BAB 15

5.7K 333 8
                                    

KERETA Audi Khairul bergerak ke Pasaraya berdekatan rumahnya. Setelah tiba di Pasaraya, Khairul membelok keretanya di parking kereta.

Khairul dan Nadhirah berjalan menuju pintu Pasaraya tersebut.

"Nak beli apa?"Soal Khairul sambil mengerling Nadhirah disebelahnya.

"Banyak la jugak. Dee ada listkan. Nah, tengok la!"Nadhirah menghulur sehelai kertas panjang. Khairul mengambil dan membuka lipatan kertas tersebut.

Lipatan kertas itu panjang sehingga ke bawah dada Khairul.Mak aih, banyak bebenor!

"Banyaknya! Habis, semua ni siapa bayar?"Mata Khairul tak lepas memandang list ditangannya.

"Awaklah."

Nadhirah mengeyit mata dan berlalu pergi masuk ke dalam Pasaraya.

"Hah!!!" Mata Khairul terbuntang besar. Nasib la Khairul woi.

BARANG-barang basah sudah dicampak ke dalam troli. kasar dok bunyi? Barang-barang lain juga sudah memenuhi troli. Semua barang dah beli. Tinggal sayur-sayuran, buah-buahan dan manisan je.

Khairul sudah berlalu pergi mencari buah-buahan yang ada pada list yang Nadhirah tulis.

Nadhirah berjalan ke arah sayur-sayuran yang tersusun di rak.

Nadhirah mencapak sayur-sayuran yang ada di rak dan dikumpulkan ditangannya.

"lobak merah, bawang putih dengan bawang merah dah, kubis,bayam,serai,lengkuas, kunyit dah, cili dah. Apa lagi? Oh! Tomato mana tomato?"

Nadhirah mencari tomato. Dia cuba mencapai tomato yang agak tinggi di rak dan tiba-tiba plastik yang berisi tomato koyak dan jatuh bergolek.

Nadhirah mengejat tomato yang bergolek tadi bersama sayur-sayuran yang penuh ditangannya.

Tomato itu berhenti di depan kasut seseorang. Nadhirah cuba mengutipnya tetapi lelaki itu terlebih dahulu mengutipnya.

"Cik punya ke?"Tomato dihulur kepada Nadhirah.

"Haah, terima kasih encik..."Nadhirah memandang lelaki di hadapannya.

Ya Allah, cantiknya makhluk di depan aku ni!Handsome gila bakhang! Nadhirah meneliti lelaki di hadapannya.

Kening yang sedikit tebal tersusun kemas di bawah dahinya. Mata hazelnya memukau semua wanita yang melihatnya. Hidung mancung tampak cantik di mukanya. Bibir merah jambu menandakan dia tidak merokok. Muka tanpa jerawat itu terus ditenung. Baju yang berkolat berwarna biru tua dan seluar jean amat padan dengannya.

Sungguh indah ciptaan-Mu Ya Tuhan!

"Cik?" Lelaki itu memetik jarinya didepan muka Nadhirah.

Nadhirah tersedar dari kesilapannya. Dia berkelip beberapa kali sebelum mata beralih ke arah lain. Haduh! Apa aku buat ni? Kau dah ada suami la Nadhirah! Jaga sikit mata kau tu. Kutuk Nadhirah dalam hati.

Nadhirah tersengih dan mengambil huluran lelaki itu.

"Terima kasih. Saya pergi dulu."

Nadhirah berjalan melepasi lelaki itu dan terus mencari suaminya.

KAKI melangkah ke bahagian syampu dan sabun. Troli sudah hampir penuh. Makanan ringan juga diambil tadi.

-FLASHBACK-

Nadhirah POV

Aku mengambil twisties, chipster, super ring, beuno, cadbury, kitkat dan macam-macam lagi menjadi santapan mata aku. Kalau boleh semua aku nak angkut tapi teringat akan suami, tak jadi pula. Hhaha.

Pandangan pelik Khairul tidak ku hirau. Aku terus mengambil dan ambil semua yang aku berkenan.

"Astghfirullahalazim. Banyaknya beli. Dee tau tak benda-benda ni tak sihat untuk kesihatan. troli ni penuh dengan makanan tak sihat Dee je."

Khairul membebel sambil mengambil manisan dan makanan segera aku dan letak kembali ke rak.

Aku tayang muka masam.

"Alah, orang nak buat stok 5 bulan la! Bukan nak harung makanan ni sekali terus."

Aku mengambil kembali makanan-makanan tak sihat aku dirak. Tak tau ke tengah mengidam sekarang? eh, belum hamil lagi! heehehe.

"No, ambik 3 je! tu dah kira banyak tau.cepat, sebelum abang pergi bayar." ugut Khairul.

Aku mendengus geram. Dengan terpaksa aku relakan. Aku mengambil beuno, super ring dan kitkat dan aku campak kasar ke dalam troli.

"Good."Khairul senyum manis kepadaku. Aku jeling tajam.

"Err, nak satu lagi boleh?" Aku menarik hujung baju Khairul. Muka dibuat-buat comel.

"No! Kita pegi tempat lain pulak." Khairul pergi meninggalkan aku bersama troli yang setia dengannya dari tadi.

Aku menghetak kaki. Geram!!

end POV

-ENDFLASHBACK-

"Nak beli syampu apa?"Khairul berdiri di rak-rak syampu dan melihat jenama-jenama didepannya.

"Nak tengok la nih."

Nadhirah mencapai syampu Rejoice. Syampu yang biasa dipakainya. Dia meletak balik dan beralih ke syampu lain. Banyak pulak pilihan.

Mandian Dettol dicapai dan penutup dibuka lalu hidung mula menghidu baunya. emm, taknak lah!

Dari satu-satu syampu dicapai sehinggalah syampu seterusnya. Kerjanya hanya menghidu dan letak. Semuanya dia tidak berkenan.

Khairul disebelah menggeleng kepala. Cari apa isteri aku ni?

Kini syampu safi sayla diambil.

Dove? Dah guna!

Shurah? Tak maulah!

Hair and shoulder? Tak!

Patene? No!

Lifebuoy?

"Yes, dapat!" Nadhirah tersenyum gembira.

"Dapat apa?" Khairul disebelah menyoal.

"Mandian ni. bau dia best!hmm, wangi!"

"Oh, abang pun guna ni jugak! perisa lemon kan? Dee pakai sabun ni ke sebelum ni?"

"Tak, tapi Dee pernah hidu bau ni dekat...."

Nadhirah teringat bau mandian ini dirumahnya. Ya, bau mandian Khairul. Lidah tiba-tiba kelu.

"kat.. er..."

"kat mana?" Khairul masih menunggu jawapan Nadhirah.

"Tak ada apa la! jomlah pegi bayar." Nadhirah berlalu pergi selepas meletakkan mandian lifebuoy ke dalam troli.

Khairul terpinga-pinga apabila ditinggalkan begitu. Aku salah tanya ke???









VOTE!!!

SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)Where stories live. Discover now