bab 4

28.2K 115 0
                                    

Hari ini merupakan hari pertunangan di antara Firash dan Amira Safiya. Firash dan Amira tenang je. Yang melebihnya sudah pastilah kakak-kakak Firash.

Walaupun majlis dibuat di rumah pihak perempuan, riuhnya tak terkata. Yang sulung sibuk nak hias dulang hantaran. Yang kedua sibuk nak make up semua orang. Yang ketiga asyik nak berkepit ja dengan Firash. Yang keempat pula sibuk nak pilihkan cincin tunang. Rimas jugalah Firash dibuatnya.

Tapi tetap bersabar sebab dia tak nak majlis ni jadi huru hara. Nasib baiklah Amira faham keadaannya. Bak kata Amira 'Layankan sajalah perangai kakak-kakak awak tu. Awak tu satu-satunya adik lelaki dia orang. Mestilah dia orang teruja. Ye lah adik kesayangan nak kahwin dah.'

Selesai saja sesi menyarung cincin, tiba pula sesi bergambar. Masing-masing sibuk dengan telefon masing-masing nak selfie dengan Firash dan Amira. Nasib baik sampai tak bercakaran.

"Jomlah kita makan pula. Mesti semua dah lapar kan." Ajak Aishah. Semua pun turut ikut makan.

"Firash, Firash nak makan apa? Biar akak yang cedokkan." Kata Farhana.

"Apa pula kamu yang nak cedokkan Farhana. Firash nak makan biarlah dia cedok sendiri. Takpun Amira yang tolong. Kamu tu pergi cedokkan untuk suami kamu." Kata Fatimah. Farhana hanya tersengih lalu segera menuju ke suaminya.

"Ibu minta maaf ye Amira. Kakak-kakak Si Firash ni memang macam ni. Sayang sangat dia orang dekat Firash ni. Kamu jangan ambil hati ye." Amira memegang tangan Fatimah.

"Tak apa ibu. Mira tak ambil hati pun. Mira faham sangat Firash ni satu-satunya adik lelaki dia orang. Mesti dia orang sayang sangat kan." Fatimah tersenyum. Nasib baik Amira tak cemburu.

Selepas itu mereka pun makan dengan gembiranya. Mana tak gembira. Lauknya sedap sangat. Sedap sampai menjilat jari.

[2]Kakak-Kakakku Sayang ✔Where stories live. Discover now