Jinyoung
"Hanni buat apa kat sini?" Aku menyoalnya. Entah macam mana dia boleh masuk pulak ni.
Tapi... Dia kan ahli sihir. Bacalah mantera ke petik jeri ke kan.. Bodohlah kau Jinyoung.
Hanni
"Nampak Meow tak? Tadi dia masuk sini tak silap Jinyoung" soalnya lagi. "Hanni tengah makan lepat pisang dan siapa Meow?" Hanni buat-buat tak tau.
Dan pada waktu itu... Minhyun baru habis mandi dan nak ke bilik dia. Habislah kalau Minhyun nampak jugak...
Hanni memetik jari dan lampu tertutup dan terbuka semula macam tadi. Harap-harap Jinyoung bukan musuh dalam selimut tu dan dia takkan bagitau orang lain.
Jinyoung
Dia agak terkejut. Tadi Hanni, sekarang Meow pulak depan dia. "Jinyoung. Kenapa blackout sekejap tadi.. Allahu. Kau pergi bagi kucing tu makan lepat pisang dah kenapa Jinyoung?" bebel Minhyun. Minhyun menggeleng kepala dan segera masuk ke biliknya.
Selepas memastikan Minhyun dah masuk bilik dan tutup pintu, Jinyoung mengangkat Meow ke sofa ruang tamu.
"Meow... Kau Hanni ke?" soalku. Terus kucing tu meletakkan tangannya ke mulut aku. "Meowww (shhh, jangan bagitau sesiapa)" Jinyoung pasrah.
"Tak fahamlah" Jinyoung menghela nafas berat. Meow cuba melepaskan diri dan akhirnya dia pun terlepas dari tangan Jinyoung. Meow segera masuk ke dalam bilik Jinyoung dan Daehwi.
Aku pun ikutlah dia masuk dan menutup pintu (jangan fikir lain).
Lagi sekali, lampu terpadam dan terbuka semula. Ternyata Meow tu Hanni! "Jangan bagitau sesiapa" kata Hanni. "Setakat ni siapa je tau kau kucing?" soalku.
"Jihoon dengan kau. Janji eh jangan bagitau sesiapa... Mahupun Daehwi" entah dari mana muncul pisau kat tangan dia dan acu dekat Jinyoung. "Kenapa?".
"Malulah aku nanti nak duduk dengan korang semua. Aduh" Hanni menepuk dahinya. "Oooohh, okay aku amjanji tak bagitau sesiapa... Tapi ada satu syarat" aku memikirkan syarat yang sesuai.
"Syarat? Alaaa yelah yelaaaaah apa dia?" Hanni dah menyilangkan tangan. "Menyamar jadi girlfriend aku" tersedak-sedak Hanni dengar.
Hanni
"Menyamar?" soalku tak percaya. "Ke nak jadi betul-betul?" soal Jinyoung pula. Lagilah aku terkejut. Entah kenapa aku terkejut sangat sampai aku pergi tolak Jinyoung atas katilnya. "Lagilah taknak" tolakku.
Waktu tu Jinyoung menarik tanganku dan aku terjatuh atas badannya. "Are you sure you don't want that?" soalnya menggoda.
"Kau ingat aku akan melting ke?" soal Hanni dengan muka temboknya. "Yes you are" katanya lagi. "Nak kena cakar ke apa?".
"Cakarlah daku jika cakaranmu boleh jadikan engkau milikku...". Apa mamat ni menjiwang.. "Macam pernah dengar je ayat tu?" soalku. Serious.. Oh lupa. Author cerita ni selalu cakap macam tu dekat perempuan.
Tiba-tiba dengar ruang tamu di luar makin riuh rendah dengan suara monyet-monyet tu. "Weh, itik dah pegang tombol pintu nak masuk bilik ni. Macam mana..." terus aku gabra. Si mamat ni pegang lagi tangan aku.
Haishhh, terpaksalah aku petik jari blackout kan lagi bilik ni.
Lagilah riuh kat luar tu bila blackout. "Hantu~~~~~~~~!!!!!!!" jerit Jaehwan dengan note tingginya. Daehwi segera buka pintu. "Jinyoung hyung! Are you there?" soal Daehwi.
Jinyoung
Aku nak kena jawab ke tak. Jawab ke tak.. Arghhh jawablah. "Ada ni!!!" aduhai.. Susah nak cakap. Rambut Hanni betul-betul kat atas muka dia. "Lepaslah.. Nak kena tukar jadi kucing cepat ni" bisik Hanni. Akhirnya.. Aku terpaksa melepaskan dia.
Pasrahnya ayat aku.
