≠5

7.1K 294 1
                                    

Dada diusap lembut. Sabar Safiya sabar ! Ada ubi , ada batas . Ada hari nanti aku akan balas ! . Makin geram aku dengan si Asylif, Asyrif ? Hah, lantak pi la . Harap muka je hensem , perangai ? Kerek, bongkak nak mampus !

Suka suki dia je nak kutuk , sindir aku . Sugar daddy tang mana pun aku tak tahu . Tiba - tiba tuduh aku ada sugar daddy , bukan tu je , siap cakap yang aku ni suka kikis duit orang tua ! Dah lebih ni . Serius cakap , tapak tangan aku gatal , gatal nak tampar mulut si jantan tak ada insurans tu !
"Kau kenapa ni ? " tanya Aira . Hairan melihat Safiya yang seperti menahan marah . Tapi marahkan siapa? Si Safiya ni bukan mudah marah orangnya.

"Aku sakit ni . " ujar Safiya . Tapak tangan dilekapkan pada dadanya.

"Kau sakit ? Sakit apa ? Boleh tahan lagi tak ? Jom , kita ke klinik cepat . " tangan Safiya ditarik oleh Aira . Kelam kabut , tak nak Safiya makin parah .

"Kau ni pehal ? Ya , aku sakit . Sakit hati ! " tangan yang dipegang oleh Aira ditepisnya . Rimas tau rimas ?

Aira mencebir bibir . Si Safiya ni memang kasar sejak kecik ke? Sakit tangan kita . Safiya dijeling tajam .

"Kau tak nak pujuk aku ke? " kata Aira setelah lama berdiam diri. Safiya pula bukan mahu memujuk , malah buat tak tahu . Sampai terjuih - juih bibir khusyuk men'scroll' instagramnya .

"Aira, cuba kau tengok muka aku . " mukanya diangkat sedikit . Setelah Aira melihatnya terus dengan sinis Safiya berkata .

"Kau tengok muka aku macam kesah tak ? "

"Kau ni jahat betul tau ! Suka main - mainkan aku . " lengan Safiya dicubitnya . Menyeringai Safiya kesakitan . Memang keturunan ketam ke si Aira ni?

"Aku tengok kau ni macam tak ada life. Kau tak kerja ke hari ini ? " tanya Safiya , bosan . Tiada apa yang menarik di instagram . Ramai perempuan yang tunjuk body adalah, tak tahu dosa pahala betul . Acah hensem pun ada , padahal muka kalah katak !

"Ni kan masa lunch . Takkan aku nak menghadap muka Tengku tu 24jam. Lagipun harini , Tengku tu moody semacam. Seram pulak aku . " cerita Aira . Jus orennya dihirup . Jam dikerling. Ada lagi 20minit .

"Kenapa ? " Safiya menongkat dagu memandang Aira .

"Anak dia buat hal . Datang lambat office . "

"Ohhh, memang patut la dia menyinga . Anak tak ada disiplin dalam hidup , siapa je tak marah? "

"Aku ada la jugak minat dekat anak Tengku tu . Hensem dia, fuh . Memang cukup pakej ah , kalau nak ambil buat calon suami . Tapi satu je yang aku tak berkenan ." gosip Aira lagi .

"Apa ? " ujar Safiya berbasi - basi . Kalau tak layan , kesian pulak . So layan je la .

"Kaki perempuan . " kutuk Aira . Oleh sebab itulah , dia tidak seberapa minat dengan anak Tengku Ahmad . Alah, lagipun anak dia nak ke engkau Aira ?

"Ohh . So..."

Kata - kata Safiya dipotong .

"Weh,aku kena masuk office dulu . Nanti kita sambung gosip lagi eh . Tak tahu pulak sekarang ni kau layan gosip . Sebelum ni tak pun. Byee " perli Aira lalu tergelak . Handbag diambil , terus kakinya laju keluar dari Mall .

"Nak kena si minah ni ! Bukan nak berterima kasih aku dengar dia punya mengumpat ! " kutuk Safiya didalam hati . Airnya dihabiskan, nak balik rumah .

*****

"Haaa Asy baru balik ? " tanya Tengku Airien setelah melihat kelibat Asyraf yang
terhuyung - hayang berjalan . Mengantuk sangat agaknya .

"Ha'ah mummy . Asy naik dulu ya . Asy letih , banyak kerja dekat office harini . " rungut Asyraf . Daddynya hanya senyap , sibuk menaip di macbook Apple .

"Naik mandi , solat insyak dulu . Baru tidur . Ingat tu " tegas Tengku Airien mengarah .

"Okey my . Asy naik dulu . Goodnight mummy , daddy . " laju kakinya mendaki tangga . Pintu bilik dibuka setelah sampai dihadapan biliknya. Katil King miliknya dituju.

'Ahh , nikmatnya ! '

"Haa , bukan nak pergi mandi , solat dulu . Tidur pulak dia . "

Terduduk Asyraf mendengar sergahan Tengku Ahmad . Daddynya sedang bercekak pinggang di pintu biliknya.

'Macam mana , boleh lupa tutup pintu ? Bukankah daddy sibuk dengan kerja dia tadi ? Ajaib betul ! ' desis Asyraf . Matanya tidak lepas memandang daddy yang sedang memerhatinya tajam . Macam helang nak sambar ular , lagaknya .

"Apa yang kamu termenung lagi ? Pergi mandi , solat cepat . " tegas Tengku Ahmad . Haih , bukan boleh percaya anaknya yang sorang ini , solat pun jarang - jarang . Tak macam anaknya yang lain, soleh dan solehah sahaja.

"Err, Asy pergi mandi sekarang ." laju kaki Asyraf mengambil tuala didalam almari . Matanya yang mengantuk , kembali segar !

"Ish , ish . Asy .. Asy. " kepala digelengkan beberapa kali . Tersilap ajar dibahagian mana pun Tengku Ahmad tidak tahu .

'Ada je yang tak kena bila nampak aku daddy ni . ' rungut Asyraf . Butang bajunya dibuka kasar. Setelah tiada sehelai benang dibadannya, terus dia berendam di dalam bathtub.Nak hilangkan stress!

______

keep vote and comment for new update.

Cinta Lelaki Bongkak !Where stories live. Discover now