Ashraf tersenyum lebar apabila mengenangkan cerita semalam . Najwa telah menjadi isterinya dalam erti kata sebenar.
Raut wajah Najwa yang sedang lena ditatapi . Lena sangat . Penat kot semalam . Hahahaha .
Ashraf menggeselkan tangannya di hidung Najwa . Najwa bergerak . Tidurnya sedang diganggu . Ashraf masih lagi bermain dengan hidung Najwa.
Dielus lembut pipi isteri kesayangannya . Perlahan Najwa membuka mata . Dia melarikan pandangan apabila melihat Ashraf sedang asyik merenungnya .
Serta merta Najwa ingat akan kejadian semalam . Pipinya mulai berona merah. Ashraf hanya tersengih memandang Najwa yang terkebil kebil.
Najwa melihat keadaan dirinya . Dirinya sedang tanpa seurat benang . Hanyalah selimut yang membaluti dirinya . Najwa memberikan renungan tajam buat si suami.
"Abang pandang sana !! Cepat !!!" . Jerit Najwa tiba tiba.
" Hahaha tak apa lah . Abang dah tengok dah pun semuanya . Bukannya salah pun " . Balas Ashraf selamba. Dia sedang ralit memakai tie bersiap sedia untuk ke office.
" Tak boleh !! Cepat pandang sana !! " . Laung Najwa sekali lagi . Mukanya hendak menangis.
" Haha iye lah iye lah " . Ashraf memalingkan mukanya. Najwa terus menyelubung di dalam selimut dan terus berlari ke kamar mandi .
Ashraf hanya tertawa melihat isterinya yang masih malu malu. Sebelum keluar bilik , Ashraf perasan sesuatu di atas katil mereka berdua . Sekali lagi senyuman paling lebar dia ukir apabila melihat sesuatu di atas katil itu .
...
Sebelum ke office , Najwa akan bersalaman dengan Ashraf dan Ashraf seperti biasa akan menghadiahkan ciuman di dahi isterinya.
Dia sempat berbisik kepada Najwa.
" Jangan lupa basuh cadar dalam bilik " . Ujarnya selamba.
Najwa memberikan reaksi blur. Disoal suaminya semula .
" Cadar kotor ke ? Najwa tak perasan pulak " . Najwa menggaru kepalanya yang tak gatal.
" Nanti sayang tengoklah sendiri yee " . Sengaja Ashraf berkata meleret . Najwa memandang blur kereta suaminya itu hilang dari pandangan.
Najwa menapak ke ruangan atas . Ingin melihat cadar katil mereka.
Sebaik sahaja melihat apa yang ada di cadar itu , dia menekup mukanya !! Malunya ! Mesti suaminya sedang membantai gelakkan dia . Huarghh !! Dia menarik laju cadar itu untuk dibasuh . Tidak lupa selimut tadi juga .
_____
" Amboi pengantin baru awalnya bangun !" . Tegur adik perempuan bongsu Iyaz , Irhana Damia.
" Mana ada awal Mia . Ni pun akak rasa akan dah bangun lambat " . Jawab Tya . Segaris senyuman diukir buat adik iparnya.
" Mana Daniel , Tya ? Tak bangun lagi ke ? Cuba Tya tengok . Ajak dia sarapan sekali . Dari tadi tak turun makan." . Tanya mama yang sedang duduk bersantai di sofa.
KAMU SEDANG MEMBACA
Jodoh Antara KITA ✔️
Lãng mạnBeautiful cover from DE BEAUTY GRAPHIC by Aneesahlan. FATIHA, ANISA, NAJWA, ZAHIRA. Empat gadis yang ada saja karenah dan tingkah laku yang senang cerita kalau tiada mereka berempat, senyaplah kelas 6 Anggerik. Kehadiran 4 orang pelajar baru yang pa...