Chapter 10

4.3K 116 12
                                    

   Ali berbaring di atas katilnya sambil mata sedang khusyuk stalk instagram Alicia. Dia berhenti pada satu post Alicia. Gambar yang Alicia post tu merupakan dia, Alicia dan beberapa mentor akademik yang lain di kelasnya ketika berada di sekolah menengah dulu

   Ya, Ali merupakan top student di sekolah menengah selepas melalui zaman malasnya di sekolah rendah dahulu. Ali dapat straight A+ setiap kali exam.

    Malahan setiap tahun dia akan di pilih sebagai salah seorang mentor dalam semua mata pelajaran. Dia teringat bagaimana dia selalu bergaduh tempat pertama dengan Alicia.

   Dia tergelak sendiri. Kelakar betul apabila memikirkan yang dia daripada seorang pelajar yang malas boleh transform jadi Encik Akademik di sekolah menengah.

   Dan apabila dia teringat Alicia, makin melebar lah senyuman dia. Dia lah racun tapi dia tu juga lah penawarnya. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh tersuka Alicia.

   Ali tertidur dengan bibirnya masih menguntumkan senyuman.

...

   Selepas habis lecture, Ali terus mengejar Alicia. "eh Alicia tunggu aku lah!" panggil Ali. Alicia pantas menoleh kearah Ali. "Kenapa kau ni?" tanya Alicia. "Jom lah aku nak cakap sikit ni. Kita cakap kat cafe, boleh?" Cadang Ali.

   "Hmmm.. boleh lah tapi sekejap je tau. Dalam satu jam je tau. Sebab aku dah janji dengan Mia nak belajar sama-sama kat library petang ni." Alicia meletakkan syarat. "Ok cun lah tu. Aku nak cakap sikit je and alang-alang dah pergi kafe aku belanja minum-minum sekali lah." Ali bersetuju.

   Mereka berdua pun jalan beriringan ke kafe.

...

   Ali belanja Alicia beberapa ketul donat kegemaran Alicia hari itu- donat dengan filling strawberry.

   "Apa benda yang kau nak cakap kat aku? Macam penting sangat je." Tanya Alicia. "Eh tak ada lah. Aku cuma nak ajak kau pergi funfair hari Sabtu ni. Itu pun kalau kau free lah." Kata Ali. "Oh tu je ke? Aku free je rasanya hari Sabtu tu" jawab Alicia.

   "So, what do you say?" tanya Ali. Alicia berfikir sejenak. "Okey lah. Aku setuju" Jawab Alicia. "Anyway, kenapa sampai kena pergi tempat lain? Kan boleh je kalau kau nak cakap je lepas lecture tadi."

   Ali terdiam sebelum menjawab, "Tak de lah. Aku tak nak benda yang sama jadi kat kau macam masa aku ajak kau pergi makan dulu."

"Why? Kita bukannya tahu pun siapa yang culik aku tu"

   "Tapi, aku pasti sangat yang penculik tu ada satu kolej dengan kita. Kalau tak macam mana dia tahu kau ada dengan aku kat situ masa tu? Kau sendiri cerita kat aku yang dia tak nak kau rapat- rapat dengan aku hari tu kan?" 

"Hmm.. ya tak ya jugak kan. Mesti dia terdengar perbualan kita masa tu"

"Sebab tu aku cadang pergi kafe . More private sikit. Lagipun tak ada orang yang duduk berdekatan dengan kita."

"Kau rasa siapa yang culik aku tu?"

"Entah. yang aku tahu dia tu perempuan"

"Itu aku pun tahu. Rambut mengerbang warna perang karat... memang perempuan lah"

"Kalau aku dapat orang yang culik kau tu, memang aku takkan lepaskan dia dari penjara M.A.T.A. tu"

"Alah kau ni. Maybe dia fans kau kot"

"Mungkin jugak kan.. Haihh susah betul jadi orang hensem ni. Ramai sangat fans"

"Eh masuk bakul angkat sendiri nampak"

"Harus lah.. kalau tak siapa lagi nak puji aku"

   Alicia tergelak. Dia sendiri masih memikirkan siapakah perempuan yang menculiknya itu? Kalau fans Ali pun tak boleh ke cakap macam biasa je?

Ejen Ali (Ali x Alicia)Where stories live. Discover now