♡1♡
******SUASANA pagi pada hari ini sungguh agak lain sedikit daripada biasa. Zam kelihatan begitu seronok pula dia sambil menikmati keadaan persekitaran di tengah tengah bandar di ketika ini. Dalam ralik ralik itu tiba tiba tersentak dia bila terdengar bunyi derungan yang agak kuat.
"Vroooommm!!"
Dia cepat cepat berpaling memerhatikan ke arah jalanraya. Kelihatan segerombolan kumpulan budak budak muda bermotorsikal kuasa tinggi sedang berada di atas jalanraya. Hatinya bergetak dengan tiba tiba. Dia seketika terkesan di hatinya untuk menjadi seperti mereka semua di satu hari nanti. Dia memerhatikan ke arah nombor pendaftaran di setiap superbike itu. Jelas dapat dilihat mereka semua bukan orang tempatan. Mungkin warganegara jiran yang datang melancung ke mari barangkali. Rungutnya sambil sendirian di dalam hati. Sambil itu dia terus memerhatikan ke arah kumpulan penunggang superbike itu dengan bunyi derungan enjinnya mengaum deras sambil kuat kedengaran di tengah tengah Pusat Bandar Chulah di sini. Dia tidak menunggu lama di situ memandangkan dia hanya ingin bertemu dengan seorang kawannya sahaja. Memandangkan Mat tidak datang datang juga jadi dia membuat keputusan untuk pulang saja ke rumah. Basikal Tua Ayahnya dikayuh perlahan lahan sambil menuju pulang. Sempat pula dia beraksi seolah olah sedang menunggang sebuah superbike seperti mat motor sebentar tadi. Setiba saja dia di rumah Mak Cik Zah pun Ibunya terus bertanya kepadanya.
"Ke mana engkau tadi...Zam?"
"Jenuh Ayah kamu mencari!"Dia tidak terus menjawab pertanyaan itu tetapi sebaliknya dia mengusul pula Orang Tua itu dengan berkata.
"Ya...Mak!"
"Kenapa Ayah cari Zam?"
"Ayah nak guna basikal ke?"Jawabnya sambil mencari kepastian. Mak Cik Zah merenung kepada anaknya sambil berdiam. Sebentar Ibunya pula berkata.
"Tadi! Ayah engkau nak engkau tolong dia!"
"Tolong pasang lantai rasuk yang dah buruk tu!"
"Tapi...Engkau pulak takda di rumah!"Kata Ibunya sedikit mengeluh bunyinya. Zam mengangguk kepalanya tanda faham. Sebentar dia bertanya lagi.
"Habis tu...macam mana?"
"Dah siap ke belum?"Tanyanya lagi sambil mencari kepastian dari Ibunya. Sebenarnya dia memang tidak keberatan jika hanya untuk membantu Orang Tuanya. Memandangkan Kakak Kakaknya asyik suka menyangkat dirinya selama ini menyebabkan dia malas pula melayan permintaan Ayahnya itu. Lagi pun Ayahnya sering meminta Abang Din Abang Iparnya datang membantu jika ada apa apa hal selama ini. Timbul sedikit rasa hairan di fikirannya. Lalu dia berkata.
"Abang Din kan ada?"
"Kenapa Ayah tak minta dia tolong?"Katanya sambil mengusul tanya lagi kepada Ibunya. Mak Cik Zah memandang kepada anaknya dan seketika dia pun lalu berbunyi.
"His! Sikit aje kerjanya!"
"Tu pasallah dia minta engkau aje tolongkan!"
"Yang engkau banyak pulak soal ni...Apasal?"Kata Ibunya sambil merungut gaya bunyinya kali ini. Dia jika boleh biarlah Zam anaknya itu pandai menukang seperti Ayahnya. Dia tidak mahu membiarkan anak jantannya yang seorang itu tertinggal dalam hal hal sebegitu. Anak jantan seorang maklum sajalah. Terlintas pula dia tentang permintaan Zam hendak memiliki sebuah basikal. Dia bersikap diam buat sementara waktu ini memandangkan Ismail belum berkata apa apa mengenai hal itu. Lagi pun dia berkebetulan hendak menggunakan Duit lebih buat waktu sekarang ini. Perniagaannya di Pasar sejak kebelakangan ini semakin menjadi pula. Perlulah pula bermodal lebih sedikit daripada sekala. Tentang hajat anaknya itu dia terpaksalah melupakannya buat seketika ini.
Zam hanya membonceng basikal kawannya ketika pulang dari Sekolah pada hari ini. Dia bersama Zul dan Azhar kelihatan sering pulang melalui jalan pintas ada di tengah tengah Padang di hadapan Sekolah. Oleh kerana dia dan kawan kawannya bersekolah di sebelah Sesi Petang jadi mereka semua tiba di rumah agak senja sedikit. Di kawasan hampir dengan Padang itu ada terdapat sebatang Pohon Jejawi yang batangnya saja sebesar lima pemeluk orang dewasa. Tempatnya pula sungguh menyeramkan. Zam sering melintas di kawasan itu ketika dia pulang sendirian dari Sekolah. Hatinya juga sering berdebar debar bila tiba berhampiran dengan kawasan Pohon Jejawi itu. Seramnya tiba tiba saja seakan menyelubungi ke segenap perasaannya."Zul! Cepatlah sikit. Kita dah lewat ni!"
