(Hazrin POV)
Usai mengaminkan doa aku melipat semula sejadah yang aku gunakan. Aku baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Tadi tak sedar aku terlelap ketika sedang mengulangkaji pelajaran. Sejadah yang telah siap ku lipat ku bawa semula masuk ke dalam bilik. Bilik ku kini sudahpun gelap. Aku meletakkan semula sejadah di tempatnya sambil sesekali aku menoleh memandang Muaz yang terbaring elok di katilnya sendiri. Sengaja aku solat di ruang tamu tadi kerana tak mahu ganggu Muaz yang sedang tidur.
"Kau.....tidurlah kat bilik. Jangan tidur kat sini."
Teringat aku pada peristiwa beberapa hali lepas. Terkejut juga aku bila aku buka mata, tiba-tiba Muaz berdiri tegak di hadapanku. Tak tahu sebenarnya sudah berapa lama dia berdiri disitu. Aku tersenyum sendiri bila teringatkan peristiwa itu.
Aku lantas berjalan perlahan dan duduk di katilku sendiri. Dalam Kegelapan malam tu, aku merenung Muaz lama. Sampai bila agaknya dia nak macam ni. Siang tadi peperiksaan terakhir aku dan Muaz. Esok aku akan balik ke kampung dan Muaz akan balik ke rumah Kak Longnya untuk cuti semester.
"Muaz.."panggilku. Muaz diam tiada respon. Lena tidurnya.
"Muaz...kau dah tidur ke?" soalku walaupun aku tahu sebenarnya dia dah tidur lena.
"Sampai bila kita nak macam ni Muaz? Esok kau dah nak balik dah. Kita masih macam ni. Benci sangat ke kau dekat aku?......... Besar sangat ke salah aku ni pada kau? .............Tak ada ke kau rasa sayang walau sikit pun pada aku?" soalku berbicara pada Muaz. Entahlah, lebih mudah rasanya bercakap macam ni. Sebab, kalau dia dalam keadaan sedar dia tak pernah bagi aku peluang untuk cakap apa-apa pun. Keras sungguh hatinya. Sama macam Ustaz Meor.
"Aku....aku tak tahu sejak bila. Tapi ada satu benda yang aku tahu, yang aku yakin. Aku memang sayangkan kau. Aku cinta kau Muaz." Luahku tenang.
"Tak boleh ke kau bagi satu peluang je kat aku? Sekali je." Ujarku merayu. Aku pandang dia lama. Langsung tak bergerak. Aku mengeluh kecewa. Entah apa yang aku harapkan. Sedangkan sejak awal lagi aku tahu dia dah tidur. Aku tertunduk kalah. Aku dah tak nampak jalan lagi. Mungkin memang inilah pengakhirannya.
Aku lantas merebahkan tubuhku dan cuba melelapkan mata. Cuba untuk melupakan segalanya. Cuba Untuk redha untuk segalanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Muaz POV)
"Kau!! jangan balik lagi kerumah ni. Mulai hari ni, aku haramkan kau pijakkan kaki kau kat rumah ni lagi. Pergi!!"
"Sudah tu Imah, tak payah awak nak menangis beriya bagai sebab anak tak tahu diuntung ni. Sudah masuk."
"Anak kita bang..."
"Dia bukan anak kita!!!"
"Aku bersumpah aku tak ada anak yang macam dia!! Sudah..masuk!!"
"Tapi...Angah kena ingat. Abang Long diam, tak bermaksud Abang Long suka apa yang Angah buat."
"Abang janji pada angah, abang tak akan tinggalkan angah walau apa pun jadi."
"Hei!!!...kau...aku dah kata, jangan kacau aku!...aku tak suka kau! aku bukan orang macam kau! aku benci orang macam kau!"
"Sebab aku suka kau."
YOU ARE READING
My BFF My Love
RomantizmMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...