Episod 1 : Airport

1.2K 44 11
                                    


Enjoy yourself!💐

××××

Aku dikejutkan dengan suara garau milik Charlie Puth yang menyanyikan lagu How Long. Lagu keluaran baru milik jejaka tampan itu.

Aww!

Aku menutup alarm di telefonku. Aku mula merengangkan badanku. Aku mencapai telefon bimbitku berjenama Samsung Note 10. Keluaran baru daripada syarikat Samsung. Aku melihat jam pada telefon ku.

6:30 A.M

Aku ketawa sendirian sebaik sahaja melihat jam tersebut. Baru pukul 6.

Baru sahaja aku ingin menyambung tidurku yang terjaga, suara seseorang mengejutkan aku. Aku bangun secara tiba-tiba kerana terkejut mendengar bunyi ketukan pintu

"Puteri Ayu.." suara wanita kedengaran dari luar. Pintu diketuk beberapa kali oleh si pemanggil.

Lah! Mak Yam ke! Ingat Papa tadi!

"Yea.." Aku menjawab panggilan wanita itu yang merupakan pembantu rumah yang telah berkhidmat selama 10 tahun. sambil menoyoh mata.

"Dato ada bagi saya pesanan untuk Puteri.." kata suara wanita tua itu.

Aku bangun lalu berjalan ke arah meja solek apabila mendengar nama papanya disebut. Getahrambut aku ambil lalu mengikat rambutku. Aku mengikat rambutku sambil berkata....

"Buka jelah pintu tu Mak Yam. Pintu tak kunci pun.."

Bunyi tombol dipulus dan ditolak kedengaran. Muka Mak Yam memakai baju kedah dan kain batik sambil tersenyum dapat ku lihat dari cermin.

"Dato cakap pukul 6 jangan lupa jemput Encik Yoon dekat airport."

Aku melihat jam di atas meja.

"Harini ke? Bukan esok?" Aku bertanya pelik. Tidak silap ayahnya meminta dirinya mengambil abangnya pada hari isnin.

"Hari ini Cik Ayu..Harinikan hari isnin.." balas Mak Yam.

Aku menepuk dahi apabila tersedar bahawa hari ini bukan hari Ahad. Aku terus mencapai tuala.

"Mak Gamwkeluar dulu.. " balas wanita itu seraya menutup kembali pintu. Aku tidak membalas sebaliknya berlari ke bilik air.

Dia rindu abangnya yang bernama Ezry atau nama koreanya Kim Yoon Ji .

Lelaki itu berkerja di negara Korea sudah hampir empat tahun jejaka itu berkerja sebagai seorang pengurus kepada sebuah syarikat di Korea.

Kini umur lelaki itu genap 29. Entah bila hendak kahwin. Setiap kalai soalan itu dianjurkan oleh ibu pasti ada alasan diberikan.

Paling perkataan sering diulang.

"Busylah mama.."

Aku pula jemu!

Entah aku tidak tahu syarikat apa. Katanya terkenal juga di Korea melalui kata-kata abang Ezry. Tetapi setiap kali itulah sahabatnya akan bertanya tentang abangnya. Abangnya agak terkenal di sekolah menengah dan University. Setiap kali guru dan pensyarah bertanya tentang pekerjaan abangnya. Dia sendiri tak pasti. Dia tidak berminat mengambil tahu hal abangnya sangat. Setiap kali mereka berjumpa ada sahaja foto atau cerita diberikan. Dia pula naik muak.

Di korea cantiklah.. cantik itu ini.

Aku memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih . Seluar jenas hitam aku padankan.

Rambut yang sudah kering aku sikat. Cap berwarna biru pekat yang berjenama NY aku capai di atas rak yang mempamirkan koleksi cap. Ya.Aku amat suka mengumpul cap berjenama. Mungkin itu hobi aku sejak remaja lagi.

Dasar Mr.Sepet Tak Guna!Where stories live. Discover now