Rumah nenek aku ni dah lama tak berpenghuni semenjak kematiannya pada penghujung tahun 80an. Walaupun lama ditinggalkan, halaman dan rumahnya sendiri seperti ada yang mennyapu setiap hari. Rumah nenek terletak di satu kampung di Pulau Pinang, dikelilingi pokok tinggi-tinggi macam pokok durian, bacang, sentul dan banyaklah. Halaman rumah berpasir putih, depan rumahnya ada hutan yang agak tebal dan ada jamban di situ. Jangan cari sehelai daun pun di halaman pasir walau kelilingnya pokok atau rumput. Macam aku cakap, macam ada yang menyapu setiap hari. Rumahnya tradisional dengan serambi panjang bertutup. Rumah lama bertiang seri dan dapurnya di bawah beralaskan tanah, Nenek hanya gunakan air telaga untuk mandi dan minum. Telaga tu terletak di belakang dapur nenek.Masa tu kakak bongsu aku kawin. Memandangkan rumah keluarga aku kecil dan kami sepupu-sepupu lelaki ramai masa tu, memanglah tiada tempat untuk tidur. Usai khemah didirkan, kami pun berpakat cari tempat tidur. Kerana tiada tempat, sepupu aku paling otai namanya Bechaq (dah arwah) decided untuk bermalam di rumah nenek. Kami yang budak-budak ni dalam 10 orang mengikut sahaja. Maka berombonganlah kami berjalan ke rumah nenek. Sebelum sampai, kami singgah di pekan kecil untuk membeli beras, sardin, telur dan bawang untuk menjadi makan malam kami. Tapi kerana ramai dah lapar, kami singgah kat mamak makan roti canai sorang sekeping,
Nak masuk ke rumah nenek ni kena lalu macam hutan walaupun ada jalan tar. Kiri kanan pokok dengan beberapa buah rumah berselang seli semak. Dari jauh, nampak rumah nenek suram je, Seram juga masa tu kerana kebetulan bulan agak terang malam tu. Rumah nenek pun tak berkunci. Ye lah, siapa yang berani kan?
Bechaq bagi salam semasa pintu dibuka tapi kami dengar macam benda jatuh dari dalam rumah. Masing-masing buat tak dengar sebab badan berpeluh dan melekit. Yang menghairankan, tujuh daripada kami tiba-tiba sakit perut. Yang tak sakit perut cuma aku dan dua sepupu aku Peruz dan Din. So, kami pun jadi penunggu mereka memerut dalam hutan depan rumah. Masa kami duduk di tangga, di dapur kami dah dengar macam orang mundar mandir pakai menyeret selipar di dapur. Bunyinya macam marah-marah. Kemudian kami dengar bunyi orang berjalan di serambi. Serambi kan kayu, so memang sangat jelas bunyi orang berjalan mundar mandir. Kerana lama tak berpenghuni, tiada bekalan elektrik, kami pakai lilin saja. Dari ekor mata, aku nampak macam seorang lelaki mengendap-ngendap di belakang pintu. Tak jelas, tapi bentuknya memang lelaki.
Selesai dorang mencuci dan mandi, Bechaq pun mula memasak. Bau sardin dan telur dadar malam tu teramat harum dan amat menyelerakan. Selesai memasak, kami pun nak makan. Kejadian pelik sekali lagi, Dorang tujuh orang tu sakit perut lagi sekali, tapi lagi teruk dari tadi. Memang dengarlah mereka cirit berjemaah (eeewwww). Kami tak berani nak duduk di tangga, kami berdiri je depan tangga. Kat dapur kami dengar macam orang berkenduri pung pang pung pang pinggan dan mangkuk berlaga. Peruz yang paling kecil masa tu start menangis ketakutan. Mujurlah ciritan berjemaah tu tak lama. Yang lama masa nak mencuci sebab telaga cuma ada satu timba. Huhuhu…
Dah setel, kami pun nak makan. Bila buka periuk nasi, kita nampak macam biasa. Wap bagai tu kan dengan nasi hampir penuh periuk. Tapi bila dicedok, terus senduk tu kena dasar periuk. Kosong! Tinggal lapisan atas je. Kuali berisi sardin licin! Tapi bau teramat hanyir keluar dari kuali tu. Telur dadar juga licin dan mengeluarkan bau hanyir yang meloyakan. Peruz beritahu Bechaq, masa dorang dok mencirit tu, dia pandang belakang. Dia nampak satu makhluk tengah terkangkang menjilat kuali sambil memandang tajam padanya. Tu yang buat dia menangis.
