Cintaku Hingga Akhir Waktu

13 1 1
                                    

11 Februari 2017,seorang lelaki yang bernama arman sedang berada di taman bersama dengan calon isterinya iaitu Marissa. Arman begitu cinta sekali dengan Marissa. Begitu juga dengan Marissa.Setiap kali mereka di taman,mereka sentiasa membuat hajat di kertas lalu menyimpannya di dalam sebuah botol dan menanam di sebuah tempat yang berdekatan dengan tasik.Marissa berhajat untuk hidup lebih lama bersama bapanya dan Arman.Dia ingin sekali melihat anak-anaknya bersama dengan Arman hidup gembira suatu hari nanti. Namun,suatu hari Arman terfikir bahawa ingin menikah dengan Marissa.Lalu,Marissa terpaksa menolak lamarannya itu disebabkan bapanya yang sedang sakit tenat.Marissa telah menceritakan semua punca bapanya sakit tenat kepada Arman.Arman berasa amat kagum dengan Marissa disebabkan kasih sayangnya terhadap bapanya.Satu hari,Marissa pengsan di tengah-tengah jalan raya dan ramai orang terus membawanya ke hospital.Tiba sahaja di hospital,seorang jururawat menelefon Arman untuk mengetahui keadaan Marissa.Arman berasa sangat sedih dan terkejut. Sebaik sahaja Arman tiba di hospital, dia terus pergi berjumpa dengan doktor yang merawat Marissa. "Maafkan saya, encik Arman. Saya ingin menyampaikan satu berita buruk kepada encik Arman tentang Marissa. Marissa telah menghidapi kanser darah atau lebih dikenali sebagai "Leukemia" pada stage yang ketiga. Penyakit ini membuatkan Puan Marissa untuk tidak hidup dalam jangka masa yang panjang.Sekali lagi maafkan saya." kata doktor itu. Arman begitu sedih sehingga keluar air matanya.Beberapa jam kemudian, Marissa sedar. Marissa gembira sekali Arman ada di sampingnya ketikanya sedang sakit tetapi Arman hanya senyum sahaja kepada Marissa kerana dia ingin menutupi wajahnya yang sedih itu.Dia tidak sanggup untuk memberitahu Marissa apa yang terjadi kepada Marissa. keadaan Marissa bertambah teruk. Lalu, satu hari Marissa keluar dari bilik wad untuk mencuri dengar perbicaraan antara Arman dan doktor kerana mukanya Arman pada hari itu amat mencurigakan Marissa. Marissa amat terkejut kerana terdengar yang hari ini ialah hari yang terakhir untuk dia meluangkan masa bersama-sama Arman.Dia begitu sedih dan tidak sanggup melihat Arman bersedih nanti. Jadi, dia menyuruh Arman untuk menikahinya di masjid.Arman begitu gembira sekali selepas mendengar Marissa berkata begitu. Selepas sahaja acara pernikahan itu berlangsung, Marissa pengsan. Lalu, Arman dengan sepantasnya untuk membawa Marissa ke hospital yang berdekatan dengan masjid. Marissa telah sedar."Beberapa minit lagi hari jadi kamu sudah tiba sayang dan aku tidak sanggup kehilangan kamu." kata Arman sambil menangis."Aku disini."katanya Marissa.Marissa telah sedar waktu itu.Marissa berhajat untuk membawanya ke taman yang selalu mereka pergi. Tibalah sudah jam 11:59 a.m. Ketika mereka sudah sampai di taman,Marissa pun berkata "Janganlah bersedih sayang.Aku akan mencintaimu sehingga akhir waktuku.Sebelum aku pergi, aku ingin berhajat supaya kamu dapat mencari seseorang yang dapat membahagiakan kamu dan sentiasa mencintainya buat selama-lamanya. Jaga diri kamu baik-baik." selepas itu Arman mula mengira 10 saat dari sekarang untuk tibanya hari jadinya Marissa yang ke 23. "10,9,8,7,6,5,4,3,2,1" dan selepas sahaja Arman mengira, dia ternampak Marissa sudah meninggalkannya di saat hari jadinya Marissa. Arman pun berkata"selamat hari jadi sayang. Semoga kamu tenang diatas sana. Aku akan sentiasa mengingati kamu dan mencintai kamu hingga akhir waktuku." lalu Arman menangis. Sejak itu, Arman menuruti semua permintaannya Marissa dan tidak pernah melupakan Marissa yang pernah ada di hatinya dulu dan tetap mencintainya hingga akhir waktunya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 21, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cintaku Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now