Tiga hari Sara tidak datang ke tempat kerja. Hilang tanpa khabar berita. Ada yang kata, Sara melarikan diri ke luar negara kerana tidak dapat menerima pengakuan Amir. Ada juga yang berkata Sara terlalu malu untuk ke tempat kerja kerana tidak mahu berhadapan dengan Amir dan para pekerjanya lagi. Maklumlah, pertengkarannya dengan Amir serta Haqimie disaksikan oleh segelintir pekerja syarikat mereka. Jadi, pastilah gosip Sara dan Amir putus tunang tersebar dengan luas. Sebab itulah, Sara memilih untuk tidak datang ke tempat kerja.
Walaupun dia tidak lari ke luar negara seperti yang di sangkakan orang lain. Sara sedang berusaha mencari ketenangan diri dengan membawadiri ke Cameron Highlands. Kini, dia sedang beristerhat di villa keluarganya sambil ditemani kesunyian dan kedamain panorama yang menghijau.
Amir pula tidak langsung menelefon dirinya. Dia tak mahu menyemakkan lagi fikiran Sara. Dia mahu memberi Sara masa dan ruang . Mujur jugalah, dia sedang sibuk dengan sebuah projek. Jadi, dia menghabiskan masanya dengan kerja sehinggan larut malam. Itu lagi bagus, seksa tubuhnya bekerja daripada membiar hatinya terus terluka.
Dua minggu selepas itu, Sara kembali ke tempat kerja. Semua pekerjanya meyambutnya seperti biasa dan memberi hormat. Namun, dia langsung tidak menegur para pekerjanya seperti biasa dan terus menapak ke pejabat Amir. Mukanya masih kelihatan tegang walupun pemakaiannya bergaya seperti biasa. Rata-rata pekerja sibuk membuat spekulasi sendiri.
Mona, yang bertugas sebagai pembantu hanya tercenggang melihat Sara yang meluru masuk ke pejabat Amir tanpa melaluinya dahulu. Sara terus menutup pintu pejabat Amir, tak mahu yang lain mendengar perbualannya.
Mona berpaling kepada rakan-rakannya. "Nampaknya akan ada perang lagilah lepas ni." Kata Mona perlahan. Dah mula dah bergosip.
"Lah! Encik Amir tu pun bodoh. Cik Sara yang punyalah hot tu pun tak reti nak hargai. Dahlah kaya, nak apa lagi?" Kutuk Saiful. Dia menyertai Mona dan beberapa rakan yang lain bergossip.
Mona mendesis. "Tapi, nak buat macam mana. Cinta mana boleh nak dipaksa-paksa."
Ellya turut setuju dengan kenyataan Mona. "Encik Amir suka dekat Cik Nia kan?" Tanya Ellya ingin tahu.
Saiful tergelak sinis. "Tulah, kalau dah berkepit sepanjang masa time Cik Sara tak ada, manalah tak jatuh hati. Cik Nia, pun satu. Takkan tak tahu, yang Encik Amir tu tunang orang. Sibuk ikut dia ke hulu ke hilir."
"No! No! Korang tak tahu cerita sebenarnya." Pancing Mona. Gaya penyiasat persendirian lah gayanya, semua benda dia tahu. "Cik Nia tu, kekasih lama Encik Amir. Dorang kenal sejak zaman sekolah lagi. Lepas Encik Amir sambung belajar dia orang terputus hubungan. Kiranya baru jumpa baliklah ni. Encik Amir pun still sayang dekat Cik Nia tu."
"Ohhh!" Ellya menekap mulutnya. "Jadi, Cik Nia ni kira first love Encik Amir lah?"
Mona mengangguk."Yup!"
"Sweetnya. Patutlah susah Encik Amir nak lupakan Cik Nia. First love rupanya." Ellya senyum meleret.
"Ish, tapi dia dah bertunang." Saiful masih tak puas hati.
"Hei kau ni! Kau ingat senang ke nak lupakan first love. Yes, maybe Encik Amir suka jugak dekat Cik Sara, sebab tu dia bertunang dengan Cik Sara, tapi manalah tahu, hati dia still rindu dekat Cik Nia. Hah! Lepas tu dapat jumpa balik, sebab tulah Encik Amir jatuh hati balik dekat Cik Nia." Bengkeng Ellya.
"Shuh! Nanti dia orang dengar kita bergosip." Mona kembali ke tempat duduknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saat melangkah masuk, Sara terus duduk tanpa dipelawa Amir. Amir memerhati sudah menjongketkan kening. "Aik? Main duduk je?" Tanya dia sopan.
"Who cares? Ni office I." Jawab Sara sedikit bongkak. Amir hanya terdiam. Suasana tegang mula menghimpit mereka. Entah mengapa, seolah-olah mereka berdua menunggu lawan mereka memelukan bicara.
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Novela JuvenilDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...