afiq dan rakan rakanya

23 0 0
                                    


Pada satu malam jumaat, sekumpulan 4 orang pemuda telah memutuskan untuk melawat tapak runtuhan di Highland Tower.Setibanya mereka di tapak runtuhan, Afiq dan 3 lagi rakannya berpecah dan mula mengambil gambar di sekitar tapak runtuhan tersebut.Setelah 20 minit meninjau di tapak runtuhan tersebut, mereka berkumpul semula dan bersetuju untuk pulang.Sepanjang perjalanan pulang, mereka tidak putus-putus bercerita mengenai pengalaman mereka di tapak runtuhan tersebut.Walaupun rakan yang lain rancak bercerita, mereka perasan sesuatu akan “Afiq”. “Afiq”  lansung tidak mengeluarkan sepatah perkataan ketika berada dalam kereta.Sebelum meneruskan perjalanan pulang, mereka sempat singgah di sebuah restoran untuk makan dan minum. Ketika di restoran tersebut, “Afiq” masih juga mendiamkan diri.Sementara menunggu makanan yang mereka pesan, tiba-tiba, seorang daripada mereka menerima pangilan dari Afiq.Mereka semua hairan kerana jika Afiq yang menghubungi mereka, siapa pula yang berada dengan mereka di restoran tersebut.“Afiq” yang bersama mereka pula tidak menunjukkan sebarang reaksi apatah lagi memegang telifon.
Keadan bertambah rumit apabila salah seorang daripada mereka mengambil keputusan untuk menyambut pangilan daripada Afiq.Setelah mereka mengesahkan bahawa yang menelefon mereka tersebut adalah Afiq yang sebenar, mereka bergegas ke tapak runtuhan Highland Tower untuk menjemput Afiq sebenar.“Afiq” yang dari tadi bersama dengan mereka turut serta kembali ke Highland Tower untuk menjemput Afiq yang sebenar. “Afiq” menghilag sebaik sahaja mereka berhenti di tempat yang sama ketika kali pertama mereka sampai.Rakan-rakan Afiq kemudiannya menceritakan perkara tersebut ketika mereka dalam perjalanan pulang.

Special promot
minyoongi_03

Cerita Seram★Where stories live. Discover now