"Pasar?" Hanni ternganga. "Yup, pasar" Woojin menepuk belakang Hanni. "Woi sesedap hati mak bapak kau je tepuk belakang aku" Hanni membuat muka taik dia.
"Eleehhh, aku nak tenangkan kau je. Reaksi kau nampak pasar ni macam nampak apa je" marah Woojin. "Ceh, aku bukan terkejut tengok pasar ni. Aku terkejut sebab korang nak jugak pergi pasar. Bukan idol at least nak beli ikan ke sayur ke dekat market ke?" perli Hanni.
"Tu diorang.. Bukan kitaorang" balas Sungwoon. "Okay, korang masuklah aku tunggu sini" kata Hanni lalu menolak diorang ke dalam pasar tu.
"Kenapa kau taknak masuk?" Soal Daehwi. "Akuuu... Tak suka pasar" Hanni senyum kelat. Jihoon memandangnya meluat. Tiba-tiba Hanni mengeluarkan parang dari belakang badannya dan halakan dekat Jihoon.
"Buat lagi muka tu...benda ni hinggap kat muka kau, Pink!". Jihoon dah lari masuk dalam pasar akibat terkejut. Semua yang di situ memerhati. Hanni perasan semua orang memerhatinya dan terus menyorokkan parangnya di belakang badan.
"Sorry.. Hehe" Hanni senyum kelat lagi. "Kau sure nak kitaorang tinggalkan kau sorang-sorang" soal Jisung. Hanni mengangguk. "Aku dah biasa dah hidup sorang-sorang ni" lalu menjilat aiskrim yang entah dari mana muncul.
"Haishh.. Ayat kau.. Takpelah. Daehwi temanlah dia tu" Daehwi membuat muka cemberut. "Kenapa Hwi, hyung?" soalnya lalu memandang belakang sebab Hanni ada kat belakang. Dia terus pandang depan balik sebab muka Hanni serious menyeramkan. Betul macam Ju'on.
"Hyung suruhkan. Teman jelah" marah Sungwoon pula. Jisung yang suruh dia pulak yang marah. Ceh. "Dah jom masuk" lalu Jisung dan yang lain pun masuk.
Daehwi masih senyum kelat. Dia terpaksa pandang belakang untuk tengok Hanni. Ya Allah. Dia ni dah kenapa tiba-tiba tutup muka dengan rambut.
Daehwi pandang semula ke depan dengan memejamkan mata. "Takut eh?" soal Hanni. "Siapa je yang tak takut tengok muka kau tu" jawabnya terketar-ketar.
"Power of make up hahahaha" kalini Hanni tergelak selepas cakap. "Baru nampak macam ahli sihir kan~" sambungnya. Tiba-tiba kepalanya diketuk. Tersedak aiskrim yang dia tengah makan tu. "Ahli sihir kepala hotak kau. Macam Ju'on je aku tengok. Make up tu light- light jelah" lalu Daehwi pun lari ke kereta mereka.
"Teruk sangat ke make up aku?" Hanni menyoal dirinya sendiri dan sambung makan aiskrim tadi. Tidak lama kemudian, Daehwi datang dengan membawa cuci muka jenama nivea man. Dia menghulurkan pencuci muka itu kepada Hanni.
"Kenapa?" Sekarang aiskrim yang dimakan tadi pun dah hilang. Dah selamat dalam perut kot. "Pergi toilet perempuan cuci make up tu" arah Daehwi.
"Kenapa mesti Nivea man. Rosaklah muka" tolak Hanni. "Habistu kau expect aku pakai pencuci muka apa? Silkygirl? Safi? Lagi rosak muka kau pakai make up tebal-tebal tu tau" bebel Daehwi.
Daripada kena bebel lagi, Hanni pun segera ke toilet perempuan dan bayar 20sen dekat acik kat depan toilet tu. Acik tu ragu-ragu je nak ambik. Ni hantu ke manusia yang bagi duit ni?
Dia segera ke sinki dan mencuci muka dia. Seusai cuci muka dia segera keluar sambil mulutnya bersiul-siul. Woi perempuan mana boleh bersiul-siul ni. Sebelum dia melangkah keluar dari bilik air, dia menghentikan niatnya untuk keluar. Kalau dah keluar nak masuk kena bayar lagi 20sen.
Dia segera ke dalam semula dan pergi ke cermin. Baju ni...
