4 : Court

221 34 26
                                    

Selepas beberapa hari , kes aku dibawa ke mahkamah. Aku berserah kepada apa yang akan berlaku. Aku dah tak sanggup. Anak - anak aku tinggalkan aku , kepercayaan Jimin kepada aku makin pudar.

Aku tarik nafas dalam - dalam sebelum mengikut pegawai polis itu. Dia membawa aku ke mahkamah.

Setibanya aku dia mahkamah , dapat aku lihat wajah wajah yang aku sayang sangat. Omma dan appaku, ibu dan bapa mentua ku, dan Jimin. Tak sanggup aku nak berhadapan dengan mereka. Aku tak sanggup lagi lagi apabila omma dah mula menitiskan airmatanya sejak aku jejakkan kaki ke dalam dewan ini tadi.

Hakim dan peguam peguam telah pun masuk dan duduk di tempat masing masing.

Aku sangat gementar dan takut. Apa yang akan jadi?

Perbicaraan itu dimulakan secara normal. Kemudian apabila bukti yang diberi masih belum mencukupi untuk mencekup aku, maka tiada hak untuk pihak polis menahan aku.

" Dibawah arahan saya, Puan Park Seulgi tidak berhak ditahan atas sebab bukti bukti yang masih belum mencukupi. Maka , Park Seulgi akan dibebaskan daripada tahanan. Perbicaraan tamat. " sejurus itu tongkat diketuk.

Aku melepaskan nafas yang berat buat keseribu kalinya. Aku dibebaskan? Bersyukurnya aku.

Tapi bahagiakah Jimin?

Gari ditangan aku dibuka dan aku dilepaskan. Barang kepunyaan aku diberi balik. Omma dan appa datang mendekati.

Omma menangis dan lari memeluk aku yang masih menahan sebak di dada. Tubuhku dipeluk erat lalu disertai oleh appa.

" Seul takut omma... Seul tak buat semua ni... Omma kena percayakan Seul.. Seul tak pernah ada niat nak bunuh darah daging Seul sendiri.. " aku menjelaskan.

" Omma dan appa tak pernah salah sangka dengan Seul. Gwenchana, kami akan selalu ada kat sisi Seul. Seul tak perlu risau. Kami tahu Seul tak buat semua ni. Kami percaya.. " rambutku diusap perlahan. Dahiku dikucup beberapa kali oleh appa.

" Don't worry Seul. We are always with you. " kata appa sambil mengelap airmataku yang kian jatuh mencurah.

Kemudian datangnya ibu dan bapa mentuaku untuk menenangkanku. Mereka memberi kata kata semangat dan menunjukkan kasih sayang kepadaku.

Tetapi, aku masih menantikan kehangatan pelukan suamiku, Park Jimin. Dimanakah dia? Masih ingatkah dia pada aku? Atau dia dah bencikan aku? Ataupun dia dah tak kenal aku lagi dah?

Jimin, I need you. Sungguh aku rindukan pasanganku.

" Seul, jom kita balik rumah. Seul mandi, makan, pastu rehat ya? Jom. " kata omma seraya menarik tangan pucatku. Aku memegang erat tangan ommaku.

" Omma.. Seul rindu Jimin.. " aku mengadu. Omma mengusap rambutku sambil berkata,  " Seul sabar ya.. Nanti dia datang... "

Omma pun tahu.

Yang dia dah tak percayakan aku.

Wah, kenapa aku rasa macam aku dah hilang nyawa aku sendiri?

Omma menarik tanganku dan meneruskan perjalanan.

Min, Seul rindu.

+ Rumah Agam
Keluarga Kang +

Seusai aku mandi dan makan bersama omma dan appa tadi, aku meloloskan diri ke bilik tidurku. Segera katil yang empuk tu aku tuju.

Aku merehatkan diriku selesa yang aku boleh. Malam ni aku nak rehatkan diri aku yang agak penat tidur di sel. Nak segarkan badan aku untuk esok pagi.

❛ Beast ❜ ISPJ ↠ p.j.m ❨ OG ❩Where stories live. Discover now