Bechaq tetiba berang. Dimaki hamunnya natang tu. Kami yang lain cuma diam dan ada yang ajak balik atau tidur di mana saja asalkan jangan di rumah tu. Tapi Bechaq degil. Dia cakap siapa yang nak balik boleh balik. Tapi dah terlalu lewat. Bechaq cakap,” tak pe, malam ni dia tahu nasib dia. Kita ni anak cucu, bukan orang lain. Dia nak kacau sangat, biaq dia kacau.”
Walau etakutan, kami naik juga ke rumah. Aku, Peruz dan Din tidur di atas katil yang sangat wangi baunya. Tepi katil ada tingkap. Yang lain tidur di atas lantai. Bechaq sorang je yang tidur kat area nenek aku solat. Ada lubang macam jaring kat situ, sinonim dengan rumah lama.
Bila masing-masing dah diam, tiba-tiba kami dengar berderau pasir di baling atas bumbung. Mula mula bumbung area kami tidur. Then dia baling pasir kat bumbung area serambi pulak. Kami buat tak endah walaupun masing-masing dah kecut perut.Lepas tu dengar pulak orang menapak kat serambi mundar mandir sambil mengomel2 macam orang tak puas hati. Tak cukup dengan tu, kami dengar pulak macam buah kepala di baling dalam telaga. Diam la sekejap, kami semua dengar dinding di cakar seolah-olah dengan kuku yang sangat tajam.
Tiada antara kami yang tidur, tapi kami dengar dengkuran Bechaq. Walaweh,,, dia boleh tidur?Keadaan menjadi sunyi. Tapi tiba-tiba kami dengar semua nama kami disebut sambil mendengar ketukan di pintu. Masa tu yang lain semua lari duduk atas katil berpelukan sambil menangis ketakutan. Hantu kot, lelaki pun menangis hokeyyy… Pintu ada 3, satu di dapur, satu ruang depan dapur dan satu di serambi. Semua pintu tu diketuk sambil dengar nama kami dipanggil. Satu lepas satu benda tu keliling rumah mengetuk pintu. Suara lelaki garau macam marah kami tak buka pintu.
Then sunyi sepi. Kami dengar macam biawak memanjat dinding sampai ke bumbung. Masa tu la pulak kami dengar Bechaq dok ketawa dalam tidur dia. Macam kelakar gitulah bunyinya. Kerana atapnya separuh zink, kami boleh dengar seolah-olah zink tu dikopek dengan kuku tajam. Menangis2 kami ketakutan tak tahu nak buat apa.
Yang paling mengejutkan sekali, kami dengar macam orang terjun di atas alang dekat tiang seri. Dari samar-samar cahaya lilin, kami semua dapat lihat susuk seorang lelaki telanjang bertinggung di atas alang sambil merenung kami dengan mata merahnya. Jarinya macam menunjuk-nunjuk pada kami yang di atas katil. Semuanya menjerit dan meraung la masa tu termasuk aku walaupun aku masa tu dah pecah suara. huhuhuh….
Tak semena-mena Bechaq bangun berdiri dan langut. “Hoi!!! Hang pasai apa dok kacau orang nak tidok haaaa *a*iiiiiii !!!!!”. Nak tahu apa jadi? Lembaga tu terjun depan Bechaq. Besar oiiiii…. botak dan berbulu…. kami pun apa lagi..terjun dari katil ke pintu. Buka je pintu kami terjun terus berlari ke jalan. Melolong-lolong masing-masing menangis menjerit.
Lepas tu kami nampak ada suluhan lampu suluh dalam lima atau enam. Rupa-rupanya jiran-jiran dekat-dekat situ dengar lolongan kami dan tahu yang kami anak cucu nenek tumpang bermalam. Apa yang jadi lepas tu kami tak tahu. Masing-masing macam semangat direntap. Lembik masing-masing. Ake lepas tu memang sering kena ganggu, Bechaq pulak lepas pada kejadian tu selalu sakit sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir beberapa tahun lepas tu.
Itulah kejadian yang tak mungkin aku dan sepupu-sepupu aku alami dan tak mungkin kami lupakan. Masing-masing dah beranak pinak dan kalau berjumpa kami akan bersembang tentang hal gangguan di rumah nenek tu.
Sekian.
YOU ARE READING
Cerita Seram★
Horrorcopy dri google ★ kalau Bi di tukar kpd bahasa melayu★hope enjoy and loved★ Start:12/12/2017 End: i d n surinyati pemotong daging; ada yg cuba memotong kaki; jangan baca sesorang; kalau tak ada yg memerhati. so jomm enjoy