Kisah ini merupakan pengalaman seorang pemandu teksi.Sekitar jam 1 pagi, seorang pemandu teksi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gombak. Semasa dalam perjalan pulang, seorang wanita wanita telah menahan teksinya.Disebabkan kasihan akan wanita tersebut, dia memberhentikan teksinya dan bertanya ke mana wanita itu hendak pergi.Wanita itu menjawab dia ingin balik ke rumahnya di Taman Hill View, Highland Tower dengan kepalanya tunduk ke bawah.Pemandu teksi tersebut menawarkan diri untuk membantu wanita tersebut kerana rumah wanita tersebut terletak di laluan yang sama menggunakan lebuhraya MRR2.Namun begitu, pemandu teksi tersebut terlupa bahawa disebabkan salah satu bangunan di kawasan tersebut telah runtuh, kawasan tersebut sudah tiada berpenghuni kerana dipindahkan atas arahan pihak berkuasa.Setelah 10 minit membisu dalam teksi, pemandu teksi tersebut teringat akan kejadian bangunan runtuh di kawasan tersebut. Pelbagai persoalan mula timbil di fikiran pemandu teksi tersebut kerana mengikut infomasi yang diketahuinya, semua penghuni telah dipindahkan kerana lawasan tersebut tidak lagi selamat untuk dihuni.Untuk mengesahkan bahawa wanita tersebut ingin balik ke Taman Hill View, Highland Tower, pemandu teksi tersebut sekali lagi bertanya kepada wanita tersebut.“Cik masih tinggal disini ke?”Selang beberapa saat, wanita tersebut menjawab.“Masa bangunan tu runtuh, saya ada didalam, dan kedua-dua kaki saya telah putus. Cuba abang tengok kaki saya ni, kudung dan berdarah”.Pada mulanya, pemandu teksi tersebut tidak ingin menoleh ke belakang namun disebabkan sifat ingin tahu, dia memberanikan diri juga untuk melihat penumpang wanita tersebut.Apabila menoleh, pemandu teksi tersebut terkejut apabila apa yang dikatakan wanita tersebut sememangnya benar. Kedua dua kaki wanita tersebut memang kudung dan dipenuhi darah.Disebabkan takut yang terlampau, dia hanya mampu memandang wanita tersebut membuka pintu teksinya dan merangkak keluar ke arah runtuhan bangunan sehingga hilang.
YOU ARE READING
Cerita Seram★
Terrorcopy dri google ★ kalau Bi di tukar kpd bahasa melayu★hope enjoy and loved★ Start:12/12/2017 End: i d n surinyati pemotong daging; ada yg cuba memotong kaki; jangan baca sesorang; kalau tak ada yg memerhati. so jomm enjoy