1

24 1 0
                                    

Mark hanya memandang ke arah Yoora yang sedang duduk di bangku. Dia terus menghampiri gadis tersebut sebelum menepuk bahu gadis itu.

"kenapa nervous ke??" tanya Mark lagi sebelum dia hanya tersengih memandang wajah gadis itu.

Yoora hanya mencebik sebelum dia menggelengkan kepala. "takkan laa aku nervous... aku ni juara kot..." kata Yoora lagi.

Mark tersenyum senget, bab puji diri sendiri memang nom1. "yelah...champion kan..."

Yoora hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Fikirannya melayang teringat kata kata ayahnya sebelum dia kembali sedar saat Mark menghulurkan air kepadanya.

"hilangkan perasaan nervous kau tu..."

Yoora hanya meneguk air tersebut sebelum memandang ke arah Mark. "kau rasa ni mungkin perlawanan terakhir aku tak??" tanya Yoora lagi.

"kenapa?? Kau takut kau kena belasah teruk dengan orang yang lawan kau ke??" tanya Mark lagi. mana laa tahu si Yoora ni risau memandangkan lawannya sebentar lagi adalah lelaki.

Sejujurnya, perlawanan antara lelaki dan perempuan adalah perlawanan yang agak rare. Tapi nak buat macam mana kan?? layankan je laa...

"bukan macam tu... macam mana kalau aku tetiba nak berhenti taekwondo ke??" tanya Yoora lagi.

Mark hanya ketawa mendengar kata kata Yoora, bukan dia tak tahu perangai Yoora yang memang fanatic dengan taekwondo... "kau ni dah kenapa?? Dah prepare nak kalah kejap lagi ke?? Tu yang cakap merapu tu??" tanya Mark sambil mengangkat keningnya.

Yoora hanya mencebik.

"rilek laa kawan... kalau kau dimalukan kejap lagi... kau jangan risau... aku akan sentiasa ada dengan kau..." kata Mark sempat memegang bahu Yoora.

Yoora hanya membiarkannya sahaja. Dia dan Mark sangat rapat... dimana ada lelaki itu, aku mesti ada... dan dimana ada aku, dia pasti ada. Kiteorang rapat yang amat, tetapi sebagai kawan baik! Yappp... kawan yang sangat baik.

"tak payah dok fikir bukan bukan laa... aku yakin kau boleh punya..." kata Mark masih lagi memberi kata kata semangat kepada Yoora.

"yelah3..." kata Yoora sebelum dia menepis tangan Mark saat melihat jurulatihnya menghampiri mereka. Mark hanya mencebik.

"kau dah ready??" tanya jurulatihnya tersenyum memandang ke arah Yoora.

"yes coach..." kata Yoora sempat mengangkat tangannya sebelum dia hanya tersengih.



*just for fun

:)

always BE MINEWhere stories live. Discover now