"Dah nak kahwin dah anak kesayangan omma ni" Omma yang duduk di hujung katil memerhati aku yang sibuk memakai krim malam di muka
"Em tulah kan ma, Hyuna pun tak sangka yang Hyuna dah nak kahwin, rasa macam mimpi pulak esok dah nak jadi bini orang"
Selesai memakai produk kecantikan di muka, aku menuju ke arah omma lalu melabuhkan punggung di tepinya
Omma hanya tersenyum lalu membelai rambut aku yang sudah panjang melepasi bahu
Tiba-tiba senyuman nya tadi sedikit kendur digantikan dengan air matanya yang perlahan mengalir
"Omma, kenapa nangis ? Hyuna mintaa maaf kalau sebelum ni Hyuna ada buat omma terasa dengan sikap Hyuna..Hyuna nak omma tahu yang tempat omma di hati Hyuna takkan boleh diganti oleh sesiapa pun dekat dunia ni"
Tangan omma aku genggam kemudian aku kucup lama..Air mata omma makin banyak mengalir membuatkan aku juga dilanda rasa sebak
"Hyuna tak buat salah apa pun dengan omma, kalau ada pun, omma dah lama maafkan..Omma cuma sedih je, lepasni tak ada siapa dahla yang nak temankan omma masak, teman omma buat kek, teman omma lipat baju"
Air mata aku yang turut mengalir, aku biarkan mengalir tanpa menyeka nya dengan jari
"Yah omma, janganlah cakap macamtu.Hyuna janji kalau Hyuna dah kahwin nanti pun, Hyuna tetap akan balik rumah omma, teman omma masak"
Lantas aku memeluk omma dengan penuh erat..Bila difikirkan balik, aku sebolehnya tidak mahu berpisah dengan omma, tapi seorang isteri yang baik kena ikut suami dia ke mana sahaja bukan.
"Dah, jangan nangis banyak sangat, manti mata sembab..Tak lawa pulak pengantin ni esok"
Omma menyeka air mata aku lalu bibirnya menguntum senyuman
"Omma pun jangan nangis banyak sangat, ingat esok omma pun kena lawa-lawa tauu"
"Haihh yelah"
"Ommaa" rengekku manja lalu kepala aku sengaja diletakkan di bahu omma
Hehe bukan selalu aku suwiit ;)
"Apa ?"
"Nak tidur ngan omma malamni boleh tak ?" Aku mengerdipkan mata aku berkali-kali
"Mengade, habistu appa kamu tidur mana ?"
"Dekat mana lagi kalau bukan ruang tamu, di atas sofa ikea"
"Ceh, hyunaa !"
YOU ARE READING
2017 [√] Cikgu Sejarah Paling Kacak ༄ Kim Seokjin
Nouvelles+ Kim Seokjin , Guru Sejarah paling kacak dan popular di kalangan pelajar perempuan, guru-guru , dan tidak ketinggalan makcik kantin selaku makcik yang membuat air milo tawar di sekolah itu [P/s ; Buku bodoh je ni. Ayat ayat melayu baku macamtu. Har...