Masa tu Hanni baca satu mantera pendek dan dia memetik jari. Maka wujudlah kembali lampu yang membawa sinaran cahaya kegembiraan.
"Haishhh, dari tadi blackout je" bebel Minhyun. Tak tidur lagi hyung ni. Tadi kata lepas mandi nak tido.
"Dah dah... Yang baru balik ni. Pergi mandi sekarang" arah Jisung. "Ha.ha.ha aku tak mandi lagi" kataku perlahan takut Jisung marah. "Meow (patutlah busuk namatey)" jawab Meow meluat. "Apa? Jinyoung handsome? Thank you~" lalu memeluk Meow. "Me. Ow ow ( Ya Tuhan.. Busuklah hanat)".
Jihoon
Aku hanya melihat Jinyoung dan Meow berpelukan di dalam bilik mereka. Tu pun sebab Daehwi dah bukak taj reti tutup balik. Manusia macam nilah yang paling aku geram. Tak reti nak tutup pintu balik. Baling kang boxer pink ni.
Jealous tau tak jealous... Jangan Jinyoung dah tau Hanni tu Meow sudah. Tak adil lah. Aku yang jumpa dulu. Patutnya aku jelah yang tau dia kucing. Ini tak adil.
Aku kena tunjukkan tanda protes!
.....
Jihoon masuk ke dalam bilknya dan menghempas pintu. Semua yang ada kat ruang tamu kecuali Daehwi sebab mandi, Jinyoung sebab masih main dengan Meow dalam bilik dia, Woojin sebab mandi dan Guanlin dah tertidur atas katil, rasanya dia takkan mandi sampai pagi esok kot. Semua yang tak disebut nama tadi terus memandang pintu bilik Jihoon.
"Dah kenapa hempas-hempas pintu neh. Period ke apa?" Mulut Sungwoon mulalah jadi longkang. Nasib muka masih cantik macam taman bunga..
"Agaknyalah..." serentak Seongwoo dan Daniel menjawab. Terus diorang pandang satu sama lain. "Oh Daliet ku~" kata Seungwoo. "Oh RomeOng ku~" balas Daniel.
"Geli bodoh" terus kepala OngNiel diketuk dengan senduk oleh Jaehwan. Terus Jaehwan menerima jelingan maut dari pasangan Daliet dan RomeOng.
"Jeling-jeling. Korek kang mata tu masa belacan baru tau" bebel Jaehwan. "Aik.. Muka Jaehwan... Mulut Jisung" kata Sungwoon sambil ketawa.
Tong!
Kalini kepala Sungwoon pula jadi mangsa kepada senduk tu. "Yah, Jaehwannie!! Tak reti hormat orang tua ke!" marah Sungwoon.
"Dah tua rupanya... Patutlah pendek! hahahahahahahaha" Jaehwan terus berlalu dan pergi ke dapur sambil gelak yang tak henti-henti. High note pulak tu. OngNiel dan Minhyun pun ikut gelak sekali.
"Eh at least muka hyung lagi flawlessssss dari kau. Muka kau dahlah berkedut, pori-pori terbuka. Apa nak jadilah.. Tak-tak kau kahwin lagi lambat dari Jisung hyung kahwin. At least dia tu muka bolehlah tahan jugak kan" hambek kau Jaehwan. Cari masalah lagi dengan anak Ha.
"Wah wah wah... Sempat lagi kau ngutuk aku sekali eh Sungwoon" perli Jisung. "Sorry hyung. Sungwoon nak bagi contoh je" Sungwoon pun membuka 2 butang baju yang berada paling atas. "Panaslah..." rungut Sungwoon.
"Kitaorang lagi panas tengok hyung macam tu" kata Daniel. Sungwoon menjeling tajam. Ceh.. Terus dia buka satu baju. "Makin panas pulak tengok ada kunyit depan mata" sambil memandang OngNiel.
Terus diorang sentap. "Kenapa tak balas?" perli Sungwoon. "Too savage hyung" balas Seongwoo.
"Tau takpe" dia mengambil magazine WANITA entah siapa punya dan mengipas dirinya..
Yah.. Yah too cliche too cliche too cliche maaa. Takda idea lor. Idea dah hilang lepas makan Samyang tiga bungkus...
YOU ARE READING
© | 𝘼𝙂𝙀𝙉𝙏 °ᵂᵃⁿⁿᵃ ᴼⁿᵉ
FanfictionCerita ni menceritakan kisah Wanna One menjadi agent kepada pihak M.J. Pihak M.J ialah singkatan untuk Mengarut Je. Agensi M.J telah disabotaj oleh pihak T.A.A.T iaitu Tah Apa-Apa Tah. Sedih sekali, di kalangan mereka ada yang menjadi Musuh Dalam S...