PART 11

484 46 7
                                    

PART  11
.
.
.
Setelah Andrian dan Kathrine melangkah keluar dari wad itu.Hanna  jadi tidak keruan, hatinya  terasa pilu juga terasa sakit.

Dia pura-pura tidak memandang Andrian walhal anak matanya mengekori langkah mereka sehingga hilang dari pandangannya.

Makin jauh Andrian melangkah makin terasa  sakit hatinya

“ kenapa hati saya sakit? Kenapa hati saya rasa pilu? … Oh Tuhan tolong saya… ..”  Rintihnya di dalam hati.

Sesungguhnya dia cemburu melihat kemesraan Andrian dan wanita itu.

“ Kemana perginya Anatasia? Kenapa dia nda lagi sama Anatasia? Bukan dulu sebab Anatasiakah dia kasi tinggal saya?Siapa wanita itu? Apa hubungan mereka?’’ Soal Hanna, dia bermonolog sendiri.

“ Hermmm…Hanna..’’ Tegur papa Andrian, dari tadi dia melihat Hanna seperti memikirkan sesuatu.

“ Ya pa…! opss sorry papa Hanna datang teda bawa apa-apa..esok Hanna datang lagi Hanna bawa makanan untuk papa..” Balas Hanna, sambil tersenyum.

“ Hishh nda payah susah-susah! Hermm..Hanna sihat? Kenapa makin kurus ni?”

“ Sihat Pa, Hanna diet tulah kurus...”

“ Apa bikin mao diet-diet. Oh ya kenapa Hanna boleh tahu papa ada di sini? ’’

“ Owhh itu…saya...” 

“ Haloo uncle…..”  Sapa Lucy.

Kemunculan Lucy menyebabkan Hanna tidak jadi meneruskan kata-katanya.

Orang tua itu juga sedikit terkejut   melihat Lucy kerana dia tidak mengenali Lucy.

“ Owhh papa ni kawan saya..Lucy..” Kata Hanna.

“ Hii Uncle… apa khabar? Saya Lucy bff Hanna..” Kata Lucy, dia memperkenalkan diri sambil melemparkan senyuman.

“ Owhhh uncle ingat sumandak manalah mao mengurat uncle tadi..sikit poh uncle pingsan..”  gurau orang tua itu sambil menyambut tangan Lucy.

Lucy tersengih sambil menahan ketawa.Dia membisikkan sesuatu di telinga Hanna.

“ Hanna saya nda  nampak Andrian? ” bisiknya.

Hanna hanya  membalasnya dengan senyuman.

Kedatangan Lucy mengubah suasana, jika tadi keadaan agak serius tetapi kini bertukar ceria.

Lucy merasa gembira berbual dengan orang tua itu. Kerana leka melayan soalan demi soalan, orang tua itu sudah  melupakan tentang perbualannya bersama Hanna sebentar tadi.

Tapi suasana ceria itu tidak dapat menenangkan hati Hanna.Dia tetap gelisah.

Sejak Andrian keluar menghantar Kathrine, dia tidak kembali semula sehinggalah Hanna dan Lucy bersiap untuk pulang.

Andrian tetap juga tidak muncul. Hanna terkilan! Dia benar-benar terluka dengan sikap Andrian.

********************

“ Jadi dia lah Hanna yang ko cerita tu kan..”  Soal Kathrine, memulakan bicara ketika itu dia  dalam perjalanan menuju ke rumahnya.

Andrian berkeras mahu menghantarnya walaupun dia membantah.

“ Yes..she is Holly Hanna…” Jawab Andrian.

“ Dia cantik…’’ Puji Kathrine.

Memang tidak hairanlah jika dia menjadi ratu di hati kedua-dua kembar itu.

“ Papa ko pun masih anggap dia menantu kan.Beruntung dia..” Kata Kathrine lagi.

Entah kenapa hatinya sedih saat mengungkap kata-kata itu.

AKU MENCINTAIMU EN PENGGANTI(ILYMR)-SEASON 2Where stories live. Discover now