≠9

6.5K 328 2
                                    

Angin malam yang dingin diamatinya. Dah lama rasanya tak lepak dekat swimming pool. Dua minggu berturut - turut dia bekerja overtime . Tubuhnya yang agak kepenatan membuatkan Safiya pulang awal ke rumah .

Lagi dua minggu dia akan konvo . Kehidupan dia selepas ini mungkin lebih mencabar kerana dia akan menjadi seorang doktor muda setelah enam tahun study . Apalah agaknya reaksi mamat bongkak kalau tahu aku bukan macam yang dia cakap ? Confirm, malu sepuluh keturunan beb !

Itulah orang tua cakap , kerana mulut , badan binasa . Pepatah ini memang terlalu sesuai jika dituju kepada Asyraf .

"Safiya , buat apa malam - malam dekat swimming pool ni ? Tak sejuk ke ? " ujar Puan Fatimah . Mug yang dia bawa diletakkan dihadapan Safiya .

Lamunan Safiya hilang .

"Saja ambil angin malam mak , dah lama tak feel laguni ." Safiya tersenyum. Dan lama juga tak dengar mak dan abah membebel , katanya didalam hati . Kalau cakap depan - depan , risau kalau mak excited nak tazkirah pulak malam - malam ni . Buat cair taik telinga je .

"Itulah , kan mak dah cakap . Safiya tak payah kerja . Duduk rumah teman mak, tak pun tolong mak dekat kedai , goreng pisang lagi baguih " leter Puan Fatimah. Anaknya dipandang. Dah besar anak mak yang ni sorang. Tak sangka esok lusa dah nak jadi doktor . Alhamdulillah .

"Mak , Fiya boleh je tolong goreng pisang mak tu dekat rumah bila Fiya balik kerja. " maknya memang minat menggoreng pisang . Dia juga tidak faham . Sampaikan sanggup mencemar duli , membuka gerai ditepi jalan . Haih, tak ada kerja sungguh maknya ini . Bila dia cakap dekat mak , mak bagi alasan, bosan duduk rumah sorang - sorang la , nak tolong makcik Peah la . Ada je alasan mak .

"Ada je yang nak dijawabnya. " perli Puan Fatimah.

"Mak nak pergi tidur dulu . Jangan lama - lama sangat kat sini. Tak elok untuk kesihatan ." ujarnya lagi . Safiya hanya mengangguk.

Mak belajar dekat mana ni duduk luar lama - lama , tak elok untuk kesihatan ? Memandai je mak ni.

****

Mak cik Peah yang sedang ralit menggoreng, Safiya dekati. Badan mak cik Peah dipeluknya dari belakang.

"Eh , rumah aku terbalik ! " latah Mak cik Peah. Dadanya diusap. Safiya sedang terkekeh - kekeh ketawakan dirinya . Nakal sungguh budak bertuah ni .

"Haih , Safiya nak Mak cik Peah mati ye ? " soal Mak cik Peah. Muka digarangkan . Sengaja nak menyakat anak majikannya . Dia kagum dengan keluarga Puan Fatimah , walaupun kaya, mereka tidak pernah memandang rendah dirinya . Malah, mereka sentiasa menolongnya.

"Hehe , tak nak. Tapi kalau dah ajal , kita kena redhakan ? " jawab Safiya selamba. Sudip ditangan Mak cik Peah diambilnya . Pisang yang berada didalam kuali , dibalik - baliknya.

"Ada je kan modal dia nak menjawab " kepala Safiya digosok - gosoknya . Anak Puan Fatimah yang ini memang mempunyai sel - sel otak yang luar biasa . Ada sahaja alasan , jawapan , usikan yang dia akan balas .

"Ada . Mak cik Peah nak sikit ke ? " Safiya tergelak . Sudip dikembalikan kepada Mak cik Peah. Laju kakinya melarikan diri dari Mak Cik Peah. Risau jika Mak Cik Peah tiba - tiba menjadi mak cik ketam . Uish, pedih dia , dua hari pun belum hilang campur menipu sedikit. Haha.

"Safiya tak kerja ke hari ini ? " soal Mak Cik Peah . Pisang yang digorengnya diletakkan ke dalam raga untuk menapis minyak . Api ditutupnya . Dirinya merapati Safiya yang sedang melantak kerepek pisangnya .

"Tak , ambil half day je . " balas Safiya pendek . Matanya memandang kereta yang lalu didepan gerai ini .

"Ouwh , macam bos je bunyinya " sakat Mak Cik Peah.

"Memang bos pun " jawab Safiya dengan bangga.

"Bos tang mana ? Berangan nombor satu " usik Mak Cik Peah lagi . Safiya menjelingnya manja . Suka betul sakat kita .
"Hehe . Mak cik Peah , Fiya pergi dulu ya . Fiya lupa yang Fiya ada date hari ini ." tangan Mak cik Peah disalamnya . Mak cik Peah hanya mengangguk. Enjin Audi R6snya dihidupkan . Dah lama tak bawa kesayangan ni .

****
"Bro, lunch jom " sergah Qayyum. Asyraf yang sibuk menekan - nekan keyboard macbook dipandangnya. Workholic betul .

"Aku busy " jawab Asyraf pendek . Kertas didalam fail dibelek - belek . Sebelah tangan lagi menekan - nekan keyboard .

"Jom la . Kejap lagi kau sambung balik " kerusi dihadapan Asyraf ditariknya . Pen diatas meja tersebut diambilnya dan diputar - putar .

"Kau pergi je la lunch dengan girlfriend kau . Aku sibuk ni " matanya fokus meneliti maklumat - maklumat didalam fail.

"Memang aku nak lunch dengan girlfriend aku tapi dia bawak kawan dia jugak , segan la aku " kata Qayyum lagi tidak mahu mengalah .

"Hm " balas Asyraf , malas .

"Please kali ini je " pujuk Qayyum . Muka dicomelkan . Comel ke ? Entah .

"Yelah - yelah . Kau tunggu dekat bawah . Aku nak kemas sekejap fail - fail ni . "

"Thanks bro ! "

****

"Mana girlfriend kau ni ? " rungut Asyraf . Qayyum mencari kelibat Aira . Setelah menjumpai keberadaan Aira . Kakinya diatur ke meja yang agak tersorok yang Aira duduki .

" hye, sayang " sapa Qayyum. Aira yang sedang ralit menscroll facebook, mengangkat wajahnya lalu tersenyum malu.

" hye " Safiya masih tidak perasan kedatangan boyfriend Aira. Jarinya sibuk menekan - neka keypad, membalas Whatsapp dari abangnya.

" err, Safiya. Kenalkan ini boyfriend aku, Qayyum and ini anak Tengku yang -- " kata - kata Aira dipotong oleh Safiya dan Asyraf.

" kau ! " ujar mereka serentak . Asyraf terkelu. Safiya terkedu. Mamat tiga suku ni lagi

___________


Kekurangan idea juga but i try my best . One part lagi . After bab 10 , saya akan hold sekejap sebab nak cari idea yang hilang untuk story Jodoh Pilihan Mama , in shaa allah if story tersebut cepat habis , saya cuba siapkan bab 11 untuk update cepat - cepat .

And please dont ever forget comment and vote for next update.

Please share too my story kepada kawan - kawan korang yang ada wattpad.

Tq

884wrds√

Cinta Lelaki Bongkak !Where stories live. Discover now