FLASHBACK 2011
Aku sedang kusyuk membaca buku cerita yang bertajuk "first love" , tiba tiba aku terdengar satu bunyi yang agak kuat seperti kepala seseorang terhantuk di bucu almari
"Abang, tolong jangan buat saya macam ni saya dah cukup sengsara."rayu ibuku, puan Faridah.
Ye, jangkaan aku betul. Ibu. Kepala ibu terhantuk dekat bucu almari.
"Kau sengsara?sepatutnya ayat tu yang keluar dari mulut aku. Aku kahwin dengan kau ni bukan sebab aku cinta kau. Aku kahwin dengan kau sebab bapak dengan mak aku nak kau jadi menantu diorg je. Kalau tak dh lama aku kahwin dengan azrina yang kaya , bukan macam kau hidup menumpang!"jelas bapaku, encik azman dengan marah sambil memegang pisau di belakang badannya
Ahhh....
Satu bunyi yang sangat aku kenal,tak , tak , tak mungkin. aku berlari mendapatkan suara tersebut dengan sepantas yang boleh
Pov Author : mesti korg ingt author merepek sebab tetiba bunuh isteri sendiri. No, bukan merepek. Bapak farhana positif dadah so tk mustahil.
IBU!!!"jeritku selepas mendapati ibuku terbaring berlumuran darah
"a..na ergh .... ib...u na..k ...an..a..jan..ji..den...gan..ibu...ya..ng..ana..tak..akan...ben...ci ay..ah..."kata kata terakhir yang sempat diungkapkan ibuku membuatku terduduk dan menangis sepuas puasnya
"Ibu jangan tinggalkan farhana....farhana dah takde siapa dah dalam dunia ni...ibu..bangun...ibu tolonglah dengar farhana...ibu...ibu"rayuku sambil mengoyangkan badan ibuku.
*****
"Woi"elina mengejutkan aku yang sedang termenung dibuai kisah pahit. Pahit sangat.
"kau ni kacau lah"marah aku dan kembali termenung
"aku nak ajak kau pergi alamanda nak tk" ajakan elina tidak dibalas apa apa respon
sekali lagi elina bersuara
"FARHANA AQILA BINTI AZMAN"jeritan elina didengari segelintir pelajar dan kalini elina berjaya, berjaya mengejutkan aku yang asyik termenung
"Ye ye aku nk pergi , tapi aku nak kau janji dengan aku jangan sebut nama orang yang tak bertanggungjawab tu lagi kalau tak" aku ingin mengugut elina tetapi tidak sempat aku berbuat demikian, elina sudah mengangguk kepala
"Kenapa kau benci ayah kau ea ? Dia kan ayah kandung kau" tanya elina yang sedang keliru dan ingin tahu.
"Sebab dia bunuh mak aku"beritahu aku dan air mataku laju membasahi pipiku.
"Masyaallah, kau sabar eh? Aku paham perasaan kau. Takpe sekarang kau ada aku ? Bukan aku je, kau ade Allah yang sentiasa berada disisi kau."nasihat elina itu membuatkan air mataku lebih laju membasahi pipiku
"Thankyou el, dahlah jom kita ke kelas, kita pergi awal sikit sebab aku nak study apa yang patut "kataku sambil mengelap air mataku lalu mencapai beg jenama adidas yang berwarna biru laut
"Okeyy"balas elina yang berasa lega melihat aku kembali ceria
prihatin jugak elina kat aku , terasa dihargai pulak huhu
*****
Jam di dinding terus berdetak ah ~ eh eh tersasul pulk okok . Mataku laju melihat jam dinding yg menunjukkan tepat pukul 2:00 petang , aku sudah siap . Aku mengenakan baju lengan panjang berwarna kelabu bersama seluar jeans hitam dan tudung bawal berwarna merah. Diriku pantas mencapai beg tanganku yang berwarna coklat dan heels berwarna hitam.
"Done! Nasib baik aku siap sebelum el datang kalau tak mahu dia membebel"aku menghembus nafas lega dan mencapai handphoneku.
Bunyi hon kereta audi milik elina menyedarkan aku daripada leka melayan instagram.
"La kenapa tak awal lagi?"sengaja aku memerli elina sambil tertawa kecil
"Kau kalau bab bab perli ni mahir , aku salute"balas elina yang sebenarnya sedikit geram
"Alololo. Chill la"pujukku
"Yela2"elina tertawa kecil
******
ALAMANDAKami berdua memasuki pintu automatik dan merasa kesejukan penghawa dingin
"dah lama rasanya aku tak keluar camni"kataku ringkas
"Me too"balas erina dengan nada yang agak teruja + gembira
GEDEBUK !!
Pov Farhana : belum sempat aku mengembirakan hati , nasib malang sampai dulu arg malunya . Nak dibandingkan sakit dengan malu . Malu lagi sakit . Haih pasrah
"aduh ,, sakitnya"aku mengerang kesakitan sambil memegang sikuku
"kau ni jalan pakai mata ke pakai kaki? Ke kau ni buta?"kata lelaki berhoodie merah itu . Oke ni dah boleh dikategorikan selambe badak . -..-
"eh kau yang langgar aku lepastu salah kan aku?"aku menegakkan kebenaran *cehwah*hahajkjk
"Aku tak ada masa nak layan perempuan gila macam kau, bye ,, harap dapat nampak kau jatuh lagi" lelaki itu beredar meninggalkan aku dan elina
"Er , aku benci kau"kata kataku itu hanya dapat diungkapkan di dalam hati.
--------
YOU ARE READING
FIRST LOVE
Teen FictionKehidupan aku hancur selepas ibu meninggal dunia. "kenapa ibu tinggalkan aku ? Kenapa ibu pergi cepat sangat ? Kenapa ibu tak bawak aku sekali ? Kenapa ? Kenapa ? Dan kenapa ?" Ayat yang selalu bermain dimindaku. "argg ! Aku benci lelaki ! Aku benc...