visi yang kami pegang .
Menjadi seorang event organiser bukannya senang . Semua hendaklah mempunyai sifat bekerjasama antara satu sama lain , kalau tidak memang tak jadi majlis lah jawapannya .
Majlis pada hari ini agak besar kerana pelbagai pasukan beruniform turut datang untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar tanpa gangguan .
Aku berjalan kearah Ismail , ketua dalam kumpulanku .
" Hawa , kau tolong ambil kotak air dalam van kita tu . Air tu agihkan pada yang bekerja ya "
Kotak Air ? Berat tu untuk di angkat oleh seorang wanita yang kecil yang mempunyai tinggi 163 cm . Tapi ini adalah kerjaku. Nak merungut ? Tu bererti nak minta potong gaji dia .
aku berjalan kearah van berseorangan tanpa ditemani siapa siapapun . Dengan tenaga yang aku ada , aku mengangkat kotak itu semampu yang boleh .Terangkat juga kotak itu walaupun ianya sangat sangat berat .
Pandanganku tertutup dek kerana kotak yang aku angkat . Aku terpaksa melihat kesebelah untuk memastikan tiada objek dihadapan . Kerana asyik melihat ke hadapan berulangkali , tangan ku mulai tidak se imbang sehingga membuatkan aku terjatuhkan kotak air itu .
Dengan penuh sabar aku mengambil botol air yang jatuh dan ada juga yang berguling menuju ke jalan .
" Encik , ni botol air nya . " aku melihat seorang lelaki yang memakai seragam tentera mengagihkan botol botol yang berguling ke jalan tadi .
Sesungguhnya tuhan saja tahu betawa tampannya lelaki dihadapanku ini . Betapa jantungku berdegup kencang membuatkan aku tertanya-tanya , adakah ini yang dinamakan cinta ?
" Terima Kasih encik " aku mengambilnya dan menaruhnya didalam kotak . Selepas itu , aku mengangkat kotak air yang berat itu .
" Encik , biar saya saja yang angkat ya . Kotak ini berat . Kesian encik . Nanti jatuh lagi . " aku hanya membiarkannya mengangkat kotak itu kerana aku memang tidak larat untuk mengangkat kotak itu lagi .
" Ada yang sakit kah encik lepas jatuh tu ? " dia tanya dengan penuh keperihatinan .
" Alhamdulilah cik saja baik baik saja . "
sebaik sahaja kami sampai , dia menaruhkan kotak itu diatas meja .
" Terima kasih encik ..... ? "
" Malik . Encik siapa nama ? " Malik bertanya padaku .
" Nur Hawa . "
" Cantik . Saya tinggal dulu ya . semoga kita berjumpa lagi . " Malik melambai kearahku .
Ya Allah , begitu baiknya insan itu tadi . semoga aku dijumpakan dengan dia lagi .
" Waa , kau okay ke ? aku nampak kau jatuh tadi . " tanya Fera.
" Aku tak jatuh la . Kotak ni je yang jatuh . Untunglah ada encik itu . " aku menunjuk kearah Malik yang berjalan ke posisi nya .
Semua acara telah berjalan dengan lancar . Kami telah menerima banyak pujian atas persiapan kami .
Kami membersihkan kawasan sebelum balik . Setelah siap , aku dan Fera menyempatkan diri berehat dan menjamu selera di kafe yang berhampiran .
![](https://img.wattpad.com/cover/128411577-288-k431415.jpg)
YOU ARE READING
Antara Cinta dan Pengorbanan
RandomCerpen Malik seorang lelaki yang sangat sukakan pekerjaan nya menjadi seorang tentera . Tentera baginya membagi ketenangan untuknya kerana telah menyelamatkan masyarakat . Manakala Hawa , seorang wanita yang bekerja sebagai seorang ' event organise...