77

4K 253 102
                                    

Lagi 2 minggu bulan ramadan akan tiba. Kandungana ku juga ingin masuk 2 bulan. Macam-macam aku mengidam tetapi tidak pernah terhasrat kerana Nazrul tidak pernah layan karenah aku.

"Abang saya nak makan Pizza." Aku goyangkan badan Nazrul yang sedang tidur di atas katil perlahan-lahan. "Jangan kacau lah perempuan!" Marahnya kuat. Tanganku terhenti, lantas aku alihkan tangan dan masuk ke dalam comfeter.

Aku lemah.

"Anak Mama nak makan Pizza eh? Tunggu esok ya sayang. Sekarang, Papa tengah tidur jadi dia tak boleh belikan kita berdua Pizza." Bisik hatiku sambil mengusap lembut perut.

Pagi ini sangat tak indah kerana Nazrul pelawa Adriana breakfast di rumah kami. Sekarang, aku dan Adriana sedang tunggu di meja makan manakala Nazrul sibuk memasak Nasi Goreng Kampung.

"Nama akak siapa?" Tanya Adriana lemah lembut. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak layan perempuan jahanam yang nak runtuhkan masjid aku dengan Nazrul ni.

"Dia tanya tu, jawablah bodoh!" Herdik Nazrul kuat. Dia merenung anak mata aku tajam. Dia backup perempuan tu? Siapa isteri dia sekarang ni? Aku or perempuan jahanam ni?

"Azreen." Balasku malas.

"Nama saya Adriana." Akhirnya, aku tahu siapa nama kau jahanam. "Aku tak tanya." Balasku selamba. Hati kata lain, mulut kata lain. Ini baru namanya manusia.

"Umur akak berapa?" Geli pula aku dengar perempuan ni panggil aku akak.

"24."

"Ouh! Adik 22." Aku tak tahu apa masalah dia. Aku tak ada tanya apa-apa pun tapi sibuk nak bagitahu nama dia lah, umur dia lah. Dia tak nak bagitahu aku ke bila dia nak balik?

"Saya nak tolong Abang Naz jap." Katanya. Dia bangun dari tempat duduk dan menuju ke arah Nazrul yang sedang sibuk membubuh perencah nasi goreng. Tanpa segan silu, Adriana terus memeluk belakang tubuh Nazrul.

Segala darah yang ada dalam tubuh aku mendidih naik. Tak guna punya perempuan! Aku pergi ke arahnya dan tarik dia daripada terus memeluk Nazrul berserta pelempang.

"Kenapa kau lempang dia?" Marah Nazrul. Tangannya naik mengusap pipi kanan Adriana. Adriana mula membuat muka sedih dan simpati.

"Abang biarkan je dia peluk Abang macam tu?" Balasku kembali. Nada suara juga sudah meninggi. Kesabaran aku tercabar kali ini. Ini sudah melebihi batas.

"Biarlah dia nak peluk aku. Lagi pun, dia bakal madu kau so get ready."

Aku terjatuh lemah di atas rantai. Segala bait-bait ayat Nazrul masuk ke dalam minda dan hati memainkan peranan untuk merasakan perasaan kecewa. Air mata yang sememangnya akan mengalir, akhirnya jatuh jua di pipi.

Nazrul pergi meninggalkan dapur bersama Adriana. Api dapur sempat dia tutup, nanti terbakar pula rumah dia dan bakal isteri baru. Aku hanya mampu memandang mereka berdua pergi dengan gelak tawa yang sepatutnya aku rasa kerana badan aku amat lemah dan tidak bermaya. Akhirnya, aku masuk ke dalam dunia hitam.

***

Ayyan mundar mandir di pejabatnya. Hatinya mula gusar dan mengakatakan bahawa Azreen dalam bahaya. Sudah banyak kali dia call Azreen tetapi semua tidak terjawab.

Kali ini dia bernekad mahu menelefon Nazrul walaupun Azreen sudah pesan jangan telefon Nazrul kerana Nazrul sedang sibuk bekerja.

"Hello?" Suara Nazrul mula kedengaran.

"Azreen okey kan?" Tanya Ayyan gelisah.

"Dia okey je. Dia tengah makan ice cream kat taman ni. Katanya mengidam." Ayyan menghembuskan nafas lega apabila mendengar berita bahawa adiknya tidak apa-apa dan berada dalam keadaan selamat bersama Nazrul. Asal ayat aku merapu doh ?

Ayyan end call dan sambung semula kerjanya yang tertangguh.

***

Aku masuk ke dalam butik jenama Padini. Aku mengaku sekarang keadaan aku memang tidak baik, dengan kepala masih berbalut tetapi aku gagahkan diri untuk pergi ke Shopping Mall.

Aku beli baju 4 helai dan membayarnya. Baju aku hanya tinggal 2 helai je sebab perempuan tu pergi rembat tanpa minta izin.

Setelah itu, aku pergi ke farmasi dahulu sebelum pulang ke rumah. Ubat luka-luka dan panadol sakit kepala aku beli untuk stok minggu ni yang sudah habis.

Selesai membeli, aku pergi ke tempat letak kereta untuk pulang ke rumah. Belum sempat aku ingin masuk ke dalam, ada orang menekup mulutku menggunakan kain hitam. Mata aku mula tertutup perlahan-lahan.


"Hello Adriana!" Daniel memulakan perbualannya bersama Adriana melalui panggilan telefon.

"Kerja kau dah selesai?" Tanya Adriana perlahan.

"Dah!"

"Bagus! Sekarang kau bawa perempuan tu ke gudang lama ayah aku. Ada peperangan yang harus dilakukan." Ujar Adriana sinis. Daniel menamatkan panggilan. Dia pandu van hitam yang ditempah oleh Adriana itu ke sebuah gudang lama milik ayah Adriana yang sudah muflis.

***

"Ayyan, call Azreen." Arah Datin Azira kerisauan. Hampir 20 kali dia menelefon Azreen tetapi masih tidak terjawab.

"Connection lost." Balas Ayyan hampeh. Dia memang dah mula gelisah akan adiknya semasa berada di Hospital lagi. Nazrul juga tidak angkat panggilannya.

Ting ! Ting!

Daniel gay
Datang kafe kita selalu lepak
now!

"Ermm. Daddy, Mummy, Ayyan nak keluar kejap. Sayang, please?" Pinta Ayyan lemah lembut.

"Awak nak pergi mana? Tak dinner sama-sama ke?" Tanya Qisha lembut.

"Daniel nak jumpa." Jawabnya. Qisha mengangguk. Kemudian, dia keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta. Kereta lotus miliknya keluar dari perkarangan banglo 3 tingkat ini.

***
TBC

I,ILY ✔Where stories live. Discover now