Harini hari paling bahagia bagi aku sebab aku dapat keluar dari hospital jahanam ni. Tak ada lah, aku tak suka bau ubat ataupun makanan hos sebenarnya. Sekarang aku tengah tunggu seseorang. Cuba teka siapa?
"Lamanya dia ni." Runggutku perlahan. Jam tangan dipandang sekilas, sudah pukul 2 petang. Tadi kata pukul 1:30. Haih.
"Azreen! Nazrul accident." Jerit Ayyan kuat. Aku terkaku. Tolong katakan itu semua dusta.
"Azreen?" Ayyan lambai-lambaikan tangannya dihadapan muka aku. Aku kembali ke dunia nyata.
"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Tanya Ayyan ingin kepastian. Aku berkata perlahan, "Nazul accident."Ayyan mengerutkan dahi.
"Bila masa aku cakap Nazrul accident? Aku cakap kereta Nazrul tayar bocor so dia minta kau tunggu lagi 20 minit." Aku masih lagi dengan wajah yang pelik. Kenapa sekarang lain, tadi lain.
Aku berangan ke? Takkan lah berangan sampai boleh fikir Nazrul accident. Ke dia sengaja kata macam tu dan buat-buat tak tahu?
"Hye!" Marah Ayyan. Dia memetik jarinya di hadapan muka aku. Aku tersentak lagi sekali. Sejak bila aku suka mengalamun ni?
"Ye!" Balas ku.
"Jom aku hantar kau kat bawah."
***
Jahanam punya Abang. Dia tinggalkan aku kat bawah sorang-sorang. Kalau ada orang culik aku macam mana? Tiba-tiba ada seseorang lelaki duduk di sebelah aku. Lantas aku menoleh, Ihkwan rupanya.
"Awak dah boleh keluar?" Tanyanya.
"Macam tu lah." Jawab ku tersenyum hambar. Lain yang tunggu, lain yang datang.
Pon ! Pon !
Aku alihkan pandangan ke arah depan. Sebuah kereta BMW berwarna hitam kelihatan. Nazrul keluar dari tempat pemandu.
"Sorry Sayang. Tayar bocor tadi." Kata Nazrul tersenyum manis ke arahku. Kemudian, dia alihkan pandangan ke arah Ihkwan dan dahinya berkerut.
"Saya Ihkwan. Lelaki yang tolong Abang masa di gudang dulu." Kata Ihkwan sambil menghulur tangannya. Nazrul sambut huluran tersebut tanpa berkata apa-apa.
"Kenapalah budak ni ingatkan aku kejadian tu." Bisik hati Nazrul.
"Sayang, kita kena pergi sekarang." Kata Nazrul. Aku mengangguk. Ihkwan terus beredar dari kawasan itu selepas aku selamat masuk ke dalam perut kereta. Kereta BMW itu meluncur laju di atas jalan raya.
***
Aku keluar dari kereta dan berlari anak menuju ke arah pintu utama Villa'N ini. Nazrul bawa aku ke rumah Encik Naim dan Puan Nadirah. Lama tak datang sini. Rasa rindu pula.
"Reen rindu Mama." Ujarku. Aku peluk Puan Nadirah dengan erat. Nazrul hanya mampu menggelengkan kepala melihat terlatah aku.
"Mama pun rindu Reen." Balasnya. Pelukkan dileraikan. Aku tersenyum bahagia di hadapannya. Nazrul berdehem sekali.
"Naz kenapa?" Tanya Puan Nadirah hairan. Aku turut mengalihkan pandangan ke arah Nazrul sambil menjongketkan sebelah kening.
"Abang tak rindu?" Tanyanya saja. Aku menggulingkan bebola mata.
"Sudah-sudah lah. Mari kita masuk. Mama ada masak makanan favourite Reen." Ujar Puan Nadirah tersenyum manis. Bahu aku ditepuk perlahan. Kami bertiga masuk ke dalam. Meja makan di ruangan dapur menjadi tempat tujuan.
"Omg! Rendang ayam!" Jeritku riang. Kali terakhir aku makan, erm dua bulan lepas.
"Mana Mama tahu makanan favourite Reen rendang ayam?" Tanyaku. Aku cedok nasi ke dalam pinggan. Seketul ayam aku letakkan di atas nasi putih.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...