"Apalah engkau orang ni...terhegeh hegeh!"Tegurnya seraya menumbuk numbuk ke belakang tubuh Zul kawannya itu.
"Addoi!"
"Sakitlah! Kalau ya pun...sabarlah!"
"Dia ni...entah apa apa?"Jerit Zul kawannya itu seraya mengadoi pula. Azhar yang mengayuh beriringan di sebelah tertawa mendengarnya.
"Aku tahu apa maksud engkau...Zam!"
"Saja Aku tak nak sebut aje!"
"Lagi pun...memang betul cakap engkau tu!"
"Jomlah! Cepatlah sikit!"Azhar pula seakan menyokong Zam dengan cakapnya sebentar tadi. Dia tahu dan sedar sangat perkara yang sedang difikirkan Zam itu. Dia sengaja menyembunyikannya. Lagi pun dia turut merasa seram sama seperti apa yang Zam sedang rasakan sekarang. Zul tidak pernah menyedari kawan kawannya sentiasa berwaspada ketika melintas di situ. Baginya tiada apa yang menyeramkan kerana dia tidak pernah mengetahui rahsia tentang Pohon Jejawi yang ada terdapat berhampiran di situ. Lagi pun dialah berbadan besar sekali berbanding kawan kawannya yang lain. Tambah pula dia juga sudah biasa sangat dengan situasi sebegitu sementelah rumahnya terletak berdekatan dengan kawasan Tanah Perkuburan Islam. Tidak lama selepas itu mereka tiba di rumah masing masing. Kebetulan mereka tinggal berdekatan dan jaraknya hanya berselang beberapa buah rumah sahaja di antara satu sama lain.
Di rumah Zam tidak senang duduk nampaknya dia. Ada saja kerja yang hendak dibuatnya bila bersendirian. Memandangkan hari sudah hampir senja. Dia tidak lama berada di luar. Setelah siap mencuci kaki Zam pun terus naik ke rumah. Malam ini dia ada berjanji hendak keluar untuk menonton wayang. Zamani sudah bersetuju untuk meminjam motorsikal Bapanya. Lebih kurang jam lapan mereka berdua kelihatan berbonceng motorsikal sambil menuju ke tengah tengah Bandar Chulah. Sempat pula mereka berdua perkena Ikan Bakar sama Sotong Celup Tepung di Warung Ikan Bakar ada di birai jalanraya berdekatan di situ. Setiba mereka berdua di bandar jam sudah menunjukkan hampir ke pukul sembilan malam. Tayangan akan bermula tidak berapa lama lagi. Mereka berdua lekas lekas menuju ke Pawagam ada terletak di Bangunan Putera Square Tower. Setelah berjaya mendapatkan dua keping tiket Zam dan Zamani mereka pun terus menuju masuk ke dalam Pawagam. Dengar katanya cerita Direction II. Lakonan Peter Tumblersberdger bersama seorang Aktres Jelita Julyana Cassa P. Dyea. Filem arahan Steven S. Soflve itu ramai juga sedang diperkatakan orang sekarang. Selesai menonton Zam dan Zamani tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya mereka berdua pergi merendet ke 24H Right Choice Central ada berdekatan di situ. Waktu di ketika ini sudah hampir ke pukul 11.00p.m. Walau pun sudah hampir larut malam orang ramai masih lagi ramai di situ. Kelihatan kebanyakan para pengunjung masih tidak berganjak. Terbukti 24H Right Choice Central mampu menyediakan satu Konsep Santai berkontemporari bagi warga masyarakat setempat serta juga para pengunjung dari luar. Zam dan Zamani sempat juga mereka berdua enjoy sakan di sekitar kawasan Pusat Beli Belah Terbuka itu. Setelah mendapatkan sedikit barangan keperluan mereka berdua pun beransur untuk bergerak pulang. Zam dia ada membeli sehelai Jeans dan serta sehelai Baju-t. Zamani pula sempat juga dia untuk mendapatkan barangan kegemarannya sebiji lighter kebetulan ada terdapat dijual di situ. Kira kira hampir pukul 12.00 tengah malam barulah mereka berdua pun mulai bergerak pulang sambil membonceng motorsikal bersama. Jelas dapat dilihat wajah kegembiraan ada terpancar di kedua dua air muka dua sahabat itu di ketika ini.
YOU ARE READING
TERSENDIRI
Spiritual@Qalby.com @HasanatulQalby.com @prevent.com @prevention2008.com mokhtarabdullah@69gmail.com @idsideal.com @same2U.com SAME2U.COM # Lewat hari hari mendatang bakal Ku lalui tanpa kau di sisi. "Mengapa mesti ada orang lain!" "Aku harap jangan ada dust...