Jaga Kesihatan

102 17 2
                                    

Malaysia terkenal sebagai negara yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi.Kebanyakan manusia yang aku kenal,akan berkata begini sekiranya diajak makan.

"Takpalah,aku diet."

"Takpalah,aku kena jaga badanlah."

"...."

Dan banyak lagilah.

Salah seorang daripada manusia itu ialah diri aku sendiri.Aku selalu menolak tawaran apabila diajak makan dengan alasan 'nak jaga badan'.

Pada suatu hari ini,ada seorang hamba Allah berkata begini pada aku.

"Tak payah jaga sangat badan ni.Lebih baik kita jaga dan betulkan balik hati kita ni sebab Allah nilai hati kita saja.Allah tak nilai fizikal."

Sentap sekejap,tetapi aku keras kepala orangnya.Jadi,aku balas balik.

"Apa yang kau kata tu betul,tetapi masalah sekarang aku jaga badan sebab nak jaga kesihatan.Bukan ke jaga kesihatan tu satu kewajipan juga?"

Akhir sekali,kami pun ber'huhu'.


The conclusion is


Nak jaga badan dan kesihatan tu boleh.Nak "hell training" sekalipun boleh.

Apa yang tak boleh ialah jaga kesihatan tetapi tak jaga hati dan ibadah.

Itu kita panggil "training to hell".


[C]HeartshotWhere stories live. Discover now