Chapter 44: Bad News

458 42 25
                                    

Vee memandang beberapa pelajar yang jelas lebih kuat darinya itu dengan pandangan bersahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vee memandang beberapa pelajar yang jelas lebih kuat darinya itu dengan pandangan bersahaja. Pelajar gangster. Sampah. Vee rasa kasihan dengan orang sebegini.

"Ketepilah!" dengan megah, Vee mengarah.

"Oi, oi.. kau ni nak kena belasah ke? Ha? Dah la datang sekolah orang, lepas tu nak berlagak pula!" ujar salah seorang pelajar senior tersebut. Barangkali ketua antara yang lainnya.

Vee menelan air liur dengan payahnya. Dia takut. Takut, tapi tak mungkin akan dia tunjukkan perasaannya itu. Dia masih lagi berpura-pura dengan wajah selamba dan bongkaknya itu. Bagi Vee orang dihadapannya itu semuanya bagai sampah yang terkeluar dari tongnya. Mengotorkan masyarakat dan suasana sekeliling.

"Heh, ni la dia.. contoh anak orang kaya yang sombong tak sedar diri!" seorang lagi senior mengejek.

"Budak macam ni, kena diajar dulu baru nak faham.." sambung lagi pelajar yang seterusnya sebelum mendekati Vee lalu dipegang dari belakang.

"Oi, lepaslah!" Vee meronta untuk melepaskan dirinya namun apalah dayanya. Pelajar yang memegang kedua belah tangannya dari belakang itu jelas lebih kuat.

"Hehe.." ketua kumpulan pelajar senior yang gangster tersebut tersengih sebelum mendekati Vee.

"Oi, kau.. "

Langkah ketua pelajar gangster tadi terhenti. Dia menoleh untuk melihat orang yang telah memanggilnya.

"Hehh.. apa kau panggil aku tadi? Ha? Budak..?!"

Ketua gangster itu tersenyum jahat ke arah seorang pelajar yang baru saja muncul. Vee juga turut memandang ke arah yang sama dan air mukanya berubah saat melihat seraut wajah yang amat dikenali itu.

"Oi, kau.." balas pelajar itu yang pada mulanya tertunduk melihat tanah sebelum mendongak sedikit untuk melihat ketua gangster itu dengan senyuman manis.

"Ha??!! Ulang balik, budak!" entah kenapa si ketua terasa seperti dirinya dicabar apabila melihat senyuman itu.

"Heh? Pekak ke? Hmm.. Oi, kau!! " pelajar itu mengulang semula kali ini dengan nada yang sengaja dikuatkan. Wajahnya selamba saja.

"Ha??!! Ok!!! Kau, memang nak mati!!!!" ketua pelajar gangster tadi jelas dicabar dan terasa sangat marah apabila diejek sebegitu.

Hilang terus fikiran warasnya dan dia meluru ke arah pelajar yang muncul secara tiba-tiba itu. Tangannya saat itu cuma mahukan satu saja. Pecahkan kepala budak tak sedar diri ni.

"Ehh? Aku ada salah cakap ke?" ujar pelajar tersebut dengan mata yang terkebil-kebil. Riak wajah langsung tak bersalah.

Dengan mudahnya dia menepis tangan ketua gangster tadi dan menangkap tangan yang sebelah lagi sebelum menendang belakang lutut ketua gangster tersebut untuk menjatuhkannya. Semuanya berlaku dengan sangat pantas dan beberapa saat selepas itu ketua gangster itu tidak lagi mampu bergerak apabila dia dipijak dan ditahan ke bawah tanah.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now