. Kisah aku ni berkenaan dengan gangguan, dah tentulah dari hantu kan. Kejadian pertama ini berlaku pada tahun 2012 iaitu masa aku di tingkatan enam bawah. Sekolah aku ni jauhhhh di utara tanah air. Sejak dari form 1 hingga form 6 aku memang bersekolah kat situ la.Boleh kata aku ni merupakan seorang legend yang dihormati oleh junior-junior. Legend-legend aku ni pun bukannya berani sangat, sekali kena sergah kecut juga telur, haha. Aku ni bukan la seratus peratus hijab terbuka, tapi aku boleh rasa kalau benda tu ada kat sekeliling aku, tapi sejak kejadian ni, aku rasa hijab aku dah terbuka sampai sekarang.
Ok, berbalik pada kisahnya, aku kena ganggu sewaktu minggu study week. Masa tahun tu STPM dah guna sistem baru, sistem semester, sistem yang macam dekat Universiti sekarang ni. Kisahnya bermula semasa aku dan 5 orang kawan naik ke blok kelas untuk prep. Jarak kelas dengan dorm kami ni tak la jauh sangat, lebih kurang 300meter ja dan blok ni ada 4 tingkat, kelas yang kami study tu di tingkat 3.
Masa nak naik tangga tu aku dah rasa lain macam sebab ada dengar bunyi tapak kaki yang seakan-akan berkawad. Tapi aku buat bodoh ja sebab bangunan tu memang ada cerita dia yang tersendiri. Masa kami tengah sedap-sedap study group, ada la 7-8 orang budak-budak junior yang datang menyemak. Bukan setakat bising yang depa ni buat, ada yang siap layan video blue lagi dalam kelas sebelah. Geram dengan perangai diorang tu, kami sound la seround dua, senyap sat ja, pastu depa sambung bising balik. Tak tahan dengan perangai diaorang tu, kami 6 orang termasuk aku ambik keputusan blah pi study dekat dewan bawah kelas kami.
Masa aku dengan sorang kawan (Mirul) langkah keluar dari kelas tu, tiba-tiba aku tengok Mirul ni keras kejong macam orang kena karen, dengan muka pucat mata terbeliak. Haaa sudah, aku dah tau dia nampak apa. Cepat-cepat aku ajak kawan lain turun pi dewan. Masa dekat dewan bawah tu baru aku tanya dia benda apa yang dia nampak. Korang nak tau dak apa jawapan dia? Dia cakap dia nampak ‘benda’ merangkak dengan rambut panjang yang kusut dari tangga naik keatas siling. Macam cerita Ju On tu weyh.
Perghhhh, dupdapdupdap jantung kami semua masa tu. So, kami ambik keputusan study dekat kelas blok lain, tak jadi nak study dekat dewan tu. Masa tengah rancak study (padahal dok rancak sembang), kami dengar suara riuh rendah orang menjerit minta tolong. Usha punya usha, rupa-rupanya budak-budak tadi kena kacau dah. Ada yang lari lintang pukang, sampai bergolek-golek jatuh tangga. Masa ni baru padan muka, dok buat bising lagi kat tempat tu.
Kami berenam pun nekad la pi tengok apa yang jadi, masa sampai dekat blok yang keras tu, adalah sorang budak laki ni tengah terbaring atas jalan sambil tercungap-cungap sambil sebut mummy mummy help me dan ada juga yang lari balik dorm. Masa kami nak langkah dekat dengan tangga blok tu, sebab nak cari handphone sorang budak ni jatuh masa kena kejar dengan benda merangkak tu.
Bunyi tapak kaki yang macam orang kawad yang aku dengar tadi lebih kuat macam orang dok berlari. So aku suruh member-member blah dari tempat tu. Masa nak blah tu aku sempat lagi tengok blok tu. Korang tau dak aku nampak apa. Aku nampak sorang makcik tua dengan sorang budak lelaki berdiri betul-betul atas tembok depan kelas yang kami study awal tadi tu.
Muka dia jangan cakaplah. Memang hodoh sehodoh-hodohnya, kulit muka terkoyak sana sini, mata dia masuk ke dalam dan yang menariknya dia pakai baju kurung Kedah warna hijau kuning dan kain batik paras lutut. Anak dia tu berbogel dan siap lambai tangan lagi dekat aku. Kisah budak dengan makcik tua ni aku dah banyak kali dengar dari cikgu-cikgu tapi malam tu aku dapat feel sendiri, beruntung jugak rasanya.
Malam tu memang kami semua tak tidur sebab dok mengulas panjang tentang kejadian tu. Kisah ni tak habis lagi dekat sini sebab masa final exam STPM tu pun aku kena kacau lagi dengan si pendek dan emaknya dan baru-baru ni pun ada kisah aku kena kacau dekat universiti. Gangguannya lebih dahsyat lagi dari sekolah. Nantikan sambungan cerita aku sekiranya admin publish cerita ni.
Special promot
minyoongi_03
mochimchim_
YOU ARE READING
Cerita Seram★
Horrorcopy dri google ★ kalau Bi di tukar kpd bahasa melayu★hope enjoy and loved★ Start:12/12/2017 End: i d n surinyati pemotong daging; ada yg cuba memotong kaki; jangan baca sesorang; kalau tak ada yg memerhati. so jomm enjoy