******
"Jiae omma tak tahu nak cakap apa lagi. Disebabkan perangai kamu nih omma terpaksa upah cikgu private untuk kamu sehingga hari gantungan sekolah kamu tamat" puan kang mengeluh lemah. Rasa nya keputusan yang dibuat ni mungkin agak betul juga. Tambahan anak tunggal nya nak dekat exam tahun nih .
"Hish omma jiae tak salah apa apa pun. Minjae tu yang pura pura jatuh kan diri dekat tangga tu ." Jiae menjeling omma nya geram yang langsung tidak percaya akan kata benarnya. Bukan omma nya sahaja satu sekolah. Kalau ada cctv kat sekolah tu kan bagus. Boleh tengok siapa yang salah siapa yang betul.
Dia terasa ingin menangis je sekarang ni bila semua orang tak percaya akan nya.
"Terang lagi bersuluh kamu yang buat jiae. Kawan baik kamu jugak yang nampak apa yang kamu buat. Dia yang ceritakan dekat pengetua" puan kang mula pegang dahinya. Entah kenapa dia menyesal lahirkan jiae. Cuba nak bunuh orang. Dan suka menipu dan tak pernah jujur. Dasar anak kurang ajar betul. Dibelai dengan kasih sayang. Diberi makan minum ini yang dia balas. Memalukan dirinya sendiri dan juga keluarga sendiri. Siapa tak malu. Minjae, anak ahli usahawan yang berjaya. Paling berpengaruh dekat korea nih.
"Omma bukan jiae yang buat lah!! Eunha hiks sanggup dia khianat jiae" jiae kesat air mata nya yang baru sahaja mengalir. Dia tidak mahu nampak lemah. Tidak pernah dia dituduh sebegini.
"SUDAH JIAE!! KAMU TAU, Omma malu dengan kamu" terus sahaja puan kang tinggal kan ruang tamu itu. Rasanya lebih baik tenangkan fikiran di bilik nya yang dulu tempat tidur dia dan suaminya sekarang hanya dia sahaja. Suami nya mati dilanggar lori gas akibat ingin menyelamat kan jiae yang sedang mengejar rama rama dekat tengah jalan.
Dan dia masih lagi memaafkan jiae tapi untuk kali ni. Kemaafan dia untuk jiae mungkin hanya tipis sahaja.
Jiae menggenggam skirt sekolah nya dengan air mata yang mula bergelinang kembali. Kata kata omma nya memang benar mengguris hatinya . Malu? Malu sebab dapat anak yang malang seperti dia ni ke?
Anak mana yang tak terluka bila sang ibu pun tidak percaya dengan kata kata anak nya. Lebih percaya kata kata orang luar. Sanggup bayar beribu dekat minjae sebab ingin menebus kesalahan yang jiae dituduh buat. Sanggup bayar duit beribu yang dulu omma nya pernah berkata untuk menyimpan duit itu untuk keperluan dia.
Jiae terus menangis dekat situ bila tak dapat tahan sakit di hatinya.
♞♞♞♞♞
"Park jimin! " nama panjang lelaki itu disebut dengan tegas. Jimin yang sedang duduk menunggu giliran dia mula bangun tegak bila dipanggil sebegitu.Dia pandang seorang ahjumma yang hanya memandang nya garang. Seperti ingin baham dia sahaja. "Masuk! "Suruh dia. Jimin akur dan mula masuk ke dalam bilik ruangan pejabat itu.
Jimin pandang arah seorang lelaki tua bermisai sedang duduk bersilang kaki di sofa. "Ouh emm saya park jimin. Baru habis belajar di newzealend. Dan saya ingin memohon bekerja di sini" jimin mula menunjukkan surat dan segala fail kelulusan dan ijazah yang dia ada. Lelaki tua bermisai itu hanya melihat sahaja sijil sijil jimin.
"Mianhae tapi kami dah ada pekerja baru" lelaki tua bermisai itu terus menunjuk ke arah seorang lelaki muda bercermin mata bulat sedang mengelap cermin tingkat tinted di bilik itu.jimin pandang lelaki yang mengelap cermin tu sedang mengesat peluh.
Jadi kuli ke apa nih?
Bisik hati jimin. Dia mula berdiri dan mula minta kebenaran untuk pulang. Nampak nya dia terpaksa cari kerja lain lah gamak nya
Sedang dia berjalan ingin menuju ke kereta tempat parking nya telefon nya mula berdering tanda ada orang call. Segera dia mengseluk kan tangan di dalam poket baju sweater nya dan mengambil hepon iphone 8. Baru beli haritu.
Omma garang 😋💕
Accept
"Nae omma waeyo? " tanya jimin sebaik sahaja menerima panggilan omma nya. Kunci kereta dikeluarkan .
"Kerja cikgu sementara? " kerut jimin bila omma nya berkata kan tentang tawaran cikgu separuh masa untuk anak kawan omma nya. Dia mula masuk ke dalam perut kereta usai menekan punat on. Bebarang fail nya diletakkan ditempat duduk sebelah pemandu.
"Budak exam! Jinjja wah" buat sementara jimin tergelak bila omma nya mengatakan dia byuntae . "Ouh yeoja hmm nae faham ok nanti sampai rumah omma citer kan ye... Nae arasseo annyeong" terus jimin matikan talian.
Dia tersenyum kecil. Nampak nya jadi cikgu sementara pun okey agak nya. Selama cuti 3 bulan nih hmm okey aku boleh buat.
Jimin mula pakai seatbelt dan mula start enjin kereta. Kereta nya mula membelahi jalan menuju pulang ke rumah kedua orang tuanya.
Tbc...
Typo sila abaikan ataupun tegur biar author perbaiki nya. Dan segala ayat diatas tatabahasa dan semacam nya yang korang rasa salah tolong tegur. Biar author boleh belajar lagi. Aku bukan pakar un dan jangan risau author sporting.
N thanks siapa yang baca dan vote dan komen. Amat dihargai.