jampi

27 1 0
                                    


Selepas hael husaini menang sis updaye cerita seram yg tajuk agak sama so enjoyyy

Kira-kira 5-6 tahun yang lepas pakcik aku ni baru dapat degree dia. So sekarang kerja sebagai pengarah di sebuah universiti swasta. Nak dijadikan cerita, time dia balik Malaysia tu dia ada bawa seorang kawan dari Sarawak berbangsa Kayan tapi beragama Islam yang sama belajar dengan dia dulu, kami panggil dia auntie Dea (kini arwah ). Pakcik aku kenalkan dia dengan nenek, datuk saudara-mara semua. Nenek & datuk berkenan sebab arwah auntie Dea seorang yang sopan je & lemah lembut je bila bercakap.

Beberapa bulan lepas tu pakcik & arwah auntie Dea pun nikah. Dalam kalangan saudara-mara kami yang menyenangi kehadiran arwah auntie Dea dalam keluarga, ada seorang sepupu nenek yang tak suka sebab dia cakap kenapa nikah dengan orang jauh sedangkan anak dia banyak yang perempuan. Tapi nenek cakap dah jodoh. Time majlis pun muka sepupu nenek tu monyok je. Kami panggil dia Mbah.

2 bulan lepas nikah, arwah auntie Dea ni disahkan mengandung 3 minggu. Kami sekeluarga memang happy sebab dah lama takde budak kecil dalam family. Nenek decide nak buat majlis kesyukuran kecil-kecilan. Dah nama pun kecil, so mestilah kami invite yang family terdekat je macam adik-beradik atuk & nenek. Tapi Mbah tak puas hati sebab kami tak invite dia huhu so kami minta maaf tapi dia masih juga marahkan kami.

Beberapa bulan lepas tu, pakcik dengan arwah auntie balik Sarawak sebab ayah arwah auntie sakit. Lepas ayah arwah auntie dah okay dorang balik kampung arwah auntie Dea beberapa hari. Time tu pakcik dapat mimpi ada ular tedung bawah katil arwah auntie Dea, ada nenek jenguk arwah auntie Dea dari tingkap masa arwah tengah tidur. Bila pakcik cerita dengan keluarga mertua dia, dorang suruh bawa balik Semenanjung cepat-cepat takut ada yang ‘berminat’ dengan arwah auntie Dea di kampung. Tapi rupanya ada lagi yang sangat ‘berminat’ dengan arwah di sana.

Lepas balik dari Sarawak, pakcik start kerja macam biasa. Disebabkan kandungan arwah auntie Dea ni makin besar so arwah decide nak bercuti sampai bersalin. Malam tu, pakcik balik lambat. Arwah auntie tertidur di ruang tamu dengan adik aku yang paling kecik. Time tu arwah ada mimpi, ada Mbah datang. Dia suruh arwah auntie kangkang macam orang nak beranak tu and suruh arwah teran.

Bila arwah auntie Dea terbangun, pintu rumah ternganga luas. Few days after that pergi buat check up, perut arwah kosong. Takde baby lagi dah. Yang tinggal cuma tempat baby je, aku pun tak tau nama benda tu. Tapi dua tahun lepas tu pakcik dapat rezeki lagi. Walaupun kali ni dugaan lebih dashyat, tapi kali ni baby tu selamat dilahirkan.

Tapi, 2 minggu lepas bersalin, arwah auntie Dea meninggal dunia. Before dia meninggal, dia selalu meracau. Takut dengan tempat gelap, takut dengan anak dia sendiri. Tapi dia nak sangat pegang baby tu sampai dia menangis sebab dapat tengok aje. Malam lepas majlis pengebumian arwah, mak mertua pakcik cakap ada orang datang jenguk. Kami tak tahu siapa tapi memang lepas bacaan Yassin tu angin kuat & macam dengar orang menjerit dekat luar rumah. Oh yaa, time ni kat kampung. Nasib baik tandas dalam rumah time tu huhuhu.

Nak dijadikan cerita, time tu aku baru habis study. So anak pakcik aku pun makin besar, nenek aku pun makin tak kuat so aku jadi sukarelawan jaga sepupu aku yang kecik tu. Time tu kalau tak silap umur dia dalam 3 tahun lebih macam tu. Nama dia Fikri. Rumah pakcik aku ni area KL. Nenek aku balik kampung la sebab dah ada aku yang jaga Fikri. Fikri ni memang selalu tidur dengan abah dia, aku bilik sebelah. Tapi malam tu Fikri tidur dengan aku sebab nak dapatkan ‘feel’ gitu ada babysitter baru hahaha.

Around pukul 9, ready nak masuk tidur. Fikri dah lama tertidur. Lepas tutup lampu tu, ada bunyi cakar dekat pintu. Bunyi cakar tu, Ya Allah, macam orang cakar dinding dengan penyapu besi rumput tu je. So aku jeritlah panggil PAKCIK!! Sebab mana la tahu kalau bernasib baik tu mungkin pakcik aku nak tangkap lipas ke apa tapi sebaliknya aku dengar bunyi hmmmm…terus bergetar kepala lutut. Malam tu aku tidur tak tutup lampu sebab takut.

Kejadian tu aku ceritakan dengan pakcik aku, dia diam je. Lepas aku beritahu dengan nenek, dia cakap dia dah biasa dah. Beberapa hari lepas tu, aku dekat dapur. Pintu berkunci and cuma ada aku dengan Fikri je kat rumah. Time tengah cuci nasi tu aku ada tengok kelibat melalui cermin kabinet. Bila aku toleh takde orang tapi baru aku sedar yang si Fikri ni senyap je dari tadi. Aku pun berlari la pergi ruang tamu kot-kot ada penculik ke apa tapi bila tengok, pintu masih berkunci. Fikri pulak pandang aku je,dia tunjuk dekat tingkap macam nak beritahu ada orang kat sana tapi bila aku tengok takde sesiapa pun!

Okay tu je aku nak cerita. Sebenarnya banyak lagi gangguan macam dengar bunyi orang menangis, orang ratah tulang & nenek bongkok tiga berdiri tepi pagar. Kawan datuk cakap ada orang nak hantar guna-guna dengan Fikri tapi tak sampai jadi dia hantar kacau orang rumah. Lepas pakcik ‘bersihkan’ rumah dia, tak lama lepas tu Mbah sakit teruk. Kurus sangat bila kami datang melawat, dia halau pakcik sebab dia cakap pakcik punca dia jadi macam tu. Korang rasa??

Sekian, sorry tak seram just nak share pengalaman.

Cerita Seram★Where stories live. Discover now