Taehyung terduduk di atas bangku kecil di taman permainan. Suasana hening ketika itu. Hanya kelihatan burung2 berkicauan di langit. Matanya masih sembab.
"Kau buat ramai orang menangis Park Jiminie"bisik Taehyung sambil memandang ke atas awan. Semalam, bangtan telah membuat kenyataan tentang pemergian Jimin. ARMY seperti diserang histeria. Ramai antara mereka yang tak mampu menerima kenyataan itu. Di tempat wawancara boleh kedengaran suara tangisan dari ramai orang. Semua menangisi pemergian Jimin . Sehinggakan orang yang tidak rapat dgn mereka pun menangis. Kepergian Jimin memberi impak yang besar kepada orang sekeliling. Tambah2 kepada Bangtan. Jin dan Namjoon lebih suka menyendiri dan berdiam diri selepas pemergian Jimin. Hoseok juga tidak banyak bercakap dan lebih kerap habiskan masa pada tarian.Yoongi lah paling banyak memainkan peranan untuk menaikkan semangat mereka kembali. Tambah2 Jungkook. Yoongi memberi perhatian yg lebih pada Jungkook kerana Jungkook seperti betul2 terpukul dgn kepergian Jimin. Jungkook kerap demam dan menangis seorang diri.
Walaupun Jimin sudah tiada, bilangan ahli bangtan tetap tidak diubah dan mereka tetap membiarkan jumlah bangtan secara rasminya 7 ahli.
Taehyung menyeka air matanya yg tiba2 turun. Dia cuba mengukir senyuman namun tidak mampu lalu terhambur menangis lagi. Dadanya sakit. Hatinya sebak setiap kali teringatkan Jimin. Walaupun sudah sebulan Jimin pergi, dia masih rasa seolah2 Jimin berada dengannya. Jiminlah yang paling banyak memujuk ahli bangtan dahulu. Orang pertama yang akan ada disisi bangtan ketika bangtan menangis ,tertekan, sakit. Semuanya ialah Park Jimin.
Dia betul2 rindukan Jimin. Dia rindukan pujukan dan nasihat Jimin padanya ketika dia menangis. Dia rindukan suara yg selalu menyokongnya satu ketika dulu,dia rindukan semuanya tentang Jimin.
Angin bayu menyapa wajah Taehyung lembut. Taehyung memandang sekelilingnya. Tenang dan mendamaikan. Dia dan Jimin selalu datang ke situ setiap kali dia mempunyai masalah. Mereka akan datang kesitu untuk menangis dan ketawa. Dia akan menunggu Jimin datang kesitu setiap petang. Ketika dia ada masalah. Jimin tak pernah menghampakannya. Jimin pasti datang kepadanya. Dia pasti akan datang sebelum matahari terbenam dan akan memujuknya. Walaupun dia tahu sekarang mustahil tetapi dia tetap menunggu. Dia masih berharap pemergian Jimin hanya untuk sementara. Dia berharap akan ada seseorang datang dan memujuknya disitu. Dia harap wajah Park Jimin akan dilihatnya.
"Mana kau.."Rintih Taehyung teresak.
###############
A/n:
Kalau author rasa nak tambah scenes , author akan buat notification kay?
Terima kasih kepada readers , author baru buat buku ni tapi dah 200+. Sekaligus buatkan story ni dapat top 100 utk seminggu.♥tq so mahhh. Sayang semua XD Hi. HI. HI. Maaflah, author tak pandai nak main perasaan sangat. Author syorkan kalau nak masuk sampai ke lubuk hati. Bacalah sambil buka lagu
-4 O'clock
-spring day
-hold me tight
-rain
-house of card
-let me know
-I need you
-butterfly
-love is not over
-awakeNanti kalau rajin singgahlah baca member author punya story.
-kokopa_(English)-Was I Your Mistake P.JM. fanfic.
-_putriidora (Malay) Dream come true JH Fanfic.
Please look forward guys. ♥ kalau reader suka buku author, vote dan commentlah^_^hihi
YOU ARE READING
Don't Leave (MALAY)
Short StoryBangtan, bagi Jimin mereka ialah keluarganya, Baginya mereka adalah segalanya. Hidup mereka selalu dipenuhi dengan memori indah. Mereka saling melengkapi. Tapi,Segalanya berubah semenjak dia disahkan menghidap barah otak peringkat serius. kesilapan...