Bab 27

111 2 0
                                    

Razieana masuk kedalam bilik selepas berbual dengan adik sepupu suaminya. Dia mengerling jam digital yang berada didinding.

' 10 ' bibirnya diherotkan. ' awal lagi nak tidur ' kelibat suaminya dicari. ' gi mana pulak dia ni ? '
Dia mula menuju ke setiap laci yang berada di dalam bilik itu.

' dia ni memang bookworm ke macam mana? Belambak buku. Ke saja saja buat hiasan ? '

Tangannya mula gatal mahu menyemak satu per satu buku inggeris yang berkulit tebal itu. Setiap buku diceknya tanda harga.
Hampir juling matanya melihat harga pada setiap buku.

' haish, buku semua atas 50 lebih. Aku beli novel yang terpakai je mampu dulu tau '

Tangan kanannya mula menjalar naik ke rak yang tergantung. Buku yang berwarna biru berkulit tebal itu dicapai. Dia mula hairan, mengapa buku itu tiada tajuk seperti yang lain.

Tiba tiba dia teringat buku journalnya yang lama itu. Juga berwarna biru.
Dia mula membuka halaman pertama.

" Baca apa tu? " suara yang mengejutkan itu membuatkan buku itu terlepas dari tangan dan spontan mengena ibu kaki jarinya.

" Awww!!!! " dia terus terduduk memegang ibu kaki jari kananya.
Sakitnya bertambah dua apabila punggungnya terhentak kuat.

" Awak okay tak? "

Razieana yang dalam kesakitan itu hanya membalas dengan resahan sakit yang di tanggung. Darwisyh garu kepala. ' macam mana ni '

" awak okay tak? "

Razieana menjulingkan matanya. ' memanglah sakit pandai! '

" yang awak ni sekejap guna aku-kau..sekejap guna saya-awak...dahlah tanya soalan annoying.. Okay ke tak..okay ke tak..dah kalau saya diam tu.. Maknanya sakitlah! Faham? "

Razieana mencuba mahu bangkit. Tapi punggungnya pula terasa sengal. Apabila gagal,punggungnya kepala mengentak. " adoi!!!!!!! "

Darwisyh menghelas nafas, ' apa guna aku ni depan mata? '

" apa guna saya ni depan mana awak? "

Razieana menghembus nafas lemah,
" tak pelah. Saya tahu awak tak selesa kan dengan saya? Its okay. Saya boleh buat " dia mengalihkan matanya daripada bertembung dengan Darwisyh.

" tengok. Saya tanya lain. Awak jawab lain. Susah betul. " rengus Darwisyh.

" kalau tak nak tolong tak payah tolong, " Razieana yang mula berang itu mahu mencuba lagi seklai untuk bangun.

Kali ni dia dibantu oleh Darwisyh. Razieana yang cuba menepis tangan Darwisyh menyebabkan Darwisyh geram dan terus menggengam kemas. Di tolaknya tubuh itu perlahan namun apabila hampir ditolaknya kuat pula.

" duduk diam diam! " keras sahaja arahan yang dikeluarkan. Raziena mengembangkan hidungnya.

" awak nak suruh pinggang saya ni patah ke haaaaaa...tak yah ar tolak saya boleh je gerak.. "

Tanpa membalas kata kata razieana terus sahaja dia keluar.

' serius ah? Tak tau ke sakit tu macam mana rasa dia ' dia mula duduk dibirai katil. Pinggangnya mula terasa sakit. Dicubanya pula gaya baring mengiring. Lagi bertambah sakit.

İbu jari kaki kanannya mula berdenyut-denyut.

" baring meniarap sekarang! " Darwisyh hampir dengan sebotol minyak dalam botol kaca di tangannya.

Razieana mengerutkan dahinya. " kenapa pulak "

" ish degil betul " ditolaknya tubuh itu seperti posisi yang dia mahukan. Dia mula duduk bersila di sisi Razieana. Baju Razieana diselak.

You Are My Saviour & My SoulmateWhere stories live. Discover now