Chapter 42: Reminiscence

450 46 25
                                    

Raina membungkus bekal makanan dengan kain lalu diikat dengan kemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raina membungkus bekal makanan dengan kain lalu diikat dengan kemas. Setelah itu dia memasukkan bekal tadi ke dalam beg.

"Puan, saya dah sediakan kereta untuk Puan." suara pemandu suaminya kedengaran saat Raina baru saja bersiap untuk keluar.

"Tak perlu la. Saya keluar sendiri." beritahu Raina pada lelaki tua yang telah berkhidmat selama 40 tahun dengan keluarga suaminya itu.

"Tapi Puan, kalau Tuan tahu saya biar Puan keluar sendiri.. Saya yang kena marah nanti." wajah pemandu itu bertukar risau.

Raina tersenyum.

"Jangan risau, saya akan beritahu Ginn nanti. " dia cuba menenangkan pemandu itu yang kelihatan berat mahu melepaskan Raina keluar.

"Puan.. Puan patut tahu yang Tuan tu macam mana.. " baru saja pemandu itu mula membebel, Raina terus berlari keluar dari rumah sambil melambai.

"Jumpa nanti!" Raina menjerit dari pagar rumah lalu keluar melalui pintu kecil disebelah pagar utama.

"Puan!" kedengaran sayup sahaja suara si pemandu namun Raina tidak menghiraukannya.

Raina tersenyum senang sebelum memulakan langkahnya. Beberapa tapak selepas dia meninggalkan kawasan rumah agam tersebut, kakinya terhenti apabila matanya menangkap kelibat seseorang. Lelaki yang sedang bersandar pada tembok kawasan perumahan itu mula mendekati Raina saat dia perasan akan wanita itu.

"Klein." sepatah saja kata yang keluar dari mulut Raina. Nama itu bagai perkara taboo dalam kamus hidupnya. Sudah sepuluh tahun dia tidak menuturkan nama itu dibibir.

"Raina." Klein memanggil. Dia cuba untuk menyentuh wanita itu namun cepat saja Raina menepis tangan Klein.

"Jadi.. dah 10 tahun. Cepat betul masa berlalu." ujar Raina dengan senyuman sinis. Dia cuba juga berlagak selamba seperti tidak kisah akan kehadiran lelaki itu walaupun hakikat sebenar, hatinya terasa sebak dan sayu. Mana mungkin dia akan tunjukkan kelemahannya.

"Aku dengar.. setahun lepas aku dalam penjara, kau terima lamaran Ginn. Kenapa?" soal Klein, perkara yang sudah lama dia ingin tahu.

"Bukannya masalah awak." Raina menjawab. Dia memandang Klein dengan yakin. Entah dari mana dia dapat semangat untuk berhadapan dengan Klein pun Raina tak pasti. Mungkin ingatannya pada Rui membuatkan dia kuat.

"Bukan masalah saya? Raina, kau bergurau ke? Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat kau? Kau dah lupa ke yang dia adalah punca hidup kau hancur?! " Klein meninggikan sedikit suaranya. Geram dengan wanita itu.

"Klein.. awak salah. Memang betul dia buat sesuatu yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila.. tapi yang hancurkan hidup saya adalah awak. Awak bunuh anak saya, Klein! awak bunuh buah hati saya! " saat itu, hati yang dari tadi terasa sebak menyebabkan Raina mengalirkan juga air matanya. 

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now