Terus dia masuk bilik air dan dia keluar dengan baju lain.Umpama masuk bilik air macam setan, keluar macam tuan puteri. "Dia membelek baju di badannya. "Asal aku pilih warna pink eh. Kena jangkitan Jihoon ke apa?" terus dia keluar
Dia pun kat pergi Daehwi. Masa tu Daehwi tengah layan phone. Tak perasan Hanni dah sampai. Hanni memerhati je Jihoon. "BOM KEBABOM!!!" lalu Daehwi pun terkejut sampai terlompat.
"Ye, cik.. Ada masalah ke?" soalnya dengan muka yang masih terkejut lagi. Hanni terus menghulurkan nivea man dekat Daehwi.
"Hanni?" soalnya. Mukanya makin bertambah terkejut melihat perubahan Hanni dari atas ke bawah. "Tak. Rasanya kat siapa lagi eh kau bagi nivea man ni?" Daehwi pun terus mengambil pencuci muka tu.
"Magic" kata Daehwi perlahan. "Aku dengar apa yang kau cakap.." balas Hanni. Lagi sekali, mana dia dapat milkshake tu!
Sedang Hanni pandang tempat lain sambil leka minum milkshake dia. Dia tak perasan Daehwi curi-curi ambil gambar dia dari tepi.
"Macamlah aku tak tau apa yang kau buat, Itik" tiba-tiba Hanni bersuara. Terus Daehwi menyorokkan phonenya. "Dahlah.. Lama gila diorang kat dalam. Aku nak cari. Bosan" Hanni pun bangun dan masuk ke dalam pasar.
Daehwi menyimpan phonenya dan mengejar Hanni.
.....
Jihoon
Sedang mereka membeli sayur tiba-tiba Jihoon ternampak Daehwi dengan seorang perempuan. "Korang.. Tu Daehwi kan?" soalnya. Mereka semua pun memandang seorang lelaki bersama dengan seorang perempuan sedang berjalan.
"Ceh, bertuah punya itik. Orang suruh teman Hanni boleh pulak dia menggatal jalan dengan awek entah dari mana" bebel Jisung. "Hey Hwi! Curang!" jerit Jinyoung.
"Guanlin nak pergi tengok jap siapa perempuan tu" terus Guanlin berlari ke arah Daehwi dan Hanni. Melihat Guanlin dah nak sampai dekat diorang, mereka pun ikutlah lari sekali.
"Yah, Daehwi!!!" jerit Guanlin. "Siapa perempuan..." terus Guanlin kata-kata berhenti. Tak lama lepas tu yang lain pun sampai. Sampai-sampai je mulut diorang ternganga kecuali Jihoon. "Asal korang ni?" soal Jihoon.
"Hanni?" serentak diorang menjerit. "Asal?" jerit Hanni pulak. "Kaulah ni Daehwi" Hanni memarahi Daehwi.
Aduh, diorang ni takkan muka Hanni pun tak cam. Mulut tu nganga masuk anak gajah pun muat kot. Terpaksalah...
Lalu Jihoon menutup mulut seorang demi seorang. Tapi yang sorang ni liat sangat nak tutup. Dah tutup nganga balik tutup nganga balik... Last-last Jihoon lempang je.
"Yah, Jihoonie!!!" marah Woojin. "Haa tulah kau. Tadi bukan main kutuk dia. Ni sekarang aku tutup, nganga balik ape citer" perli Jihoon.
"Eiihhhh, senyaplah.." lalu menolak muka Jihoon jauh-jauh. "Ju'on.. Seriouslah ni kau" lalu membelek-belek muka Hanni.
Hanni rimas. Dia memetik tangannya dua kali dan baju dia dah jadi serba hitam balik. Haish dia tak retilah make up guna magic ni.
"Ni baru Hanni. Tadi tu entah hantu mana rasuk" lalu menggaru kepalanya. Tak tau kenapa.
Semua muka macam pasrah. Jihoon hanya menggeleng. Kalaulah korang tahu Hanni yang sebenarnya ni siapa. Korang semua yang terkejut.
Hambar as well. Macam cliche je part ni. Tak retilah sweet sweet ni. Tapi lepasni I'm trying my best. Sorry kalau tak best dan thank you sebab support baca sampai sini.
YOU ARE READING
© | 𝘼𝙂𝙀𝙉𝙏 °ᵂᵃⁿⁿᵃ ᴼⁿᵉ
FanfictionCerita ni menceritakan kisah Wanna One menjadi agent kepada pihak M.J. Pihak M.J ialah singkatan untuk Mengarut Je. Agensi M.J telah disabotaj oleh pihak T.A.A.T iaitu Tah Apa-Apa Tah. Sedih sekali, di kalangan mereka ada yang menjadi Musuh Dalam S...